Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 25 Julai 2010
13

samsung-vs-iphone4

Samsung Galaxy S percuma!, percaya atau tidak pengeluar telefon selular Samsung yang berpangkalan di Korea mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan memberikan telefon pintar Samsung Galaxy S secara percuma kepada mana - mana pengguna Iphone 4 yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap produk Iphone 4 di laman sesawang mikro blog iaitu Twitter.

Strategi yang dilihat begitu ekstrem ini telah menampakkan penambahan pengguna Samsung yang berlipat kali ganda, iaitu dari kurang 100 lalu meningkat kepada 2800 pengguna hanya dalam masa 48 jam!. Dilihat seperti satu penipuan namun syarikat Samsung sendiri telah megesahkan strategi yang berisiko ini.

Mengambil kesempatan ke atas produk Iphone 4 yang dilihat tidak stabil dan mengalami bermacam masalah, Samsung Galaxy S dilihat sebagai fenomena baru dalam industri telefon pintar, malahan ianya dijanakan dengan sistem Android 2.1 yang dilihat sebagai sistem operasi yang stabil. Namun secara peribadi saya merasakan ia masih belum boleh menandingi populariti Iphone itu sendiri.

Selain laman sesawang Twitter menjadi sasaran, Samsung turut bercadang untuk mengarah hala tuju strategi perniagaan mereka ini ke laman sosial Facebook. Ini adalah kerana Facebook seperti dikenali ramai merupakan laman sosial yang paling popular dan luas rangkaiannya.

p/s:- Rasanya dekat Malaysia tiada lagi pengguna Iphone 4.

13 Komen disini:

Unknown berkata...

lawa kan??
ade tak orang nak bagi kat aku benda ni..
bagi pree!!!

ENCIK TIKUS berkata...

kalau dapat free bagi encik tikus yee ;)

zulkbo berkata...

salam..
kalau murah nak juga cuba
ni Iphone reganya..mak aihh
boleh beli laptop..hu hu

Sakinah berkata...

bestnye klu dapt fon ni...

Encik aMin berkata...

handphone Xperia baru Sony Ericsson pun mcam best gak... kan?

akuvision berkata...

SE Xperia memang best pun, first choice tu

gnesop berkata...

mmg byk touchscreen phone skrg yg semua ke arah IPhone. tp kalau ikut idaman hati.. nak Iphone jer.. tp rege tak ingat mahal..huhuu

K2r~90 berkata...

waa nak gak y pree
hehe membe aq ngah berusahe kumpul duit nk li smsung galaxy x tuh

akuvision berkata...

usaha tangga kejayaan, habaq kat member

akuvision berkata...

sop, iphone memang mahal, amik je samsung kalo gitu

Affan Ruslan berkata...

peh serius ni strategi berisiko tinggi ni, 1st time aku dengar kot?
huhuh

ataicha berkata...

strategi ni mmg berbaloi.. tapi so far akan menjejaskan iphone nya market.. bila orang duk kata iphone problem.. sah lepas tu xde sapa nak beli iphone dah..

fndrocka berkata...

takut strategi memakan diri lah...haha.setakat nak memburuk-burukkan produk lain..memg ramai yg pakar iye dak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...