Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 8 Julai 2010
4

Firefox 4 Beta

Mozilla telah melancarkan beta pertama untuk generasi pelayar web Firefox mereka yang seterusnya iaitu Firefox 4 Beta, dimana Firefox 4 Beta menampakkan kemajuan dari segi antaramuka pengguna dan beberapa ciri – ciri terbaru.

Firefox 4 Beta turut dibangunkan dalam platform web Gecko 2.0 dimana ia menawarkan sistem pengurusan add-on yang lebih terbina dan disertakan dengan alatan bantuan crash terbina dalaman yang mana ia dapat mencegah pelayar web dari crash.

firefox

Seperti ciri yang terdapat dalam pelayar web Safari terbaru, Firefox 4 Beta turut dibangunkan dengan kelebihan mengoperasikan generasi HTML terbaru iaitu HTML 5.0 dan Web GL untuk 3D dan menawarkan format video HD WebM.

Selain itu Firefox 4 Beta beta turut meletakkan fungsi stop dan reload pada satu button ikon yang sama dan bookmarks toolbar diintegrasikan ke dalam konsep button ikon. Malah tab pada Firefox 4 Beta turut diletakkan di bahagian atas sekali untuk memberi fokus pengguna hanya pada isi web dan kawalan tool yang lebih mudah.

Untuk mengetahui mengenai hal ini dengan lebih lanjut atau memuat turut Firefox 4 Beta anda boleh klik pada link ini FIREFOX 4 BETA atau pada imej di atas sekali.

p/s:- Kalau dah beta tu mesti banyak bug.

4 Komen disini:

Cik Bucken berkata...

bes tak version baru?
gue pki chromie aje..simple gitu..

akuvision berkata...

belum try, sebab masih dalam beta. menunggu final release untuk mengelakkan bug

± berkata...

aku masih loyal ng firefox. chrome laju tp berat...huhu

zulkbo berkata...

salam..
tak tahu kenapa saya
lebih suka pakai google crome
terima kasih info saudara ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...