Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 28 Julai 2010
20

the expendables 2010 poster

The Expendables merupakan sebuah filem baru yang diarahkan oleh Sylvester Stallone. Malah beliau bukan sahaja bertindak sebagai pengarah, tetapi juga beliau sendiri melakukan watak utama bagi filem The Expendables ini.

Dengan mengengahkan nama - nama besar yang sinonim dengan filem genre aksi thriller seperti Jason Statham ( Transporter ), Jet Li ( The One ), Steve "Stone Cold" Austin ( The Condemned ), Bruce Willis ( Diehard ), Mickey Rourke ( The Wrestler ) dan Arnold Schwarzenegger ( Predator ), filem ini dilihat sebagai filem aksi utama yang harus ditonton bagi penggemar genre ini. Agak lama juga tidak melihat aksi lasak Stallone di layar perak selepas dua filem sekuel terkenalnya sebelum ini iaitu Rocky Balboa dan Rambo 4.

EXP_wall01_1024

Selain berlakon dan mengarah, Stallone turut bertindak sebagai penulis skrip bergandingan dengan David Callaham. Filem The Expendables ini turut diterbitkan oleh studio Lionsgate dan bakal menemui penonton di pawagam sekitar 13 Ogos 2010 hadapan.

Serba ringkas mengenai plot filem ini ialah:-

Stallone melakonkan watak sebagai Barney Ross yang menjadi ketua bagi sekumpulan askar upahan. Ahli terdiri dari Lee Christmas ( Jason Statham ) sebagai bekas ejen SAS ( Special Air Service British ) yang pandai bermain pisau, Yin Yang ( Jet Li ) yang cekap dalam tempur jarak dekat, Hale Caesar ( Terry Crews ) seorang rakan lama Barney dan pakar senjata, Toll Road (Randy Couture) seorang pakar letupan dan seorang yang bijak, serta yang terakhir sekali Gunner Jensen ( Dolph Lundgren ) seorang askar veteran. Plot utama filem The Expendables ini berkisar tentang tentang misi yang mereka laksanakan.

Sementara itu pelakon method yang pernah meraih anugerah Academy Award melalui filem The Wrestler iaitu Mickey Rourke memainkan peranan sebagai seorang penjual senjata dan pencacah tattoo adalah bekas ahli The Expendables dikenali sebagai Tool. Sementara itu Bruce Willis memegang watak sebagai Mr. Church yang mengupah ahli kumpulan The Expendables untuk menyelesaikan misi baginya. Sementara itu gabenor California, Arnold memegang watak sebagai Trench, iaitu bekas ketua kumpulan The Expendables yang terdahulu.

Untuk sinopsis yang lebih lanjut, anda boleh klik pada sambungan ini THE EXPENDABLES atau klik pada imej - imej diatas. Nantikan aksi - aksi menarik filem The Expendables ini di pawagam berhampiran anda Ogos nanti. Sementara itu anda boleh lihat trailer dari filem ini dibawah:-

p/s:- Baru tengok trailer dah teruja dah ni!

20 Komen disini:

bspotgurl berkata...

macam best je film ni..

Q berkata...

fuyyo...semua hero dalam satu cerita

Iman's Umi berkata...

Cam best dan meninggalkn kesan nk tgk...nk tgk...dlm diriku.

FiqaSaleh berkata...

Gabenor pun berlakon gak? heheheh.. nak tgk nak tgk... hehehehee

± berkata...

satu je lg sly terkurang...kalau tambah yg ni sure lg gempak!

angelina jolie! dlm ramai2 tu kalau selit sekuntum bunga yg lasak baru ada seri utk sebuah action-packed :)

zulkbo berkata...

salam..
gandingan pelakon yang hebat
mesti best citer ni..pasti tonton

akuvision berkata...

heheh tak best la kalau ada heroin, jarang tengok mereka semua ni gabung

AMiRU berkata...

Aku stuju dgn Dark Half, cite ni kureng sbb xde heroin. Sumenye lelaki. At least, letak la sorang dua perempuan, baru lah xgay. Hahah

Mohd Ridhwan berkata...

rmainya pelakon hebat2

akuvision berkata...

ada perempuan tapi cam sub je

Hidayah Ismawi berkata...

Just watched the trailer today.. looks like it's a real action thriller with a lot of laughs as well :)

MY LATEST ENTRY: Where am I?

rammyd berkata...

cam besh jek. nak ne tengok nih.. jom! :D

miss dayah berkata...

wah mcm best ke citer nie.. nak tgk.. :)

Unknown berkata...

macam best..jom layan.............

Cik Bucken berkata...

maun tgk!

caliph shuriken berkata...

mcm lasak giler2 movie ni, hukk...

ferri berkata...

best la daud

akuvision berkata...

woo ferri, mana datang ko ni?ehehe

Verdict berkata...

baru td tgk iklan kat billboard. mmg sah ada jodoh kena tgk filem ni gak..

H Y D E berkata...

menarik...kna tengok ni~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...