Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
On Jumaat, 4 Jun 2010
3



Jika anda suka memuat turun video - video dari laman - laman seperti 'Youtube','metacafe' dan dari sumber - sumber lain, anda mesti tahu tentang 'plugin' perisian mutimedia 'REAL PLAYER' iaitu 'Realplayer downloader'. Kegunaan 'plugin' ini adalah untuk memuat turun video - video di laman - laman web.

Bagusnya 'plugin' ini ianya diintegrasikan ke dalam pelayar sesawang anda seperti Firefox, Safari, Chrome dan IE. Untuk menggunakan 'plugin' ini anda mesti memuat turun perisian dari laman sesawang 'REAL PLAYER'. Klik gambar diatas untuk memuat turun dari laman utama perisisan ini.( Klik pada 'Get the Basic Player').

Untuk menggunakan 'plugin' ini, anda hanya perlu buka video dari laman yang ingin dimuat turun dan 'plugin' ini akan timbul pada sebelah kanan atas video tersebut, Klik pada 'plugin' untuk memuat turun. Lihat contoh gambar dibawah. Hanya semudah itu. Video anda akan disimpan dalam format .FLV.







On
0

Berapa kerap anda muat turun filem dari internet?, kali ni saya nak beri info pasal muat turun filem. Salah satu laman sesawang yang saya selalu layar untuk memuat turun ialah:-


Laman yang berupa blog diatas ini bukan sahaja menyediakan muat turun filem, malah siri - siri TV. Apa yang bagusnya kebanyakan muat turun hanyalah dalam satu 'link'. Klik gambar diatas untuk ke laman sesawang ini.


Satu lagi laman sesawang filem yang bagus ialah laman diatas ini, tetapi ianya bukan laman untuk muat turun tetapi lebih kepada 'streaming' seperti laman sesawang 'Youtube'. Laman ini menyediakan kemudahan tontonan untuk anda, satu filem tontonan mempunyai sekurang - kurangnya 2 'link' aliran atau 'streaming' video. Malah filem Upin & Ipin pun ada di laman ini. Klik gambar diatas untuk ke laman ini.

On Rabu, 26 Mei 2010
4

Dulu saya pernah tengok video ni, tengah syok melayari 'Youtube' pagi ni saya terjumpa balik video ni. Ni la yang dikatakan lawak kreatif yang bijak. Saya punyalah gelak sakan tengok gelagat dua orang ni. Kalau anda tak gelak tengok video bawah ni, mesti ada masalah!.




On Sabtu, 8 Mei 2010
1

digitalvideomemo

Apa itu FM?, ia adalah singkatan bagi Fridge Magnet iaitu magnet yang selalu kita letak di badan peti sejuk yang ada di rumah. Anda peminat FM?. Kalau anda minat, anda harus melihat FM ini. FM ini dikenali dengan Digital Video Memo FM.

Apa yang menariknya anda boleh meninggalkan pesan video dan letakkan di peti sejuk anda. Sungguh sesuai bagi mereka yang selalu meninggalkan memo di pintu peti sejuk rumah. boleh merakam audio dan video, ianya begitu pratikal dimana ianya turut boleh dibawa kemana – mana selain hanya dilekatkan di peti sejuk rumah.

FM ini dilengkapi dengan saiz skrin LD berdimensi 1.5 inci dan mempunyai kamera binaan dalam. Ia mampu merakam mesej video selama 30 saat. Ia juga didatangkan dengan slot usb dimana anda boleh mengecasnya pada komputer.

Untuk keterangan lanjut, layari laman ini I Want One of Those.

p/s:- Ada sesiapa yang nak hadiahkan pada saya?

On Sabtu, 17 April 2010
2



“FullHouse” merupakan drama Korea yang pertama saya tonton dari episod 1 hingga episod akhir, dan sejak itu saya mula tertarik untuk melihat drama – drama Korea yang lain seperti “My Girl”, “My Lovely Samsoon” dan banyak lagi. Walaupun format jalan cerita mereka tidaklah jauh berbeza iaitu berkisar percintaan, persahabatan dan pasti menampilkan 4 watak utama, 2 lelaki dan 2 perempuan di mana mereka ini akan terlibat dalam konflik percintaan. Benar atau tidak?, anda buat perbandingan.

