Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
On Selasa, 29 Jun 2010
2

Berapa ramai antara kita yang berjanji pada diri sendiri, " besok aku nak bangun awal la sikit, asyik bangun lewat je ". Aku pun selalu terkena dengan janji yang di mungkiri ini. Disini dititipkan 5 tips ( Siri 1 ), bagaimana nak bangun awal keesokan hari:-

  1. Masuk Tidur Awal:-
    Ini adalah perkara yang tidak boleh disangkal.Untuk bangun awal kamu perlulah tidur awal kerana tubuh manusia memerlukan rehat yang cukup dan rehat yang cukup diperolehi dengan tidur. Kalau tidur lewat pasti masa rehat anda melalui tidur tidak akan mencukupi.


  2. Masuk tidur dan bangun pada masa sama setiap hari:-
    Ingin bangun awal tetapi tidur lewat melepasi tengah malam adalah satu idea yang kurang bijak. Anda boleh bangun awal dengan cara begitu tetapi tubuh anda tetap tidak dapat rehat yang cukup. Masuk tidur awal sebelum tengah malam, anda pasti bangun awal dengan cerita dan jadikan ianya jadual tidur harian.


  3. Amalkan bangun awal tiga minggu berturut - turut:-
    Untuk menjadikan sesuatu perkara sebagai habit, anda memerlukan sekurang - kurang tiga minggu setia dengan amalan yang dikehendaki. Dalam hal ini ialah habit bangun tidur awal. Setengah orang ada kata 21 hari tapi sebaik - baik kekalkan sambil bila - bila.


  4. Biarkan muzik mengejutkan anda:-
    Zaman sekarang ramai yang menggunakan telefon sebagai jam loceng untuk adan bangun pagi. Apa kata anda setkan lagu yang boleh membuatkan anda segar untuk bangun, nak ekstrem gunakan lagu yang 'mengejutkan' anda!


  5. Tidur sebentar di tengah hari:-
    Kajian menunjukkan tidur tengah hari selama 20 minit memberi rehat yang lebih berbanding tidur 20 minit di waktu pagi. Tetapi anda tidak digalakkan tidur tengh hari melebihi 30 minit. Dengan cara ini anda akan memerlukan masa yang sedikit untuk tidur malam dan anda akan bangun awal pagi.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

On Khamis, 3 Jun 2010
12

214544_guava

Guava atau lebih dikenali dengan nama buah jambu batu merupakan sebiji buah yang menjadi kegemaran ramai. Lagilah kalau dibelah - belah dan ditabur sedikit asam buah, tak dapat dibayangkan kenikmatannya!. Teringat pula zaman kanak - kanak dulu masuk kat dalam hutan kem askar nak cari buah jambu batu.

Pagi ini mari kita lihat serba sedikit mengenai khasiat buah jambu batu ini, utamanya dari segi kandungan mineral buah guava atau jambu batu mempunyai Vitamin A dan B. Ia turut mepunyai kandungan vitamin C lima kali ganda berbanding buah oren. Selain itu buah ini turut mengandungi kalsium, asid nikotinik, forforus, potasium, besi, asid folik dan juga serat ( isinya mempunyai serat yang padat dan dianggarkan sumber serat terbaik untuk kategori buah ). Buah jambu batu juga membekalkan karbohidrat, niasin, protein dan kalori buat tubuh.

765578_guava

Seterusnya buah Guava atau buah jambu batu bagus untuk anda yang mengalami haid yang berpanjangan, untuk mengawal tekanan darah tinggi anda dan memperbaiki pengaliran darah dalam tubuh. Selain itu ia juga bagus untuk anda yang ada masalah dengan kesihatan paru - paru, masalah asma, skurvi ( melalui pengambilan vitamin C ), masalah asidosis ( kadar keasidan darah berlebihan ), catarrh ( kaitan dengan selesema, membran mukus ) dan obesiti.

p/s:- Jadi apa lagi, jom makan Guava aka Jambu Batu!!!!

On Selasa, 1 Jun 2010
2

Semua orang mesti pernah mengalami situasi seperti berikut, malam dah kunci jam loceng sebab besok nak bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Tapi bila jam bunyi, anda pasti tak nak bangun lagi sebab masih mengantuk, jawabnya terlewat bangun dan mood pada hari itu mesti terganggu. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 1 ) untuk mulakan hari dengan ceria:-


  1. Bangun tepat pada masa yang ditetapkan:-
    Sesetengah daripada kita apabila terdengar bunyi jam loceng, tak kiralah dari jam loceng telefon bimbit atau bukan pasti kita akan segera menutupnya dan tidur balik, betul tak?. Ini menyebakan kita akan terlewat bangun dan akan tergesa - gesa untuk bersiap ke tempat kerja. Ini pasti sedikit menjejaskan mood anda.


  2. Mulakan hari dengan berjalan pagi atau berjogging:-
    Jika kamu bangun awal dan ada masa untuk untuk bersenam, ambil masa untuk berjalan atau berjogging sebentar keliling rumah anda. Mulakan pagi dengan aktiviti kardiovaskular pasti menceriakan hari anda dengan lebih cergas. Ianya bagus untuk jantung juga!.



