Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label trend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label trend. Papar semua catatan
On Selasa, 29 Jun 2010
2

Berapa ramai antara kita yang berjanji pada diri sendiri, " besok aku nak bangun awal la sikit, asyik bangun lewat je ". Aku pun selalu terkena dengan janji yang di mungkiri ini. Disini dititipkan 5 tips ( Siri 1 ), bagaimana nak bangun awal keesokan hari:-

  1. Masuk Tidur Awal:-
    Ini adalah perkara yang tidak boleh disangkal.Untuk bangun awal kamu perlulah tidur awal kerana tubuh manusia memerlukan rehat yang cukup dan rehat yang cukup diperolehi dengan tidur. Kalau tidur lewat pasti masa rehat anda melalui tidur tidak akan mencukupi.


  2. Masuk tidur dan bangun pada masa sama setiap hari:-
    Ingin bangun awal tetapi tidur lewat melepasi tengah malam adalah satu idea yang kurang bijak. Anda boleh bangun awal dengan cara begitu tetapi tubuh anda tetap tidak dapat rehat yang cukup. Masuk tidur awal sebelum tengah malam, anda pasti bangun awal dengan cerita dan jadikan ianya jadual tidur harian.


  3. Amalkan bangun awal tiga minggu berturut - turut:-
    Untuk menjadikan sesuatu perkara sebagai habit, anda memerlukan sekurang - kurang tiga minggu setia dengan amalan yang dikehendaki. Dalam hal ini ialah habit bangun tidur awal. Setengah orang ada kata 21 hari tapi sebaik - baik kekalkan sambil bila - bila.


  4. Biarkan muzik mengejutkan anda:-
    Zaman sekarang ramai yang menggunakan telefon sebagai jam loceng untuk adan bangun pagi. Apa kata anda setkan lagu yang boleh membuatkan anda segar untuk bangun, nak ekstrem gunakan lagu yang 'mengejutkan' anda!


  5. Tidur sebentar di tengah hari:-
    Kajian menunjukkan tidur tengah hari selama 20 minit memberi rehat yang lebih berbanding tidur 20 minit di waktu pagi. Tetapi anda tidak digalakkan tidur tengh hari melebihi 30 minit. Dengan cara ini anda akan memerlukan masa yang sedikit untuk tidur malam dan anda akan bangun awal pagi.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

On Selasa, 1 Jun 2010
3



Jam loceng digital pertama di dunia yang berbentuk kepala robot ( kata laman sesawang tempat info ini diambil ) ini diberi nama Mr. Clock Radio. Hanya mempunyai kepala robot tanpa berbadan, bentuknya unik sekali.

Tidak seperti jam loceng yang lain, anda tidak akan dikejutkan dengan bunyi loceng yang tipikal tetapi lebih kepada bunyi orang bercakap atau kalau ingin lebih ekstrim seperti suara seorang jurulatih yang menjerit di telinga anda, jika anda tidak bangun setelah di beri amaran!. Pasti anda akan segera bangun ( ini barulah orang panggil 'Wake Up Call').

Fungsi yang lainnya pula ialah, ia akan menyebut waktu semasa, memberi reaksi mata dengan mengenyit dan berkedip terhadap cahaya atau gerakan, mempunyai AM / FM radio dan boleh juga disambungkan dengan ipod atau pemain mp3 anda. Menariknya!

On Isnin, 31 Mei 2010
3


Syarikat Fujitsu dari Jepun akan mengeluarkan robot 'Teddy Bear' yang dapat memberi reaksi kepada manusia!. Robot ini yang bertujuan untuk memberi keselasaan terhadap kanak - kanak memberi reaksi terhadap perubahan riak wajah si pemilik.

Dibangunkan untuk tujuan lebih mesra keluarga, dan ianya sesuai digunakan di rumah anda, rumah kebajikan, hospital dan sekolah, kerana fungsinya untuk menenangkan hati manusia.

