Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan
On Selasa, 29 Jun 2010
2

Berapa ramai antara kita yang berjanji pada diri sendiri, " besok aku nak bangun awal la sikit, asyik bangun lewat je ". Aku pun selalu terkena dengan janji yang di mungkiri ini. Disini dititipkan 5 tips ( Siri 1 ), bagaimana nak bangun awal keesokan hari:-

  1. Masuk Tidur Awal:-
    Ini adalah perkara yang tidak boleh disangkal.Untuk bangun awal kamu perlulah tidur awal kerana tubuh manusia memerlukan rehat yang cukup dan rehat yang cukup diperolehi dengan tidur. Kalau tidur lewat pasti masa rehat anda melalui tidur tidak akan mencukupi.


  2. Masuk tidur dan bangun pada masa sama setiap hari:-
    Ingin bangun awal tetapi tidur lewat melepasi tengah malam adalah satu idea yang kurang bijak. Anda boleh bangun awal dengan cara begitu tetapi tubuh anda tetap tidak dapat rehat yang cukup. Masuk tidur awal sebelum tengah malam, anda pasti bangun awal dengan cerita dan jadikan ianya jadual tidur harian.


  3. Amalkan bangun awal tiga minggu berturut - turut:-
    Untuk menjadikan sesuatu perkara sebagai habit, anda memerlukan sekurang - kurang tiga minggu setia dengan amalan yang dikehendaki. Dalam hal ini ialah habit bangun tidur awal. Setengah orang ada kata 21 hari tapi sebaik - baik kekalkan sambil bila - bila.


  4. Biarkan muzik mengejutkan anda:-
    Zaman sekarang ramai yang menggunakan telefon sebagai jam loceng untuk adan bangun pagi. Apa kata anda setkan lagu yang boleh membuatkan anda segar untuk bangun, nak ekstrem gunakan lagu yang 'mengejutkan' anda!


  5. Tidur sebentar di tengah hari:-
    Kajian menunjukkan tidur tengah hari selama 20 minit memberi rehat yang lebih berbanding tidur 20 minit di waktu pagi. Tetapi anda tidak digalakkan tidur tengh hari melebihi 30 minit. Dengan cara ini anda akan memerlukan masa yang sedikit untuk tidur malam dan anda akan bangun awal pagi.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

On Selasa, 25 Mei 2010
18

506656_f520

Berapa ramai antara kita yang bangun dari tidur dan menggeliat?, tahukah anda menggeliat itu salah satu senaman regangan dan ianya memberi faedah untuk tubuh kembali segar. Malah haiwan seperti kucing juga sering melakukan aktiviti menggeliat ini. Anda digalakkan untuk melakukannya kerana:-

1. Menggeliat akan membuat anda untuk menarik nafas secara dalam dan memberi oksigen yang cukup pada otak dan sekaligus menyegarkan mata anda dan menyebabkan anda tidak lagi mengantuk.

2. Ianya melepaskan tekanan pada otot tubuh anda dan mengelakkan tubuh dari lesu kerana ketika tidur kebanyakan otot tubuh anda berada dalam keadaan statik.

3. Paling menarik dengan aktiviti geliat yang dianggap sebagai senaman regangan dapat merembeskan toksin dari tisu tubuh. Mengikut aturan, apabila kamu menarik nafas secara dalam, sistem lymph tubuh akan aktif dan ianya akan membersihkan tubuh dari toksin tercemar.

Ini antara tiga faedah ringkas mengenai menggeliat atau membuat regangan tubuh selepas bangun dari tubuh. Ianya juga bagus untuk membuat regangan ketika kamu mengantuk di tempat kerja lagi - lagi ketika waktu tengah hari.

On Rabu, 14 April 2010
4


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 3 ), dan ini adalah 5 tips yang terakhir :-

  1. Adakan sebab untuk bangun awal:-
    Sebelum tidur fikirkan satu sebab kenapa anda perlu bangun awal esoknya, adakah untuk sediakan sarapan atau ingin tiba awal ke tempat kerja. Jadi apabila anda terdengar jam loceng di waktu pagi, ingat balik sebab untuk anda bangun awal.


