Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 10 Julai 2010
5

frontpage

7 orang askar yang bertugas dalam kor Rejimen Askar Melayu Diraja dihadapkan di mahkamah serta dijatuhkan hukuman selama 7 tahun bermula tarikh mereka ditangkap di atas kesalahan membuli salah seorang anggota dari unit dan kor yang sama 2 tahun lepas sehingga mati dilokasi kem tentera Sungai Besi antara 11 malam 5 April 2008 hingga pukul 1 pagi 6 April 2008.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu ialah Mahazir Hamad ( 26 ), Mohd Azman Jabri ( 26 ), Shahrin Mat Rabu ( 28 ), Mohd Khairi Abdullah ( 28 ), Syabramaiilisi Shahidan ( 28 ), Mohd Bukhari Shawal ( 25 ) dan Mazlan Awang Ngah ( 26 ). Mangsa yang meninggal dunia dikenali dengan nama Allahyarham Mohd Shahrizal Mohd Shaffie ( 27 ).

Sebelum ini mereka semua telah di hadapkan di mahkamah magistret pada 22 April 2008 yang lalu atas tuduhan membunuh namun kesemuanya mengaku bersalah setelah pihak mahkamah menawarkan hukuman alternatif kepada mereka pada khamis lalu dimana dibawah seksyen 304 (b) membawa kepada penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau kedua - duanya sekali.

Untuk kes ini 11 orang saksi telah dipanggil sebelum kesemua mereka yang dituduh mengaku bersalah. Hakim yang bertanggungjawab dalam kes ini iaitu Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak berkata mahkamah tidak dapat bertolak ansur dengan segala alasan yang diberi oleh pihak tertuduh berkenaan dengan hal buli, kerana ianya telah melibatkan kehilangan nyawa yang tidak bersalah malah kesan trauma terhadap keluarga mangsa.

5 Komen disini:

Almy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Almy berkata...

yg salah patut dihukum andai itu menginsafkannya..

Almy dtg bawa something ni.. jom la tengok sama2..
SLASH LIVE IN KL

KICK START NESCAFE

DAPATKAN KOLEKSI BOLA MILO

zulkbo berkata...

salam..
alahai kesiannya..
kenapalah nak bermegah di dunia
setakat status senior..mengapa mesti
buli membuli..ini baru hukuman dunia..

akuvision berkata...

begitulah adatnya zulkbo bila nafsu merajai kepala

Zikri Husaini berkata...

erm kenapala nak belasah sampai mati.. teruk2 betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...