Dilengkapi dengan kamera di dalam hidung yang dapat mengesan aksi seperti melambai tangan, manakla sensor di dalam kepala dan pinggangnya dapat mengesan sentuhan dan pelukan manusia lalu ianya akan memberi tindak balas.

Apa yang menariknya robot ini dapat memberi reaksi lebih dari 300 contohnya seperti ketawa, melambai tangan, tidur dan juga berdengkur!.

On Sabtu, 29 Mei 2010
2


Anda pernah bermain permainan ini?, permainan ini selalunya bersaiz besar dan juga mneyediakan anak patung sebagai hadiah. Tetapi yang ini berlainan kerana ianya bersaiz mini dan sesuai untuk hiasan untuk meja pejabat anda.

Permainan ini dikenali sebagai 'Candy Grabber', kerana ianya menyediakan gula - gula sebagai hadiah untuk anda. Anda akan disediakan dengan token yang diberi apabila anda membeli set permainan ini, dan untuk bermain gunakan token yang diberi. Setelah token dimasukkan anda akan diberi masa selama 1:15 minit untuk mengambil gula - gula tersebut.

Yang menariknya anda akan dialunkan dengan alunan muzik karnival, dan rentaknya semakin laju apabila masa semakin suntuk!.

On Khamis, 15 April 2010
0


Kadang - kadang agak sukar untuk kita mencari imej di internet yang bebas royalti atau lesen. Bebas royalti ini bermaksud imej tersebut boleh digunakan semula oleh pengguna lain tanpa kengkangan yang menyalahi etika internet.

Disini ingin saya perkenalkan satu laman sesawang yang menyediakan kemudahan untuk anda muat turun imej yang bebas royalti. Laman sesawang ini dikenali sebagai stock.xchng. Untuk memperolehi imej yang dicari anda hanya perlu mendaftar secara percuma. Pendaftaran hanya memakan masa yang sebentar.

Selain menyediakan imej yang bebas royalti, laman ini turut juga menyediakan imej dengan kadar harga premium yang rendah tetapi berkualiti tinggi. Klik gambar diatas untuk ke laman utamanya.

On Rabu, 14 April 2010
4


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 3 ), dan ini adalah 5 tips yang terakhir :-

  1. Adakan sebab untuk bangun awal:-
    Sebelum tidur fikirkan satu sebab kenapa anda perlu bangun awal esoknya, adakah untuk sediakan sarapan atau ingin tiba awal ke tempat kerja. Jadi apabila anda terdengar jam loceng di waktu pagi, ingat balik sebab untuk anda bangun awal.


  2. Buat secara perlahan:-
    Untuk melakukan sesuatu perubahan dalam hidup, langkah perlahan - lahan adalah lebih positif berbanding langkah yang drastik. Apakata pagi esok anda bangun lima belas minit lagi awal dari pagi semalam. Jadikan ini rutin sehingga anda dapat capai masa yang diingini.


  3. Jangan tidur lebih masa di hari minggu:-
    Mengikut kajian, jadual tidur boleh terganggu jika ia tidak dijadikan rutin, Ramai orang menjadikan hari minggu sebagai alasan untuk tidur lama. Boleh nak tidur lama sikit berbanding hari lain tapi kalau boleh jangan lebih dari 1.5 jam.


  4. Senaman ringan sebelum tidur:-
    Cara yang sedikit radikal, jadikan senaman ringan seperti regangan anggota badan sebelum anda tidur, badan yang sedikit letih dapat melatih badan untuk lebih lena tidur, dan keputusannya anda akan bangun awal dengan ceria.

  5. Tepuk bantal 3 kali:-
    Tips terakhir sedikit humor namun ianya petua orang tua - tua. Tepuk bantal 3 kali dengan niat untuk bangun pukul berapa. Sedikit mengarut tetapi ianya ada kaitan dengan psikologi manusia. Ini seperti anda berjanji dengan diri sendiri untuk bangun awal.
Demikian tips - tips yang dapat diberikan, apa yang berguna kita ambil apa yang kurang elok kita perbaiki!

