Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 9 Julai 2010
2

FLYERS MTM

Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada bulan September yang akan datang telah menemui para pelakon yang akan mendukung watak - watak dalam pementasan ini terutamanya yang akan memegang peranan sebagai Tun Mahathir.

Mereka yang bertuah itu ialah adik Mohd Shafieq Shazwan ( finalis Idola Kecil 2008 ) untuk watak Tun Mahathir sewaktu kecil, pelakon Zizan Nin pula memegang watak ketika Tun Mahathir ketika muda, Aaron Aziz serta pelakon Esma Daniel memegang watak Tun Mahathir ketika berada dalam dunia politik dimana Esma memegang watak yang lebih berusia. Manakala peranan Dr Siti Hasmah ( isteri kepada Tun Mahathir ) didukung oleh aktress terkenal Erra Fazira.

single

Projek pementasan ini telah dirancang lebih tiga tahun dahulu oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim untuk menyanjungi jasa Tun Mahathir. Apa yang menarik jalan cerita pementasan teater muzikal Tun Mahathir ini nanti adalah berdasarkan fakta dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak keluarga Tun Mahathir sendiri khususnya dari anaknya Datuk Mukhriz namun yang pasti pementasan teater muzikal ini akan menggamit memori Tun Mahathir sendiri.

Secara kasarnya, pementasan Tun Mahathir ini mengambil jalan cerita hidup Tun Mahathir dari zaman kecilnya, zaman kerjayanya sebagai doktor sehinggalah ke zaman pembabitan politiknya. Selain Istana Budaya, pementasan ini turut melibatkan Persatuan Penulis Wanita Malaysia ( PPWM ), CTRA Production serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Untuk rekod CTRA Production sebelum ini pernah menerbitkan beberapa pementasan yang mendapat sambutan hangat iaitu Assyura (1997), Taman Baginda (1998), Kereta Kencana (1998), Lantai T. Pinkie Musical (2000), T.Pinkie Musical (2006), Ibu Zain, The Musical (2008) dan Gamat The Musical (2009). Teater Muzikal Tun Mahathir turut mendapat sentuhan arahan Rosminah Mohd Tahir ( dekan Fakulti Teater di ASWARA ) dan penulisan skrip oleh Ismail Kassan.

Artikel ini diolah dari laman berita BERNAMA. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh ke laman blog ini Muzikal Tun Mahathir.

2 Komen disini:

zulkbo berkata...

salam..
menarik ni..
leh la pegi tengok
thanks info bro..

yott berkata...

mst tgk muzikal Tun ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...