  2. Buat secara perlahan:-
    Untuk melakukan sesuatu perubahan dalam hidup, langkah perlahan - lahan adalah lebih positif berbanding langkah yang drastik. Apakata pagi esok anda bangun lima belas minit lagi awal dari pagi semalam. Jadikan ini rutin sehingga anda dapat capai masa yang diingini.


  3. Jangan tidur lebih masa di hari minggu:-
    Mengikut kajian, jadual tidur boleh terganggu jika ia tidak dijadikan rutin, Ramai orang menjadikan hari minggu sebagai alasan untuk tidur lama. Boleh nak tidur lama sikit berbanding hari lain tapi kalau boleh jangan lebih dari 1.5 jam.


  4. Senaman ringan sebelum tidur:-
    Cara yang sedikit radikal, jadikan senaman ringan seperti regangan anggota badan sebelum anda tidur, badan yang sedikit letih dapat melatih badan untuk lebih lena tidur, dan keputusannya anda akan bangun awal dengan ceria.

  5. Tepuk bantal 3 kali:-
    Tips terakhir sedikit humor namun ianya petua orang tua - tua. Tepuk bantal 3 kali dengan niat untuk bangun pukul berapa. Sedikit mengarut tetapi ianya ada kaitan dengan psikologi manusia. Ini seperti anda berjanji dengan diri sendiri untuk bangun awal.
Demikian tips - tips yang dapat diberikan, apa yang berguna kita ambil apa yang kurang elok kita perbaiki!

On Selasa, 13 April 2010
5


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 2 ) :-

  1. Tidur dalam pengaliran udara yang bagus:-
    Pernah kita tidur selama 10 jam tetapi apabila bangun keesokan pagi badan masih letih.Mungkin sebab terlebih tidur, tetapi tidur dalam pengudaraan yang tidak bagus juga boleh mengakibatkan begini. Jika ada tingkap, buka tingkap untuk tidur, tetapi hati - hati dengan nyamuk. Tapi apa yang penting, pastikan bilik kita bersih, tidaklah berhabuk, kerana habuk boleh mengotorkan pengudaraan bilik.


  2. Suruh mereka yang bangun awal kejutkan:-
    Jika ada ahli rumah yang bangun awal, suruh mereka ini kejutkan. Lagi efektif dari kunci loceng jam, kalau mereka kejut tak boleh bangun jugak suruh mereka simbah dengan air. Terus mandi atas tilam, lagi efektif!.


  3. Jangan makan sebelum tidur:-
    Jangan makan, terutamanya dalam jumlah yang banyak jika ingin masuk tidur, mungkin makanan yang ringan seperti biskut, tetapi hendaklah 2 jam atau sebaiknya 4 jam sebelum tidur. Ini adalah kerana jika kamu makan, organ berkaitan penghadaman akan terus bekerja ketika anda tidur, maka tubuh tidak akan dapat berehat sepenuhnya semasa tidur. Jika ingin makan atau minum, ambillah snek ringan dan minum susu. Tidur pasti lena.


  4. Gunakan jam loceng yang banyak:-
    Kalau susah nak bangun awal dengan 1 jam loceng, apakata anda pasang 3 jam loceng dalam sela masa yang berlainan dan letak dalam kawasan yang berbeza. Pasti anda akan tercari - cari nak menutupnya semua nanti, dan kalau dah terbangun tu teruslah ke bilik air untuk mandi.


  5. Letak jam loceng jauh dari katil:-
    Seperti di tips diatas tentang jam loceng, tapi kali ini letakkan jam loceng itu jauh dari katil. Ini akan menggalakkan anda bangun dari katil, atau lebih tepat lagi bangun dari tidur. Tapi ingat kunci jam untuk bangun awal bukan untuk bangun lambat.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...