  3. Segera pergi mandi:-
    Dengan mandi akan membuang segala kekotoran yang melekat pada badan, dan ia juga akan memberi keselesaan buat badan anda pada waktu pagi. Teringat pula pada kawan waktu sekolah asrama dulu, ada yang pergi sekolah tanpa mandi pagi. Pelik macam mana dia boleh tahan tak mandi pagi!.




  4. Ambi masa untuk berpakaian:-
    Peruntukan masa untuk bersiap, anda pasti tidak mahu tersalah pakai pakaian yang tidak sepatutnya ke tempat kerja. Kadang - kadang perangai anda yang suka tergesa ketika bersiap pasti akan menyebabkan anda terlupa sesuatu.




  5. Ambil sarapan yang sihat:-
    Sarapan bukan sahaja sajian pertama hari anda tetapi ia juga dimetaforakan sebagai 'minyak' untuk tubuh badan. Tanpa 'bahan pembakar' pasti anda tidak akan memulakan hari dengan lancar.Tidak mengambil sarapan pasti membuat anda tidak bermaya pada waktu pagi.
Tunggu 5 tips seterusnya pagi esok!

On Ahad, 30 Mei 2010
4

70% bumi diliputi air, begitu juga dengan tubuh kita. Jadi sekarang saya nak kongsikan satu ilmu yang berguna iaitu bagaimana mahu mengira pengambilan air untuk badan kita dalam sehari. Ada orang cakap lapan gelas sehari, tapi apakah sukatan sebenar lapan gelas tersebut?. Sukatan untuk segelas air ialah 8 ounces.

Ok, sebenarnya pengambilan air untuk setiap individu itu berlainan dari seorang ke seorang yang lain. Ianya lebih signikfikan dengan berat badan individu tersebut. Bagaimana mengiranya, ikut langkah - langkah ini:-

  • Mula - mula timbang berat badan, catat pada satu kertas putih berat dan ambil kalkulator darabkan berat anda dalam kiraan pounds. Lihat pengiraan dibawah:-
Berat Saya = 57 KG
1 kg = 2.205 pounds
Berat Saya dalam pounds = 57 x 2.205 = 125.69 pounds

  • Jadi Berat Saya dalam pounds ialah 126 ( setelah dibundarkan ). Kemudian nombor ini dibahagiakn kepada 2 untuk mendapat nilai air yang perlu diambil dalam kiraaan ounces.
126 / 2 = 63

  • Maka pengambilan air untuk tubuh saya setiap hari bagi berat badan 57 KG ialah, 63 ounces sehari. Untuk dalam kiraan gelas pula ialah:-
1 gelas air = 8 ounces
Jadi
63 ounces / 8 ounces = 8 gelas sehari

  • Oleh kerana negara Malaysia tidak menggunakan kiraan dalam ounces, maka kita tukarkan ia dalam unit liter. Pengiraan dalam unit liter ialah:-

1 liter = 33.82 ounces
Maka
63 ounces / 33.82 = 1.86 liter air

  • Oleh itu pengambilan air sehari untuk tubuh saya semasa berat 57 Kg, dalam pengiraan liter ialah 1.86 liter air dan dalam kiraan gelas ialah 8 gelas.
Jawapannya disini, sememangnya tubuh kita memerlukan sekurang - kurang 8 gelas air sehari atau 1.5 liter air tetapi jangan melebihi 4 liter sehari ( kerana pengambilan air yang berlebihan boleh menyebabkan buah pinggang mengecut ), namun ia juga bergantung kepada faktor - faktor lain antaranya dari segi diet permakanan, dari aktiviti harian, cuaca setempat malah dari sudut kesihatan semasa anda.

Persoalannya sekarang, apakah tanda - tanda tubuh iu kekurangan air?, disini saya serta antara tanda - tandanya :-

  1. Apabila anda berasa dahaga.
  2. Kelesuan tubuh, terutama pada cuaca panas.
  3. Kekeringan pada bibir dan kulit.
  4. Pening kepala atau terasa ingin pitam.
  5. Pembuangan air kecil yang sedikit dan kotor.
  6. Perut terasa kosong walaupun sudah makan.
Apa yang menariknya pengambilan air turut juga menjadi satu pelan diet yang berkesan. Pastikan 30 minit sebelum mengambil hidangan anda meminum air, ini akan membantu anda makan dalm jumlah yang sedikit. Harus diingat pengambilan air hendaklah di bahagi - bahagi salam sehari bukannya di ambil sekaligus. Harus diingat juga air yang diambil hendaklah air kosong, air jus dan juga yang menyihatkan dan bukannya minuman bergas!, INGAT!

On Rabu, 26 Mei 2010
6

Selamat pagi atau lebih tepat selamat pukul 8.15 pagi buat anda. Ingin saya bertanya sesuatu, berapa ramai antara kita yang mengambil sarapan ketika waktu pagi?. Tahukah anda sarapan merupakan masa untuk makan yang paling penting dalam jadual pemakananan anda. Terutama kepada mereka yang ingin menguruskan badan dan yang ingin konsisten dalam amalan diet.

Mereka yang mengambil sarapan kurang mengalami berat badan berlebihan berbanding mereka yang tidak, dan mereka yang kekal dengan diet adalah mereka yang mengambil sarapan. Ya, fakta ini memang ada kebenarannya.

