Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 14 Julai 2010
5

Flag_of_Afghanistan

1100 warga Afghanistan terbunuh di antara Januari dan Jun 2010, yang mana menampakkan kenaikan berbanding pada tahun 2009 dalam julat masa yang sama. Angka kematian ini di laporkan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Afghan Group iaitu sebuah badan yang memperjuangkan hak asasi warga Afghanistan.

Mengikut perangkaan mereka lagi, dicatatkan purata 6 warga Afghanistan terbunuh dan 8 yang lainnya cedera setiap hari sepanjang tempoh separuh tahun 2010 ini. 60% dari angka 1100 yang dicatat adalah diakibatkan dari pemberontakan kepada kerajaan tempatan, dan senjata pilihan yang digunakan ialah bahan letupan buatan sendiri termasuklah pengebom berani mati.

Namun dalam masa yang sama, tentera yang dihantar oleh NATO turut mengakibatkan 200 kematian warga Afghanistan dalam masa 6 bulan pertama 2010. Walaupun begitu lebih dari 100 tentera NATO turut terbunuh hanya sepanjang bulan lepas, dimana angka ini adalah angka kematian tertinggi yang dihadapi oleh NATO sendiri sejak peperangan di Afghanistan yang berlangsung hampir sedekad.

Inilah yang orang kata, kalau dah melibatkan peperangan nyawa orang awam akan tergadai dengan sia – sia. Tiada perjuangan yang dapat dijuangkan jika mayat bergelimpangan di tepi jalan. Apa pendapat anda melihat perangkaan ini?

5 Komen disini:

Mr feckry berkata...

pendapat gua satu je...perang jihad dah bermula..tak perasan lagi?

sweetie2010.blogspot berkata...

Semoga mereka yang dizalimi mendapat pertolongan segera dari Allah swt.Sian warga yang tak berdosa.

Eyl berkata...

yang ni xkuar pulak cnn ke ape ake. Diorang Nato tu pengganas, bukan Taliban. geram jugak ak kat Barat ni. Manipulate minda kita ckp Alqaeda. taliban pengganas.

Investasi Online Terbaru Dan Tercepat berkata...

Turut Berduka Kepada Sodara2 Qta Yang Sedang Di Afganistan :(

Investasi Online Terbaru Dan Tercepat berkata...

Turut Berduka Kepada Sodara2 Qta Yang Sedang Di Afganistan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...