On
3

Buat peminat telefon bimbit, Microsoft telah mengeluarkan sebuah telefom bimbit pintar atau smartphone yang dikenali dengan nama KIN. Dimana telefon ini direka khas buat mereka yang aktif dalam bersosial.

Dengan kerjasama Verizon Wireless, Vodafone dan Sharp Corporation, Microsoft akan memberi pengalaman baru buat pengguna telefon ini dengan pengenalan konsep Loop, Spot dan Studio. Dengan tercetusnya fenomena generasi yang ghairah bersosial, terutamanya dalam talian, melancarkan jenama dengan konsep ini adalah satu langkah perniagaan yang dilihat bijak.

Dua model telefon ini dikenalkan iaitu, KIN ONE dan KIN TWO. Keduanya menggunakan konsep "touchscreen" atau skrin sentuh dan papan kekunci yang mudah disimpan. Apa yang membezakan ialah ONE dilihat lebih kecil, sehingga anda boleh mengendalikannya dengan satu tangan manakala TWO pula lebih besar dari segi skrin, papan kekunci, mempunyai memori yang lebih besar, kamera beresolusi tinggi dan boleh merakam video dalam HD.Keduanya dilengkapi kamera iaitu, 5MP untuk ONE dan 8MP untuk TWO.

Sila lawati laman sesawang utama telefon ini dengan mengklik gambar diatas untuk melihat telefon in dengan lebih dekat.

On Selasa, 13 April 2010
5


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 2 ) :-

  1. Tidur dalam pengaliran udara yang bagus:-
    Pernah kita tidur selama 10 jam tetapi apabila bangun keesokan pagi badan masih letih.Mungkin sebab terlebih tidur, tetapi tidur dalam pengudaraan yang tidak bagus juga boleh mengakibatkan begini. Jika ada tingkap, buka tingkap untuk tidur, tetapi hati - hati dengan nyamuk. Tapi apa yang penting, pastikan bilik kita bersih, tidaklah berhabuk, kerana habuk boleh mengotorkan pengudaraan bilik.


  2. Suruh mereka yang bangun awal kejutkan:-
    Jika ada ahli rumah yang bangun awal, suruh mereka ini kejutkan. Lagi efektif dari kunci loceng jam, kalau mereka kejut tak boleh bangun jugak suruh mereka simbah dengan air. Terus mandi atas tilam, lagi efektif!.


  3. Jangan makan sebelum tidur:-
    Jangan makan, terutamanya dalam jumlah yang banyak jika ingin masuk tidur, mungkin makanan yang ringan seperti biskut, tetapi hendaklah 2 jam atau sebaiknya 4 jam sebelum tidur. Ini adalah kerana jika kamu makan, organ berkaitan penghadaman akan terus bekerja ketika anda tidur, maka tubuh tidak akan dapat berehat sepenuhnya semasa tidur. Jika ingin makan atau minum, ambillah snek ringan dan minum susu. Tidur pasti lena.


  4. Gunakan jam loceng yang banyak:-
    Kalau susah nak bangun awal dengan 1 jam loceng, apakata anda pasang 3 jam loceng dalam sela masa yang berlainan dan letak dalam kawasan yang berbeza. Pasti anda akan tercari - cari nak menutupnya semua nanti, dan kalau dah terbangun tu teruslah ke bilik air untuk mandi.


  5. Letak jam loceng jauh dari katil:-
    Seperti di tips diatas tentang jam loceng, tapi kali ini letakkan jam loceng itu jauh dari katil. Ini akan menggalakkan anda bangun dari katil, atau lebih tepat lagi bangun dari tidur. Tapi ingat kunci jam untuk bangun awal bukan untuk bangun lambat.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

On
1


Ding - dang datang lagi dengan permainan....hehehe tiba tiba teringat dekat iklan ding - dang. Tengah melayari tentang 'gajet' terkini aku terjumpa pulak dengan alat ni. Ingatkan mesin hampagas terbaru rupa - rupanya, tandas binatang peliharaan.