Selain itu dengan mengambil sarapan juga kurang berisiko untuk mengalami penyakit berkaitan jantung, diabetis, kanser dan ia juga mampu membina sistem imun yang kuat buat tubuh badan anda. maka sistem imun kamu mampu menghalang badan anda dari penyakit seperti batuk dan selsema, sesuatu yang bagus dalam musim H1N1 sekarang.

Lebih bagus lagi, dengan pengambilan sarapan kamu boleh kekal aktif dan lebih konsentrasi ketika melakukan kerja, sekali gus boleh meningkatkan prestasi kerja anda. Tiadalah anda ditangkap terlelap di meja pejabat. Mengikut kajian kanak - kanak yang mengambil sarapan sebelum ke sekolah boleh mencapai prestasi pelajaran.

Tapi harus diingat pengambilan sarapan hendaklah dengan makanan yang sihat buat tubuh badan anda, bukan yang tinggi kolestrol dan tinggi lemak, tetapi biarlah ianya tinggi kalori tetapi menyihatkan. Tahap kalori yang harus diambil ialah antara 500 ke 600 kalori dan lengkap dengan mineral, vitamin dan nutrien serta tinggi fiber contohnya seperti oat. Oat dilihat sebagai bijiran yang meliputi semua keperluan mineral ini. Jadi kalau anda ingin sarapan yang mudah dan memenuhi prasyarat, ianya tentulah Oat.

On Khamis, 20 Mei 2010
9

830434_papaya_1

Buah betik merupakan buah tropikal yang senang didapati di Malaysia, ia juga adalah buah yang kaya dengan nutrisi. Malah pujuk betik yang pahit dapat merawat dan penyakir darah tinggi. Saya sendiri gemar menjadikan ianya ulam ( lagi - lagi kalau buah betik muda direbus dan dimakan
dengan sambal belaca dan nasi, bakal mak mertua lalu pun tak nampak wooo).

Buah betik kaya dengan sumber enzim proteolitik, iaitu bahan kimia yang berfungsi untuk mencerna protein. Papain yang termasuk dalam salah satu enzim proteolitik yang diekstrak, dikeringkan dan ditukarkan ke dalam bentuk tepung digunakan untuk merawat ketidak cernaan makanan dan juga sering digunakan untuk melembutkan daging dengan proses memecahkan serat daging tersebut.

530045_papaya_tree

Betik yang masak dilihat boleh merawat sembelit dan mencegah kanser pada organ tubuh, manakala jus betik pula boleh mencegah jangkitan pada usus dan boleh memecahkan nanah dan juga lendir. Dalam kajian turut menyatakan buah betik mempunyai kesan tonik yang bagus untuk perut dan usus.

Bagi lelaki pula betik mempunyai arginine yang bagus untuk kesuburan. Selain itu betik turut kaya dengan carpain iaitu satu enzim yang bagus untuk kesihatan jantung. Bercakap tentang vitamin, betik mempunyai vitamin C yang kaya dengan karotin. Mengenai bijinya pula, ianya bersifat antihelmintic yang bagus untuk menyingkir cacing dalam tubuh. Kulit betik pula boleh digunakan untuk merawat luka luar, dalam kata lain buah betik mempunyai khasiat yang tinggi.

Selain dari yang dinyatakan disini, buah betik mempunyai pelbagai lagi faedah untuk kesihatan
tubuh badan anda.

p/s:- Teringat drama pepaya dekat TV3 dulu, makan betik tiap - tiap hari boleh jadi superhero
woo!

On Selasa, 18 Mei 2010
13

1151781_grape_4 Buah anggur sedap dimakan, rasanya yang manis – manis masam memang membuatkan air liur meleleh tanpa disedari. Tiba – tiba pagi ni terasa macam nak makan buah anggur. Walaupun ianya bukan buah tempatan tetapi anggur boleh didapati dengan mudah disekitar negara kita.

Seperti post yang sebelum – sebelum ini, saya gemar membuat post mengenai khasiat buah, dan kali ini saya ingin bercerita mengenai nutrisi yang terdapat dalam buah anggur ini. Ianya mempunyai vitamin A, B dan C.

1233861_organic_grapes

Ia juga mempunyai 13 mineral asas iaitu potassium, kalsium, fosforus, magnesium, besi, selenium, copper, manganese dan zink. Tidak lupa juga anggur kaya dengan serat dan protien serta ianya mempunyai flavonoid yang berfungsi sebagai antioksida kerana warnanya yang terang.

Anggur sendiri boleh didapati dalam pelbagai warna antaranya merah, ungu dan juga hijau. Anggur turut bagus untuk mereka yang mencegah asma, sakit jantung, migrain, sembelit, ketidak hadaman, keletihan, sakit buah pinggang, kanser payudara, alzheimer, katarak pada mata dan kolestrol tinggi.

1190745_fruits_on_the_market_3

Inilah sahaja yang dapat saya rungkaikan secara ringkas mengenai khasiat anggur, info mengenai artikel ini diambil dari sumber internet dari laman sesawang kesihatan yang pelbagai. Jom pergi pasar beli buah anggur sekarang, dapat minum jus anggur pun sodap ni!

p/s:- Jeruk anggur pun sedap jugak!

