Mangga atau nama saintifiknya Mangifera Indica adalah buah yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja boleh dimakan secara mentah, malah ia boleh digunakan dalam masakan dan dalam sambal belacan. Ya sambal belacan campur mangga muda memang menyelerakan!, jangan terliur sudah teringatkan sambal belacan mangga muda. Mangga juga popular di buat kerabu, ala - ala salad orang barat ( kena cari resepi la lepas ni, nak cuba buat sendiri kerabu mangga ) diadaptasi dalam dunia melayu.
Mangga juga merupakan buah tempatan yang boleh didapati dengan senang, terdapat dalam pelbagai saiz dan rupa. Mangga juga merupakan buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi, lagi - lagi kandungan vitamin yang terdiri dari vitamin A, B, C, E dan K. Dimana vitamin - vitamin ini bagus dalam membantu kamu menjaga kesihatan tubuh.
Selain itu mangga juga dilihat tinggi serat ( bagus untuk kesihatan jantung dan yang menghidap sembelit ). Pectin yang terkandung di dalamnya pula membantu dalam mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan sebagai pemangkin sistem imun tubuh anda. Mangga juga seperti buah - buahan yang lain kaya dengan kandungan antioksida dan enzim yang bagus untuk sistem penghadaman tubuh seperti magneferin, katesol oksida dan laktosa.
Mangga turut mengandungi, potasium dan copper ( tembaga ),sedikit magnesium, manganese, selenium, kalsium, besi dan fosforus. Mangga tidak mengandungi kolestrol dan lemak tepu. Malah buah mangga ini turut mempunyai kandungan tryptophan iaitu salah satu bahan kimia yang terkandung dalam hormon serotonin ( hormon kegembiraan yang mengelakkan anda dari stress ).
Mangga jika dilihat dengan lebih terperinci lagi, ianya banyak memberi faedah kepada kesihatan tubuh badan anda, antaranya yang saya perolehi dari kajian di internet ialah:-
- Mangga merupakan pembuang toksik tubuh yang semulajadi melalui kandungan asid gallik yang terkandung di dalamnya.
- Mangga turut membantu anda dalam mengurangkan suhu tubuh dan bau badan anda.
- Kandungan vitamin yang dipunyai mangga pula berfungsi sebagai memberi tenaga dan stamina kepada anda.
- Mangga boleh menaikkan seri kepada kulit anda, terutamanya ianya boleh menghilangkan cela di kulit muka.
- Mengikut petua moden, anda digalakkan meminum jus mangga yang dicampur dengan susu dan sedikit madu. Petua ini berguna untuk menaikkan seri kulit anda.
- Kandungan phenol dalam mangga bertindak sebagai ejen yang melawan sel kanser.
- Buah mangga baik untuk merawat sakit mata, keguguran rambut, panas kepala, ruam, diabetis, jangkitan bakteria, sinus, ketidakhadaman, cirit - birit, skurvi, gangguan ketika haid dan juga pembengkakan pundi hempedu.
- Bagus untuk merawat anemia dan untuk ibu mengandung, malah mangga juga boleh mengurangkan simptom penyakit asma.
Ini adalah antara maklumat dan info yang dapat saya kongsikan disini melalui carian saya di internet. Jika ada kesalahan maklumat, harap dimaafkan. Terasa nak beli pula jus Mangga dari Peel Fresh lepas ni!.
Kandunga vitamin C dalam mangga muda lebih tinggi berbanding yang sudah masak.
7 Komen disini:
Sedapnya buah pelam....
pos mai t.intan sikit.
tuan blog wat header sblm world cup ke selepas world cup..
Kenali Sifat Aneh Wanita
terliUr ngk....
lamer xmKn maNgga...lallala
sebelum lagi, world cup. petang ni tukar mood la pulak banner tu nanti
My favorite fruit...
emm bestnye dapat info tentang mangga ni..
kat umah pun, mangga tengah berbuah ni.. huhu:D
salam..
baru tahu mangga muda lagi tinggi kandungan vitamin c..tima kasih share
Catat Ulasan