MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 7 Julai 2010
3


the colony title screen


The Colony merupakan sebuah siri TV yang menarik minat saya. Ditayang di saluran Discovery ia merupakan sebuah siri TV yang agak menarik kerana konsep yang disampaikan. The Colony dilihat seperti sebuah rancangan realiti TV dimana ia memaparkan konsep yang tidak pernah lihat di siri - siri TV realiti sebelum ini. Lebih berkonsep dokumentari realiti dan bukannya dokudrama ia cuba menyingkap kepada satu siri kehidupan yang boleh dikatakan takut untuk kita hadapi.

Apakah konsep itu?, sebenarnya The Colony merupakan satu siri TV dokumentari realiti yang cuba bereksperimen iaitu bagaimanakah kita sebagai manusia akan terus hidup diatas muka bumi ini setelah berlaku bencana alam yang teruk seperti Tsunami dan juga ribut Katrina yang melanda New Orleans di Amerika Syarikat beberapa tahun yang lepas.

Rancangan bereksperimen ini telah dianggotai oleh beberapa peserta yang pakar dalam bidang masing - masing antaranya dari mereka yang bergelar professor sehinggalah pada mereka yang hanya bekerja di bengkel mesin, dimana peserta - peserta ini terdiri dari 10 orang peserta dari pelbagai rupa peribadi dan personaliti.

the colony participant

peserta yang terlibat dalam siri The Colony

Ditayangkan dalam 10 episod, ia cuba membawa penonton melihat bagaimana peserta eksperimen cuba hidup dalam suasana dalam yang serba kekurangan dengan ketiadaan sumber elektrik dan sumber makanan yang terhad dan juga keselamatan jiwa mereka yang terancam.

Untuk permulaan, peserta eksperimen ditempatkan di suatu lokasi bengkel lama yang penuh dengan barang - barang mesin mekanikal lama dan terpulang kepada peserta - peserta eksperimen untuk menggunakan barang - barang yang terdapat dalam bengkel itu untuk ikhtiar hidup. Biarpun ia merupakan sebuah siri TV namun apa yang peserta rasakan adalah perkara itu benar – benar belaku.

Apa yang pasti siri TV ini cukup menarik untuk ditonton dan sekurang - kurangnya ada pengetahuan mengenai kelangsungan hidup boleh diperolehi. Teringat saya dengan siri TV Jericho yang mana ianya bertumpu pada kisah bagaimana rakyat Amerika meneruskan hidup jika negara itu diserang pengganas.

Untuk melihat konsep The Colony dengan lebih lengkap anda boleh klik antara dua link ini iaitu Kronologi The Colony di laman Wikipedia dan The Colony Discovery Channel. Dibawah ini sedikit sedutan dari The Colony.

3 Komen disini:

zulkbo berkata...

salam..
nampak menarik siri ni
terima kasih info anda..
amat di hargai..

hafizmd berkata...

salam..tak perasan pula ade siaran ni di doscovery..thanks yer..

sasuke berkata...

wuih best siri ni, 1st time tengok terus minat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...