On Khamis, 13 Mei 2010
8

carrot

Mari makan lobak merah hari ini!. Salam ziarah buat anda, secara umum lobak merah lebih dikenali dengan nama carrot atau karot dalam bahasa malaysia. Karot dilihat sebagai pembekal Vitamin A yang bagus dimana, Vitamin A yang diperolehi membekal vitamin sepanjang hari buat tubuh. Ianya juga termasuk dalam keluarga sayur dan bukannya buah - buahan.

Ia sesuai menjadi pengganti snek sebelum makan tengah hari. Kajian turut menunjukkan karot mempunyai penghalang untuk kesan negatif sinar UV ( ultraviolet ) terhadap kulit, dimana ia penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Malah pengamal perubatan ubat - ubatan cina turut mengesyorkan pemakanan karot dalam diet boleh memberi tenaga positif pada hati manusia.

Antara faedah atau khasiat karot ialah ia membantu kesihatan kulit, rambut, tulang, penglihatan masa dan turut boleh berfungsi sebagai pembersih toksik dalam badan. Dimana toksik - toksik ini yang meyebabkan kulit bermasalah. Seterusnya karot juga memberi faedah kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, serta dipercayai karot mengurangkan risiko sakit jantung dan sesetengah jenis kanser.

carrots

Jus karot yang segar turut boleh menghilangkan stress, penat dan memberi tenaga pada tubuh. Selain itu karot yang dijadikan sup bagus untuk merawat cirit - birit kerana ia memberi kelesaan pada usus besar dan disebabkan hal ini ia melambatkan pembanguan bakteria yang menyebabkan cirit birit. Manakala isi karot mentah yang disagat boleh digunakan untuk mengubati bukaan dan keradangan yang berlaku pada luka luar. Satu petua pemilihan karot, lagi pekat warna pigmen kulitnya, semakin tinggi kandungan karotanoid ( Vitamin A ).

Namun harus diingat pengambilan karot yang berlebihan turut boleh menyebabkan kulit menjadi kuning sementara, namun ianya bukanlah keadaan yang berbahaya untuk kesihatan anda. Kesan negatif yang lain ialah ianya turut boleh mengganggu saraf tonik dan bloeh mengakibatkan keguguran bagi ibu mengandung, jadi kurangkan pengambilan karot untuk anda yang mengandung.

On Ahad, 9 Mei 2010
3

senm

Tips sihat ringkas hari ini, tahukah anda senaman merupakan salah satu cara terbaik untuk melepaskan stress dan keresahan?. Tempoh hari saya ada terbaca mengenainya di sebuah laman sesawang kesihatan dan dan tergerak untuk berkongsi di blog saya ini.

Senaman boleh membuang bahan kimia seperti cortisol dan norepinephrine yang menyebabkan anda stress. Pada masa yang sama juga, senaman turut merembeskan endorphine ke dalam sistem tubuh. Endorphine ini berfungsi sebagai hormon yang bertindak memberi anda ketenangan, rasa ceria dan memberi perasaan yang selesa pada minda dan fizikal seseorang.

Endorphine ini lebih bagus berbanding yang dihasilkan melalui pengaruh ubat atau lebih tepat dibawah pengaruh dadah, kerana ianya dihasilkan secara semulajadi tanpa sebarang bahan kimia yang menjadi pemangkin. Saya pernah terlihat di rancangan dokumentari TV dimana ia berkata endorphine yang dihasi;kan melalui pengaruh dadah akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menghasilkan endorphine dengan cara semulajadi, maka seseorang itu akan menjadi seorang penagih untuk mencapai tahap keseronokan serta ketenangan.

Selain endorphine, dengan aktiviti senaman juga, otak kita turut menghasilkan dopamine dan serotonin yang berfungsi untuk memberi rasa selamat dan mengurangkan rasa resah seseorang. Untuk mendapat faedah - faedah ini anda digalakkan untuk kerap melakukan senaman, kalau boleh hampir setiap hari. Curi sedikit masa, sedangkan kalau anda melekat di meja komputer senaman seperti regangan turut boleh melegakan minda dan tubuh anda.

Senaman juga berfungsi untuk meningkatkan rasa motivasi dalam diri, lebih berkeyakinan dan
ini juga satu kelebihan buat diri anda untuk merasa kurang atau tiada stress.

p/s:- Jadi apakata kita mulakan budaya senaman, blogwalking sambil senaman!

On Sabtu, 8 Mei 2010
9

dark chocolate

Siapa suka makan coklat?, saya!. Tapi kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai coklat hitam yang saya baca di internet. Telah disahkan bahawa antioksida yang terkandung dalam coklat adalah saling berkait dengan kesihatan tubuh badan, antaranya:-

  • Mengurangkan risiko mati kerana sakit jantung.
  • Memperbaiki fungsi sel endothelial
  • Memperbaiki sistem perncernaan dan buah pinggang
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Peningkatan yang bagus dalam pengaliran darah
  • Flavonoid yang terkandung dalamnya digunakan untuk merawat anemia, buah pinggang dan kurang selera makan

Terdapat dua jenis flavonoid iaitu cetechin dan epicarechin dimana ia mampu merawat simptom - simptom kanser. Dan kandungan dalam coklat hitam adalah 3 kali ganda yang terkandung dalam teh.