Dikenali dengan nama 'Bionaire Odor Grabber Litter Box', Ianya pasti menyenangkan tuan punya kucing yang tinggal di kawasan apartment atau kondo dari bau bahan pembuangan yang tidak diingini berbanding dengan bekas najis kucing yang konvensional.

Tandas binatang peliharaan ini mempunyai penapis udara terbina dalaman yang memerangkap
bau yang tidak diingini dari dihidu, pastinya ia menyenangkan hidup tuan binatang peliharaan.

On Isnin, 12 April 2010
2



Aku teruja bila melihat rekaan konsep ini. Alat di dalam gambar di atas dikenali sebagai 'Toe Mouse', dikonsepkan dari Yanko Design ia akan membantu golongan tertentu dalam mengendalikan komputer. Lebih senang dikenali dengan tetikus kaki.

Tetikus kaki ini direkabentuk khas untuk golongan mereka yang lumpuh di bahagian atas pinggang, diasaskan dari konsep selipar atau bahasa bergayanya flip flop. Direka secara ergonomik, tetikus ini menggunakan cengkaman antara ibu jari kaki dan jari sebelahnya untuk dikendalikan.

Menggunakan sensor yang boleh mengesan tekanan untuk klikkan kanan dan kiri. Isyarat
ini diterima dari tekanan jari - jari yang digunakan. Walaupun ini hanyalah konsep
yang sedang dibangunkan, ianya masih menepati ciri - ciri asas yang sesuai digunakan
oleh jari kaki.

Dalam dunia yang serba moden, kadang - kadang kita hampir terlupa kepada mereka yang
tidak bernasib baik. Tetikus jari kaki yang masih dalam konsep tersebut dapat membantu golongan ini dalam mengejar dunia moden yang berasaskan kemajuan komputer.

Info diambil dari laman www.yankodesign.com

On Ahad, 11 April 2010
2


Sana - sini sekarang aku asyik terdengar lagu 'Nobody' dari Wonder Girls, sebagai orang Asia aku tumpang gembira lagu mereka termasuk dalam carta Top 100 US. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal kumpulan Wonder Girls, tapi lagi satu kumpulan 2NE1 ( disebut sebagai 'To Anyone').

Pernah dengar atau lihat video klip kumpulan ni?, lagu mereka pernah dimainkan di saluran MTV iaitu lagu 'I Don't Care'. Rentak yang 'catchy' dan moden membolehkan lagu ini merangkul sebagai lagu terbaik dalam Anugerah Muzik Korea.

Kumpulan yang terdiri daripada 4 orang gadis ini dianggotai oleh Park Boom ( Boom ) sebagai vokal utama, Lee Chae Rin ( CL ), Sandara Park ( Dara ) dan juga Gong Minji ( Minzy ). Berumur di antara 16 hingga 25 tahun, muzik yang dibawa mengikut peredaran trend dunia yang sedang fanatik dengan budaya muzik dari Korea.

Lihat video klip 2NE1 dari laman Youtube ini:-

On Sabtu, 10 April 2010
0


Nokia sebagai penaja utama bekerjasama dengan Universal Music(M), Bank Standard Charted dan juga stesen 8TV akan mengadakan satu rancangan realiti TV buat golongan muda di negara ini untuk menjadi pelatih di empat buah syarikat terkemuka, salah satunya adalah Nokia(M). Rancangan in diberi nama 'The Rookie'.

Dibuka untuk permohanan sekarang, rancangan ini akan mempamerkan 12 peserta yang hanya dibekalkan dengan Nokia E72, Nokia Messaging dan kesungguhan kemudian mereka akan diuji dengan pelbagai cabaran ( ala Apprentice la ni ). Apabila tinggal empat peserta terakhir, juara akan ditentukan dan peserta yang menang akan digelar The Rookie ( teringat pula drama Korea Superookie dulu ) dan diberi hadiah RM10000.

Untuk menyokong rancangan ini, klik gambar kempen dari Youthsays diatas.

