Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 10 Julai 2010
11

labu

Labu yang pada dasarnya dikenali sebagai buah, kini telah dianggap sebagai sayur. Labu tergolong dalam kategori tetimun yang sering dijadikan antara yang diminati dalam masakan melayu, terutamanya masak lemak dan dimakan dengan nasi panas dan dibalas dengan ikan kering masin goreng. Memang menyelerakan!. Mari kita lihat serba sedikit mengenai khasiat labu.

Labu kaya dengan nutrisi seperti alpha-karotin, beta-karotin, serat, vitamin C dan E, magnesium, potasium dan asid pantotenik yang bagus untuk melawat penyakit serta labu rendah kalori dan lemak. Alpha-karotin dan beta-karotin adalah antioksida yang penting, dan ianya adalah pro-vitamin A karotenoid yang bagus untuk kesihatan mata dan memastikan fungsi imun berada pada tahap yang bagus.

1089296_pumpkins

Manakala beta-karotin dapat memperbaiki kerosakan kulit yang diakibatkan oleh matahari. Selain itu kandungan antioksida ini turut melanbatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko pembentukan katarak pada mata dan dapat mencegah pertumbuhan tumor.

vitamin C yang terkandung dalam labu juga bagus untuk imun tubuh dan juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, serangan penyakit jantung dan mengawala tahap kolestrol tubuh. Vitamin E yang terkandung pula memelihara kesihatan kulit dan juga boleh mengurangkan risiko nyanyuk dan penyakit kronik lain seperti kanser.

1061865_pumpkin_5

Dari segi kandungan potasium labu, ianya dapat mengimbangi cecair dalam tubuh, memperkuatkan tulang dan juga baik untuk penghasilan tenaga dan juga mengawal tekanan darah. Kandungan magnesium labu pula membantu dalam memperbaik fungsi jantung, manakalan asid pantotenik mengimbangi tahap hormon dan baik untuk mengawal stress tubuh. Malah biji labu itu sendiri mengandungi vitamin E, omega-6 dan omega-3.

p/s:- khasiat labu dah tulis, lepas ni nak tulis khasiat labi la pulak!, hehehehe.

11 Komen disini:

Amir Izzat berkata...

salam,
wah! banyak jugak khasiatnya..tapi amir suka makan labu sira..memang sedap..hehe


khasiat labi? boleh jugak..hehehehe

Farid berkata...

oo.. byk ye pasal khasiat2 buah nie....
study buah2 ke?
or research sendiri nie.. :)
komen dari MINDA INSAN :)

marina anakcikbob berkata...

ish...xsangka labu banyak khasiat..

± berkata...

suka mkn pengat labu
blog ni mmg fokus pd cter buah-buahan ke? bagus²..

Sorrow>

zulkbo berkata...

salam..
saya memang sukakan labu ni
tapi hakikatnya lepas tu
'buang angin'lebih la jawabnya
he he he..

akuvision berkata...

apa yang minat saya tulis, yang penting say memang gila buah! hehehehehe, research sendiri dan apa yang baik kita berkongsi

Hidayah Ismawi berkata...

suka makan labu bila masak jadi sayur lemak (ada ke?) ada rasanya ..hehe.. dah lapar ni

MY LATEST ENTRY: Breakfast at Hassan Shah

Anak Akhirat berkata...

Salam~

Thank's for this entry.
Banyak khasiat labu ni.

Terindu la pulak masakan labu mak bila tgk gambar labu ni semua.

=)

Eyl berkata...

sup labu sebenarnya makanan kesukaan nabi, ikut sunnah tu makan sup labu.hehe

Stargone berkata...

sebelum ni saya anggap labu ni sebagai buah, tak sangka kini sudah dikategorikan sebagai sayur.

banyak juga khasiatnya ya. terima kasih untuk info sahabat. :)

n@jwamz berkata...

salam..
sy x mkn labu....
but dis entry rily interesting...
mybe i shud try one!!~~hehe
tanx yaaa:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...