Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 12 Julai 2010
2

sepanyol meraikan kemenangan piala dunia 2010

Sepanyol menang Piala Dunia buat kali pertama!, dan yang lebih manis lagi apabila kemenangan ini adalah hasil dari kali pertama mereka melangkah ke perlawanan akhir!. Sebagai peminat yang menyokong Sepanyol, saya tidak dapat tidak akan menulis post mengenainya di blog saya ini.

Kemenangan Sepanyol diraih selepas Andries Iniesta berjaya meledakkan gol kemenangan pada minit ke 26 perlawanan di dalam masa tambahan 30 minit setelah 90 minit penuh perlawanan tidak dapat menentukan kemenangan. Bermain dengan kelebihan seorang pemain berbanding Belanda yang kehilangan seorang pemain pertahanan yang di layangkan dua kad kuning justeru kad merah turut di berikan iaitu John Heitinga, Sepanyol dilihat lebih menguasai perlawanan, dengan cubaan di hadapan pintu gol pada seawal 3 minit perlawanan bermula.

John Heitinga dilayangkan kad merah Heitinga dilayangkan kad merah

reaksi Sneijder ketika Belanda kalah Reaksi Wesley Sneijder selepas Belanda tumpas

Malang buat Belanda yang mara ke perlawanan buat kali ketiga, namun masih belum berjaya merangkul Piala Dunia. Namun ini bukanlah bermakna Belanda tidak bagus, mungkin hanya belum rezeki mereka.

Sepanyol yang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia kali ini, memulakan kempen dengan kekalahan terhadap Switzerland, namun itu tidak langsung mematahkan semangat pasukan Sepanyol itu sendiri untuk terus bangkit. Maka Sepanyol adalah negara paling baru di benua Eropah yang berjaya menjulang Piala Dunia selepas Jerman, England, Peranchis dan Itali. Moga prestasi cemerlang anak buah Del Bosque ini dapat dikekalkan untuk mempertahankan Piala Eropah di Euro 2012 Poland/Ukraine dan World Cup 2014 di Brazil akan datang.

Andries Iniesta menjaringkan gol! Pemusnah harapan Belanda, Iniesta meraikan gol kemenangan Sepanyol

Untuk rekod Iniesta menyatakan kemenangan ini turut didekasikan untuk mendiang Dani Jarque yang meninggal dunia pada Ogos 2009 ketika berusia 26 tahun kerana sakit jantung mengejut. Malah Iniesta membuka baju dan meperlihatkan dedikasinya seperti di gambar diatas.

Iker Casillas terharu

Iker Casillas terharu

Bagi kapten Sepanyol iaitu Iker Casillas, kemenangan ini amat bermakna buatnya malah ketika saat Iniesta menjaringkan gol, reaksinya hampir menangis memaparkan segala harapannya untuk menjulang Piala Dunia pada edisi kali ini tercapai!. Malah beliau sempat mencium kekasihnya Sara Carbonero yang juga bertindak sebagai wartawan liputan bagi stesen televisyen Sepanyol ketika di temubual secara langsung. Untuk melihat video jaringan kemenangan dan sambutan Sepanyol ketika meraikan kemenangan, anda juga boleh melihat rangkaian video yang disediakan di post ini.

p/s:- Sekali lagi tahniah untuk Sepanyol yang sekali lagi mempertontonkan permainana total football!

2 Komen disini:

Ken Wooi berkata...

i wanted ned to win =/

ataicha berkata...

yupp Spain patut menang.. gembiranya rasa dihati....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...