On Khamis, 8 April 2010
0



Anda pernah kehilangan komputer?, kalau belum baik anda mengambil langkah pencegahan terlebih dahulu. Gambar di atas yang kelihatan seperti sampul surat adalah satu samaran yang bagus untuk melindungi komputer riba anda dari dicuri. Alat ini dikenali sebagai 'Undercover Laptop Bag'.

Direka khas untuk kegunaan melindungi, ia dilengkapi dengan pengubahsuia atau 'adjuster' untuk diselarikan dengan pelbagai saiz komputer riba yang berada di pasaran sekarang. Dihasilkan dari material yang tahan lasak dan kalis air ianya tentunya dapat menjadi penyamaran yang baik buat anda. Jadi anda tidak perlu risau lagi.

Anda berminat untuk membelinya, klik gambar tersebut untuk ke laman sesawang untuk maklumat yang lebih lanjut.

On Rabu, 7 April 2010
0

Selamat pagi Malaysia!, kali ini aku akan menengahkan laman sesawang yang aku sering layari hampir setiap hari. Laman sesawang yang aku maksudkan ialah, 'Watch.Series'.

Ianya merupakan salah satu dari berpuluh laman sesawang yang menyediakan kemudahan untuk anda menonton siri TV di internet. Menyediakan kemudahan secara 'streaming', laman sesawang ini tentu memudahkan pengguna tanpa perlu memuat turun sesuatu video terlebih dahulu.

Kalau anda penggemar siri dari luar negara terutamanya dari Amerika, sememang dan seharusnya laman sesawang ini harus menjadi pilihan anda. Seperti biasa, klik gambar untuk ke laman sesawang yang dimaksudkan.

On
0


Filem terbaru dari adaptasi permainan video, "Prince of Persia : The Sand of Time" akan ditayangkan kepada penonton lewat bulan Mei depan. Tapi aku berkobar nak buat laporan tentangnya sekarang sebab aku 'diehard fan' permainan video ni dulu. Satu - satunya permainan video yang aku berjaya habiskan main.

Terbitan kerjasama antara Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer Films ini diarahkan oleh Mike Newell dan dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal sebagai hero dan Gemma Arterton sebagai heroin ( tapi kalau ambil pelakon wanita Bollywood untuk filem ini baru kena dengan permainan video ).

Tapi yang pastinya plot ceritanya berlainan dengan apa yang kita mainkan di permainan video. Diharap adaptasi ini tidak akan menyimpang jauh dari plot utama seperti filem 'Dragon Ball' dulu, aku sanggup tengok separuh jalan je filem tu dulu.

Sinposis ringkas filem ini ialah:-

Dalam filem ini watak hero iaitu Prince lakonan Jake akan bergabung dengan watak Princess lakonan Gemma Arterton untuk menentang kuasa dalam usaha mereka mempertahankan sebatang pisau khazanah yang dapat memutarkan balik masa dan ia juga merupakan kunci untuk membuka sebuah alat yang membebaskan ribut pasir yang boleh memusnahkan dunia!.

Lihat trailer dibawah :-

On Selasa, 6 April 2010
0


Sedang aku melayari laman sesawang 'Youthsays' pagi tadi, terlihat satu soalan di ruangan komuniti bertanyakan, "bolehkah anda hidup tanpa telefon bimbit selama seminggu?". Jawapan aku "ya", lalu aku dapat idea nak buat 'post' mengenai telefon awam.

Sebelum telefon bimbit, ni la telefon yang selalu kita cari kalau nak telefon keluarga, kawan, awek, pakwe, buat panggilan kecemasan, buat panggilan kecemasan palsu pun ada!. Teringat la pulak aku masa zaman belajar kat UiTM Dungun dulu, kalau nak guna telefon punyalah kena beratur panjang. Telefonnya ada banyak, tapi yang boleh guna satu je!.

Telefon lain semuanya dah OKU, ada yang ganggang dah takde, tempat masuk kad atau duit syiling dah pecah, tetapi yang aku paling pelik ganggang ada, badan telefon pula yang hilang. Macam mana tu?