Coklat hitam juga menjadi pilihan yang bijak untuk sumber copper dan magnesium dimana ianya perlu dalam mengawal jantung berada dalam kiraan degupan yang normal dan untuk mengawal tekanan darah. Namun harus diingat memakan coklat hitam dalam jumlah yang banyak adalah tidak bagus kerana ia mempunyai jumlah lemak dan kalori yang tinggi. Sebab itulah coklat selalu dijadikan makanan tambahan untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak, jadi kalau anda ingin pergi mendaki gunung contohnya jangan lupa bawa coklat,

Coklat hitam turut mempunyai kafein didalamnya, jadi makannya berpada - pada. Jangan dimakan sebelum tidur kerana kamu pasti akan segar semula. Selain dari itu dalam kajian terkini, coklat hitam turut boleh mencegah risiko kerosakan otak selepas mengalami strok.

p/s:- Makanlah sesuatu itu biar berpada.

On Isnin, 3 Mei 2010
9

202393_fish_salmon

Ikan, ada bermacam ikan. Ada ikan besar, ikan kecil, ikan sedang, ikan laut, ikan sungai dan bermacam perihal ikan lagilah. Tapi post ini bukannya mengenai perihal ikan, tetapi saya ingin menyentuh khasiat ikan kepada tubuh badan anda.

Seperti yang sedia maklum isi ikan penuh dengan vitamin, nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Dipaparkan di post ini antara faedah yang diterima dengan memakan ikan dan bagaimana kaedah menyediakannya supaya badan anda dapat menyerap khasiat ikan seoptimum mungkin.

Telah dilaporkan, dengan memakan ikan ia dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular bagi lelaki dan perempuan terutama bagi penghidap diabetis. Ia turut dapat mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan turut membantu dalam proses membersihkan darah supaya darah dapat mengalir ke jantung dengan lebih efisyen.

selain itu ikan dan minyak ikan membantu dalam meningkatkan kadar sistem imun anda, dan juga ikan membekalkan asid lemak omega-3 yang amat diperlukan untuk pembentukan sel baru untuk tulang dan juga kulit. Ikan yang mengandungi kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi ialah tuna dan salmon.

Memakan ikan juga boleh memperbaiki dan memelihara kesihatan mata anda. Ikan turut juga mengandungi DHA ( asid docosahexaeonic ) dimana ia amat perlu untuk deria penglihatan anda.

Cara masakan ikan perlu juga dilihat kerana, kandungan mineral bergantung juga pada kaedah masakan. Jika memasak ikan dengan jumlah sodium yang banyak ianya dapat memelihara kandungan omega-3, dan ikan yang tidak terlalu masak memastikan anda memperolehi faedah nutrisi yang sepenuhnya dari ikan.

Jadi harap - harap Malaysia akan datang akan membentuk restoran rangkaian berunsurkan ikan seperti KFC, ke dekat Malaysia dah ada?. Kalau restoran seafood tu berlambaklah kat Malaysia ni. Itu sahaja yang dapat saya kupaskan melalui pencarian maklumat di internet, sekadar ingin berkongsi dengan anda.

250923_dead_salmon

p/s:- Agaknya khasiat ikan paus tu macam mana pulak ya?

On Isnin, 19 April 2010
4


honey_james_theme

Dulu saya selalu mengamalkan pengambilan madu sebelum dan selepas tidur, ia membantu memulihkan tenaga saya dan sesuai untuk tahap kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Ingin saya berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi mengenai madu dan khasiatnya.

Madu merupakan manisan semulajadi yang diperolehi melalui proses kerja lebah. Warnanya yang keemasan serta rasanya yang tersendiri amat dikenali. Bila lebah mengambil nektar dari bunga, ianya akan bercampur dengan bahan kimia yang terdapat dalam saliva lebah maka terbentuklah madu.

Madu boleh didapati dalam banyak jenis, dan rasa serta tekstur sesuatu madu bergantung kepada jenis bunga yang dihisapi oleh lebah. Warna yang selalu didapati ialah keemasan namun ia juga boleh didapati dalam warna putih, merah gelap dan hampir hitam.

Sejak zaman dahulu lagi, orang kita menggunakan madu dalam makanan dan perubatan. Kombinasi antara madu susu kambing boleh memulihkan penyakit berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan atau boleh merawat asma.

Madu turut mengandungi anti oksida, dan juga boleh merawat batuk, penyakit berkaitan usus serta luka pada kulit. Madu turut dilihat mengandungi karbohidrat, asid amino, vitamin, mineral, pigmen ttumbuhan dan juga aroma yang berlainan.

Antara petua yang saya amalkansemasa memakan madu ialah, jangan gunakan sudu logam ketika ingin menikmatinya dan campur tiga sudu madu dengan air suam dan minum sebelum dan selepas tidur.

