Berikutan kes Yong Vui Kong, iaitu seorang drug carrier tiga dahulu semasa umurnya 19 tahun yang berasal dari Malaysia dan bakal menjalani hukuman mati di negara jiran Malaysia iaitu Singapura mendapat perhatian kerajaan negara ini untuk membuat rayuan kepada kerajaan Singapura untuk tidak melaksanakan hukuman mati tersebut.
Mengikut kenyataan Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Seri Anifah Aman, rayuan yang dibuat oleh pihak Yong Vui Kong telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada bulan Mei yang lepas dan kerajaan bersimpati dengan Yong Vui Kong, oleh yang demikian Malaysia akan melakukan apa sahaja yang termampu malah akan menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan perkara ini.
Menurut Datuk Seri Anifah Aman lagi, beliau kini juga sedang menunggu peguam Yong Vui Kong untuk menyediakan hujah undang - undang mengapa hukuman tersebut tidak patut dilaksanakan.Untuk rekod Yong Vui Kong disabitkan bersalah kerana memiliki heroin seberat 47 gram ketika memcuba membawa masuk heroin tersebut ke Singapura pada tahun 2008.
Di Singapura, undang - undang menetapkan sesiapa yang ditangkap samada memiliki sekurang - kurang 15 gram heroin, 30 gram kokain atau 500 gram ganja akan dijatuhkan hukuman mati mandatori gantung sampai mati.
Artikel ini diolah dari laman Yahoo dan kredit gambar dari carian Google.
p/s:- Minta diri dijauhkan dari perkara – perkara yang sebegini.
3 Komen disini:
kadang2 pasal dadah nih susah nak tolak ansur.. haih~ asik nak keje senang jek..
sush kot kes cmni.bdk tu pon satu hal.kecik2 dah pndai main dadah.
ke dia kena aniaya?
buy ativan generic ativan no prescription - ativan gastrointestinal side effects
Catat Ulasan