Ni la kalau dah pandai sangat orang kita ni?, kreatif ubahsuai kemudahan awam dengan semangat 'VANDALISME' yang menebal. Teringat pula duit tabung aku jadi tempat tukar duit dengan kawan - kawan yang kemaruk bercinta. Kalau yang guna kad pula, dekat koperasi UiTM tu mesti dah habis stok.

Macam - macam hal, kalau nak kenang balik memang la kita pelik, macam mana ya kita boleh hidup tanpa telefon bimbit masa tu?, sekarang pantang lepa mana letak telefon, menggagau la merata mencari.

Tapi telefon awam ni memang kita tak boleh lupakan, bukan semua mampu pakai telefon bimbit. Jagalah telefon awam sebaiknya, selalu kita cakap dekat luar negara tu mereka semua tak buat benda 'vandalisme' ni, tapi itu yang kita nampak kat TV, yang depan mata?, sama je!. Budaya 'vandalisme' ni merata - rata ada. Cuma menjaga kemudahan awam ni tanggungjawab kita bersama!.

On
0



P88



iPAD


Syarikat pengeluar dari China Shen Zhen Great Loong Brother Industrial Co, iaitu sebuah syarikat pengeluar produk pengkomputeran yang kelihatan seperti iPad mendakwa iPad melakukan pengklonan terhadap produk mereka terdahulu iaitu P88. Lihat gambar diatas, rupa bentuk dua produk ini hampir sama.

P88 dilancarkan 8 bulan lebih awal daripada iPad, manakala iPad baru sahaja memasuki pasaran Isnin lalu. Seperti yang kita sedia maklum, selalunya pengklonan di lakukan oleh negara China sendiri, tetapi kini sudah terbalik!.

P88 lebih berat, lebih tebal dan harganya sedikit mahal berbanding iPad. Namun P88 mempunyai skrin yang lebih luas berbanding pesaingnya itu, tidak lupa juga mempunyai 'cpu' atau pemproses yang lebih pantas dan ruang memori yang lebih besar!.

On Sabtu, 3 April 2010
1

Berapa ramai antara kita yang mendukung cita - cita PM kita dalam merealisasikan visi Satu Malaysia?, dan berapa ramai antara kita yang sedar akan kewujudan laman sesawang Satu Malaysia.

Laman yang menceritakan tentang perjuangan dan matlamat PM kita ini lengkap dengan dengan maklumat dan visi Datuk Najib dalam merealisasikan visi beliau. Bagi aku aku bangga dengan visi yang beliau bawa, dan aku percaya PM kita akan berjaya meyatukan kita semua dengan visinya ini.

Apalagi klik gambar di atas untuk ke laman sesawang Satu Malaysia!.

On Jumaat, 2 April 2010
2


Setelah menlancarkan 2 produk yang menerima sambutan hangat, kini 'Apple Inc' sekali lagi mengeluarkan lagi satu produk yang merevolusikan pengalaman melayari internet anda. Dikenali sebagai 'iPad', melayari internet tidak seperti dahulu lagi. Seperti memiliki mini laptop di tangan, ia bolehlah dikategorikan sebagai mikro komputer persendirian anda.

Dilengkapi dengan skrin sentuh, dan berdimensi skrin 9.7 inci serta seberat bawah dari 1 kg dan setebal 0.5 inci ianya senang untuk dibawa kemana - mana. Dengan 150 000 aplikasi yang boleh dimuat turun kedalamnya, serta boleh juga diintegrasikan dengan aplikasi yang sedia ada dalam 'iPhone' dan 'iPod' anda, ianya memang menjanjikan pengalaman layaran internet terbaru.

Produk in dijangkakan diperkenalkan pada umum pada 3 April 2010 ini, iaitu hari esok di Amerika Syarikat dan lewat bulan ini di sekitar pasaran antarabangsa. Klik gambar diatas untuk penerangan yang lebih lengkap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...