Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 30 Julai 2010
14

flipped 2010 film poster

FLIPPED, sebuah filem yang baru yang bakal menemui penonton sekitar Ogos tahun ini mengingatkan saya pada filem yang saya minati sebelum ini iaitu Little Manhattan ( 2005 ) lakonan pelakon cilik Josh Hutcherson dan Charlie Ray. Berada dalam genre yang sama iaitu romantik komedi, ia turut mengenengahkan isu yang hampir sama iaitu perasaan cinta yang kita pernah alami semasa kecil dulu. Mungkin semasa itu kita tidak mengenali bagaimana perasaan cinta, tetapi emosinya sudah cukup membuat hati kita berdebar - debar.

Namun Flipped dipaparkan dalam latarbelakang zaman yang berbeza, di mana filem ini bercerita tentang kisah remaja di zaman 50 - an disebuah bandar kecil berbanding Little Manhattan yang berlatarbelakangkan zaman moden di bandar Manhattan. Dengan menggunakan slogan "You never forget your first love", filem Flipped pasti membuai anda ke zaman remaja dahulu yang sedang enak dibuai cinta monyet.

Menampilkan bintang - bintang remaja seperti Madeline Carroll dan Callan McAuliffe sebagai watak utama, yang mana kali pertama digandingkan. Manakala Rob Reiner yang sebelum ini pernah mengarah filem The Bucket List ( 2007 ), Rumor Has It... ( 2005 ) dan When Harry Met Sally ( 1989 ), bertindak sebagai sutradara untuk filem Flipped ini. Selain mengarah Rob Reiner turut bertindak sebagai penulis skrip bergandingan dengan Andrew Scheinman.

flipped 2010

Serba sedikit mengenai sinopsis filem ini:-

Watak Juli lakonan Madeline dan Bryce lakonan Callan, bertemu untuk kali pertama ketika di gred 2 sekolah. Ketika itu Juli sudah yakin bahawa perasaan suka yang berputik di hati mereka adalah perasaan cinta, namun Bryce tidak pasti adakah ianya cinta.

Tambahan pula Bryce sedikit fobia dengan perempuan dan seorang yang pemalu namun ia masih lagi sukakan pada Juli sehingga 6 tahun lamanya, dan disinilah bermulanya plot utama yang sebenar. Menyingkap kisah suka duka keluarga mereka, ianya tentu serba sedikit akan menggamit hati anda yang menonton.

Dijangka akan ditayangkan di Amerika Syarikat 6 Ogos ini dan sekitar 27 Ogos untuk tayangan antarabangsa. Anda yang sukakan genre romantik komedi tidak seharusnya melepaskan peluang untuk pergi menonton. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan ini FLIPPED OFFICIAL SITE atau anda boleh klik pada mana – mana imej di dalam post ini.

Dibawah ini disertakan trailer filem dari laman Youtube:-

14 Komen disini:

Unknown berkata...

cam sweet je cite ni...nak kene tgk ni...hehe

ataicha berkata...

cam best je cerita nie...

cikpia berkata...

cambes nie..... kena pi tengok.....

ilyana berkata...

hmmm....xsangke ade movie nih..xtahu pon..its so sweet..tqz for sharing =)

- zuriey - berkata...

comelnya pelakon dia.. xsuka sgt filem-filem romantik ni.. kalau ada komedi2 tue minat gakla

oya berkata...

mcm sweet jer cite nih...

sugar2 kapas strawberry berkata...

cm comel je cite ni :)

AngahSayang2314 berkata...

tengok macam best ermm nak terjah la.. tapi bukan pawagam di kedai CD hehehe

akuvision berkata...

heheh terjah kedai cd?, hehehe same la tapi terjah online jer

hentakbelipat berkata...

menarikk..nak usha lah

Unknown berkata...

bila nak tayang kat malaaysia???
nak pegi tgk....

± berkata...

skang ni cam trend lak kan?dari fesyen vintage 50-an smpai ke movie

aku suka tgk cter Fighting Spiders ntv7 yg jugak berlatarbelakang kisah remaja di thn 50-an

akuvision berkata...

film noir kalau ikut zaman tu?

zulkbo berkata...

salam..
sound good..
mesti tonton ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...