Namun di ruangan penulisan ini bukanlah saya ingin bercerita mengenai plot drama Korea dari segi sosio ekonomi demografik masyarakatnya tetapi ianya memang satu idea yang bagus untuk terus dikupas di masa akan datang dalam bentuk genre artikel yang berlainan.

Berapa ramai antara kita rakyat Malaysia yang minat dan obses dengan drama Korea?, tidak kira muda, tua, perempuan malah lelaki seperti saya pun minat menonton drama Korea. Namun sumber untuk menonton di TV begitu kurang. Kadang masa siarannya tidak kena dengan masa terluang kita sendiri. Jadi disini saya akan perkenalkan 2 buah laman sesawang yang menjadi kegemaran saya untuk melayari dan menonton drama Korea secara dalam talian. Malah kedua – dua laman ini bukan sahaja menampilkan drama dari Korea, tetapi dari Jepun, TVB ( drama dari Hong Kong ), Taiwan dan Tanah Besar China turut disediakan. Kedua laman ini turut menyediakan saluran untuk menonton filem dari Korea, Jepun dan Hong Kong.

Kedua – dua laman sesawang yang dimaksudkan ialah “mysoju.com” dan “dramacrazy.net”.”Mysoju.com” merupakan sumber laman sesawang utama saya untuk menonton drama Korea secara dalam talian. Menampilkan drama – drama dari zaman “Winter Sonata” hingga yang terbaru seperti “Cinderella Man” dan “Iris”. Video “streaming” yang disediakan berkualiti tinggi dan kadar “buffering” memuaskan. Jadi jika anda mempunyai sambungan sekurang – kurangnya “broadbnad” 512 kbps, pasti ianya lancar buat anda.

Berbeza dengan “mysoju.com”, “dramacrazy.net” menyediakan saluran untuk anda menonton “anime” selain drama dalam bentuk “live action”. Namun kedua – dua laman ini mempunyai pengikut dan peminat yang ramai. Jadi usah bimbang jika anda terlepas menonton episod di TV, layarilah kedua – dua laman yang disebut diatas dengan klik pada gambar diatas untuk ke laman sesawang yang dinyatakan. Selamat petang dan selamat menonton!. ( Tiba – tiba je rasakan diri se ‘skema’ mungkin ).

On Selasa, 13 April 2010
3


Ingat lagi dengan peserta rancangan realiti dari Taiwan yang mendapat sambutan hangat di laman sesawang Youtube, Lin Yu Chun yang juga dikenali sebagai "Chinese Susan Boyle" diundi keluar dari program realiti yang disertai.

Hal ini mengejutkan pelbagai pihak. Lin Yu Chun terkeluar dari rancangan tersebut setelah juri kurang berpuas hati dengan persembahannya. Namun apa yang pasti nama perserta ini sudah cukup popular dan pasti untuk menjadi artis antarabangsa baginya kini boleh dicapai dengan mudah.

Video persembahan Lin yang di muat naik di laman Youtube telah mendapat tontonan lebih dari 4 juta dalam masa seminggun. Lin dikenali dengan "Little Fatty" di kalangan kawan - kawannya. Lin sudah pun mendapat jemputan untuk melakukan persembahan pentas, dan diundi keluar bukanlah penghalang untuk beliau terus menjejaki kai di industri muzik.

On Isnin, 12 April 2010
2


Masih ingat lagi dengan filem seram Nightmare on Elm Street yang menampilkan Freddy Krueger?, aku ingat lagi filem tu, siap ada filem Jason VS Freddy lagi. Kali ini filem Night of Elm Street akan sekali lagi menghantui di layar perak.

Filem pembikinan semula atau 'remake' Nightmare on Elm Street akan menemui penonton penghujung bulan April atau awal bulan hadapan. Mengenengahkan Samuel Bayer sebagai pengarah, filem ini mungkin menampilkan plot yang sama tetapi dari garapan yang berbeza.