Antara khasiat madu yang lain ialah :-

  1. Madu baik untuk ibu yang tengah mengandung.
  2. Elok untuk wanita yang datang haid.
  3. Membantu penglihatan.
  4. Membantu proses penghadaman.
  5. Mengelakkan obesiti yang tidak terkawal.
  6. Menstabilkan kadar gula dalam badan.
  7. Memberi tenaga kepada tubuh.

Demikian serba sedikit yang dapat saya kongsikan mengenai madu dan khasiatnya yang saya perolehi melalui pengalaman sendiri, tetapi pastikan madu anda itu asli dan bukannya yang tiruan. Untuk mengetahui bagaimana madu itu asli atau tidak, layari Google!. Hehehehe…

Jika anda ada komen atau pendapat mengenai madu jangan segan – segan untuk berkomentar kerana setiap komen anda dihargai dan mana tahu ia memberi idea untuk saya menulis ‘posting’ dimasa akan datang.

On Ahad, 18 April 2010
5



Antara artikel kegemaran saya ialah berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai dengan stress atau tekanan. Pakar kesihatan berkata, tubuh anda akan memberi isyarat jika anda berada dalam keadaan stress dan anda tidak mengetahuinya!, dan keadaan ini akan membawa kepada mudarat kesihatan jika tidak diambil peduli.

Antara tanda – tandanya ialah :-

  1. Otot sakit :- kesakitan pada otot leher kerana terlalu lama menghadap komputer dianggap satu simptom stress. Jika keadaan ini berlaku langkah yang anda perlu ambil ialah cuba bernafas secara tenang, dalam dan fokus kepada bahagian yang terasa sakit antara 5 hingga 10 nafas dan untuk bahagian leher urut secara perlahan singgah otot terasa sedikit lega.


  2. Mata letih :-
    Keadaan ini sering berlaku di kalangan pelajar yang perlu mengadap buku lagi – lagi apabila menjelang peperiksaan, jika keadaan ini berlaku cuba anda pejamkan mata untuk seketika dan bayangkan keadaan yang indah contohnya tempat yang menyeronokkan bagi diri kamu. Jika ia berlaku kerana anda mengadap skrin komputer cuba rehat dengan memandang landskap yang indah.


  3. Ruam pada kulit :-
    Ini mungkin pelik bagi anda, tetapi memang benar kulit boleh bertindak sebagai barometer dalam menyukat tahap stress anda. Ruam stress sering berlaku pada perut, belakang badan, lengan dan juga muka. ini disebabkan sistem imun tubuh kita melepaskan histamin yang menyebabkan kegatalan seterusnya apabila bigaru menjadi ruam. Bernafaslah dengan meletak tangan di perut dan bernafas dengan perlahan – lahan.


  4. Kaviti :-
    Kaviti yang berlaku pada gigi juga boleh memberi makna yang kamu sering mengalami stress. Tahukah anda mereka yang selalu mengetap bibir kerana stress akan merosakkan gigi dan seterusnya memberi persekitaran untuk kaviti berlaku. Jika kamu stress jangan mengetap gigi tetapi ambillah pen dan tulis luahan rasa pada kertas, paling tidak pun tulislah ‘entry’ di blog dan luahkannya.


  5. Rasa mual :-
    Bukan orang mengandung sahaja akan merasa keadaan ini, tetapi mereka yang mengalami stress juga. Pernahkah anda lihat dalam filem orang merasa mual ketika ingin naik ke pentas, itulah keadaan dimana mereka berasa stress dan berdarah gemuruh. Jika keadaan ini berlaku cuba lalukan air paip di jari jemari kamu, rasa mual di perut anda mungkin akan hilang.


  6. Sering terlupa :-
    Keadaan ini berlaku apabila kamu terasa stress ketika lambat untuk pergi ke sesuatu tempat, kamu sering terlupa di mana letak kunci kereta, kasut kamu dimana dan juga stoking. Jadi bernafaslah secara tenang untuk hilangkan stress itu.


  7. Keliru ;-
    Kamu tidak boleh membuat pilihan, stress membawa kamu hilang tumpuan dan kurang fokus. Hilangkan stress kamu dengan mengeluarkan peluh, keputusannya kamu akan rasa sedikit lega.

On Jumaat, 16 April 2010
7


Mari makan oat pagi ini, kenapa?. Kerana oat merupakan makanan bijiran yang banyak khasiat dan mengandungi pelbagai nutrien penting. Salah satunya ialah Inositol yang mana ianya penting dalam mengawal kadar kolestrol dalam darah. Oat juga tinggi kalsium, potasium, dan magnesium serta vitamin B - Complex dan tinggi serat. Kesemuanya ini penting untuk menjamin sistem tubuh yang sihat.

Antara faedah memakan oat ialah:-


  • Dengan memakannya selalu ia akan mengurangkan kadar kolestrol darah.

  • Makan oat ketika anda bersedih kerana ia adalah makanan natural yang bertindak sebagai anti depresi.

  • Oat mentah boleh melegakan stress manakala yang dimasak akan menghilangkan keletihan.

  • Ia juga mencegah kita dari kanser usus besar kerana tinggi kandungan serat.

  • Oat turut boleh merawat sembelit.

  • Mandi bersama oat juga boleh merawat ekzema ( radang kulit ) dan masalah kulit yang lain.

  • Makan semangkuk oat yang dicampur sesudu madu dapat memberi ketenangan, dan bagus untuk mereka yang ingin ke peperiksaan dan temuduga.

On Khamis, 15 April 2010
4

Mengikut sesetengah pandangan diet semata - mata bukanlah cara untuk anda mengurangkan berat badan kerana diet selalu menjadi rejim aturan makanan yang sementara maka hasil yang diperolehi juga bersifat demikian.

Ramai di antara pengamal diet bermasalah mengawal berat badan kerana berat mereka akan naik semula setelah kembali kepada cara pemakanan yang lama. Penurunan berat badan hanya akan berjaya jika kita membuat perubahan. Tukar amalan yang lama dengan amalan yang lebih sihat. Dibawah ini diberikan 5 cara:-


  1. Bersenam:-
    Aktiviti fizikal yang dilakukan secara rutin akan membakar lemak dan membentuk otot, dimana ia akan memberi faedah kepada tubuh dalam masa yang sama ia turut menurunkan berat anda. Jika otot terbina di badan anda ia akan turut membakar lemak walau ketika anda tidak bersenam.


  2. Kurangkan masa menonton TV:-
    Lakukan aktiviti beriadah yang menyihatkan. Boleh menonton Tv, tapi kurangkan masa yang diperuntukkan. Keluar berjalan ke taman atau sekeliling rumah anda.


  3. Perhatikan jumlah hidangan anda:-
    Saiz hidangan semakin bertambah lewat satu dekad ini, dan pertambahan kalori ini menyumbang kepada obesiti. Pada sesetengah pendapat pakar nutrisi, saiz satu hidangan ialah sebesar tapak tangan kamu. Kurangkan minuman bergas yang mengandungi banyak gula ( satu tin minuman bergas = 15 sudu gula ). Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman yang mengandungi kadar gula tinggi.

  4. Ambil 5 hidangan sayur dan buah:-
    Sayur dan buah bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, tetapi ia juga tinggi serat yang membantu anda kenyang. Maka dengan ini kamu kurang mengambil makanan yang tinggi kadar kalori.


  5. Ambil sarapan:-
    Sarapan diperlukan untuk metabolisme anda, membakar kalori dan untuk sumber tenaga anda di siang hari. Mereka yang tidak mengambil sarapan cenderung untuk makan dengan banyak semasa makan tengah hari. Mengikut kajian juga, mereka yang tidak mengambil sarapan selalunya mempunyai kadar BMI yang tinggi.

On
0


Kadang - kadang agak sukar untuk kita mencari imej di internet yang bebas royalti atau lesen. Bebas royalti ini bermaksud imej tersebut boleh digunakan semula oleh pengguna lain tanpa kengkangan yang menyalahi etika internet.

Disini ingin saya perkenalkan satu laman sesawang yang menyediakan kemudahan untuk anda muat turun imej yang bebas royalti. Laman sesawang ini dikenali sebagai stock.xchng. Untuk memperolehi imej yang dicari anda hanya perlu mendaftar secara percuma. Pendaftaran hanya memakan masa yang sebentar.

Selain menyediakan imej yang bebas royalti, laman ini turut juga menyediakan imej dengan kadar harga premium yang rendah tetapi berkualiti tinggi. Klik gambar diatas untuk ke laman utamanya.

On Rabu, 14 April 2010
4


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 3 ), dan ini adalah 5 tips yang terakhir :-

  1. Adakan sebab untuk bangun awal:-
    Sebelum tidur fikirkan satu sebab kenapa anda perlu bangun awal esoknya, adakah untuk sediakan sarapan atau ingin tiba awal ke tempat kerja. Jadi apabila anda terdengar jam loceng di waktu pagi, ingat balik sebab untuk anda bangun awal.


  2. Buat secara perlahan:-
    Untuk melakukan sesuatu perubahan dalam hidup, langkah perlahan - lahan adalah lebih positif berbanding langkah yang drastik. Apakata pagi esok anda bangun lima belas minit lagi awal dari pagi semalam. Jadikan ini rutin sehingga anda dapat capai masa yang diingini.


  3. Jangan tidur lebih masa di hari minggu:-
    Mengikut kajian, jadual tidur boleh terganggu jika ia tidak dijadikan rutin, Ramai orang menjadikan hari minggu sebagai alasan untuk tidur lama. Boleh nak tidur lama sikit berbanding hari lain tapi kalau boleh jangan lebih dari 1.5 jam.


  4. Senaman ringan sebelum tidur:-
    Cara yang sedikit radikal, jadikan senaman ringan seperti regangan anggota badan sebelum anda tidur, badan yang sedikit letih dapat melatih badan untuk lebih lena tidur, dan keputusannya anda akan bangun awal dengan ceria.

  5. Tepuk bantal 3 kali:-
    Tips terakhir sedikit humor namun ianya petua orang tua - tua. Tepuk bantal 3 kali dengan niat untuk bangun pukul berapa. Sedikit mengarut tetapi ianya ada kaitan dengan psikologi manusia. Ini seperti anda berjanji dengan diri sendiri untuk bangun awal.
Demikian tips - tips yang dapat diberikan, apa yang berguna kita ambil apa yang kurang elok kita perbaiki!

On
3

Bersambung kita dalam tajuk yang sama semalam. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 3 ) untuk mulakan hari dengan gembira, dam siri ini adalah siri akhir:-


  1. Mulakan hari dengan bersyukur:-
    Apbila bangun pagi ucapkan kesyukuran ke hadrat Tuhan. Bagi mereka yang islam bacalah doa pagi, ucapkan Alhamdulillah dan tunaikan sembahyang subuh. Pasti anda akan terasa lapang dada.


  2. Berfikir secara positif:-
    Ada pepatah mengatakan semalam adalah sejarah, esok adalah masa hadapan dan hari ini adalah hadiah sebab itu dalam Bahasa Inggeris ianya disebut sebagai "present". Mulakan hari dengan idea ini pasti membangkitkan semangat ceria dalam diri.


  3. Hari ini lebih baik dari semalam:-
    Dalam fikiran anda tetapkan bahawa hari ini aku akan jadikan ia lebih baik dari semalam. Secara automatik anda akan berfikiran untuk mulakan hari dengan sebaik mungkin biarpun ia adalah hari yang buruk buat anda.


  4. Senyum:-
    Senyum, kuasa emosi yang paling kuat. Bukan sahaja ia menceriakan diri, tetapi juga orang yang berada di sekeliling kita. Ia juga bagus untuk otot muka anda, senaman awet muda!. Teringat lagu zaman bernasyid dulu, "senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyumlah dari hati. Dunia mu berseri...". Pasti hari ini adalah hari yang baik!


  5. Buat senarai untuk esok:-
    Setelah hampir ke hari ini, bersedia untuk esok. Buat senarai ringkas untuk apa yang ingin dicapai atau lakukan esok. Tapi jangan terlalu memikirkan hal ini kerana ia hanyalah satu senarai peringatan sahaja.


Cuba pratikkan perkara - perkara diatas dan dalam 'post' yang sebelum - sebelum ini, mungkin ia bakal menceriakan hari anda dan teruskan fikiran positif!.

On
0


Ramai antara kita menggunakan kemudahan mencari imej di laman google. Tapi tahukah anda menggunakan gambar atau imej tanpa kebenaran pemilik itu salah dari etika penggunaan internet. Disini ada satu cara untuk mengelakkan hal ini.

Dengan menetapkan "Advance Image Search" yang disediakan di sebelah kotak carian, anda boleh mencari gambar atau imej yang bebas lesen. Lihat imej dibawah di mana rupa bentuk mukasurat "Advanced Image Search".



Untuk menetapkan pilihan lesen, anda lihat pada pernyataan Usage Rights. Antara pilihan lesen disini ialah:-

  • "Not filtered by license"
  • "Label for reuse"
  • "Label for commercial reuse"
  • "Label for reuse with modification"
  • "Label for commercial reuse for modification"
Untuk penerangan yang terperinci mengenai jenis - jenis lesen ini layari laman sesawang ini. http://www.google.com/support

On Selasa, 13 April 2010
5


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 2 ) :-

  1. Tidur dalam pengaliran udara yang bagus:-
    Pernah kita tidur selama 10 jam tetapi apabila bangun keesokan pagi badan masih letih.Mungkin sebab terlebih tidur, tetapi tidur dalam pengudaraan yang tidak bagus juga boleh mengakibatkan begini. Jika ada tingkap, buka tingkap untuk tidur, tetapi hati - hati dengan nyamuk. Tapi apa yang penting, pastikan bilik kita bersih, tidaklah berhabuk, kerana habuk boleh mengotorkan pengudaraan bilik.


  2. Suruh mereka yang bangun awal kejutkan:-
    Jika ada ahli rumah yang bangun awal, suruh mereka ini kejutkan. Lagi efektif dari kunci loceng jam, kalau mereka kejut tak boleh bangun jugak suruh mereka simbah dengan air. Terus mandi atas tilam, lagi efektif!.


  3. Jangan makan sebelum tidur:-
    Jangan makan, terutamanya dalam jumlah yang banyak jika ingin masuk tidur, mungkin makanan yang ringan seperti biskut, tetapi hendaklah 2 jam atau sebaiknya 4 jam sebelum tidur. Ini adalah kerana jika kamu makan, organ berkaitan penghadaman akan terus bekerja ketika anda tidur, maka tubuh tidak akan dapat berehat sepenuhnya semasa tidur. Jika ingin makan atau minum, ambillah snek ringan dan minum susu. Tidur pasti lena.


  4. Gunakan jam loceng yang banyak:-
    Kalau susah nak bangun awal dengan 1 jam loceng, apakata anda pasang 3 jam loceng dalam sela masa yang berlainan dan letak dalam kawasan yang berbeza. Pasti anda akan tercari - cari nak menutupnya semua nanti, dan kalau dah terbangun tu teruslah ke bilik air untuk mandi.


  5. Letak jam loceng jauh dari katil:-
    Seperti di tips diatas tentang jam loceng, tapi kali ini letakkan jam loceng itu jauh dari katil. Ini akan menggalakkan anda bangun dari katil, atau lebih tepat lagi bangun dari tidur. Tapi ingat kunci jam untuk bangun awal bukan untuk bangun lambat.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...