Dibintangi oleh Jackie Earle Haley sebagai Freddy Krueger serta pelakon - pelakon lain seperti Rooney Mara, Kyle Gallner, Thomas Dekker, Kellan Lutz, Katie Cassidy dan Connie Britton, pastinya Freddy akan menghantui tidur mereka ini nanti.

Antara plot utama filem ini ialah:-

Sekumpulan remaja yang mempunyai persamaan akan dihantui oleh Freddy Kruger, dan kumpulan remaja ini akan terus berjaga dan tidak membenarkan diri mereka tertidur, kerana di Elm Street pasti Freddy Kruger akan memburu mereka di dalam mimpi!.

Adakah pembikinan semula ini akan daoat menyamai atau melebihi prestasi versinya yang sebelum ini?, sama - sama kita saksikan nanti. Hati - hati dalam tidur anda, lihat teaser filem dibawah ini, untuk ke laman utama filem klik gambar di atas:-

On Ahad, 11 April 2010
2


Sana - sini sekarang aku asyik terdengar lagu 'Nobody' dari Wonder Girls, sebagai orang Asia aku tumpang gembira lagu mereka termasuk dalam carta Top 100 US. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal kumpulan Wonder Girls, tapi lagi satu kumpulan 2NE1 ( disebut sebagai 'To Anyone').

Pernah dengar atau lihat video klip kumpulan ni?, lagu mereka pernah dimainkan di saluran MTV iaitu lagu 'I Don't Care'. Rentak yang 'catchy' dan moden membolehkan lagu ini merangkul sebagai lagu terbaik dalam Anugerah Muzik Korea.

Kumpulan yang terdiri daripada 4 orang gadis ini dianggotai oleh Park Boom ( Boom ) sebagai vokal utama, Lee Chae Rin ( CL ), Sandara Park ( Dara ) dan juga Gong Minji ( Minzy ). Berumur di antara 16 hingga 25 tahun, muzik yang dibawa mengikut peredaran trend dunia yang sedang fanatik dengan budaya muzik dari Korea.

Lihat video klip 2NE1 dari laman Youtube ini:-

On Jumaat, 9 April 2010
1

Anda ingat lagi akan Susan Boyle yang kisahnya menjadi sensasi di laman sesawang Youtube beberapa tahun lepas?, kini seorang peserta dalam rancangan nyanyian di Taiwan pula menggegar laman sesawang Youtube.

Peserta tersebut yang bernama Lin Yu Chun juga dikenali sebagai "Chinese Susan Boyle". Video nyanyian yang dimuat naik di laman Youtube telah menerima 150000 tontonan dan mencapai carian di internet sebanyak 200% dalam masa 24 jam sahaja.

Lihat persembahan beliau dibawah ini:-

On Khamis, 8 April 2010
2

Filem ini bukannya sambungan bagi filem Avatar arahan James Cameron tetapi ia adalah sebuah filem yang diadaptasi dari siri animasi yang popular sekarang iaitu Avatar The Last Airbender, sering ditayangkan di saluran Nickelodeon dulu. Akan menemui penonton di pawagam Julai hadapan.

Filem ini telah menerima sentuhan kreativiti dari salah seorang pengarah tersohor iaitu M.Night Shaymalan ( The Happening ). Seperti biasa, adaptasi filem ini dilakukan di Hollywood dan pastinya ia memperkenalkan barisan pelakon dari sana. Sesuatu yang klise apabila ianya dilakukan disana.

Antara barisan pelakon utama untuk filem ini ialah Noah Ringer, Nicola Peltz, Jackson Rathbone, Dev Patel, Jessica Jade Andres, Aasif Mandvi, Shaun Toub, Cliff Curtis dan Keong Sim.

Antara sinopsis plot utama filem ini ialah:-

Dalam dunia ini terbahagi empat kerajaan iaitu Tanah, Api, Angin dan Air. Kebanyakkan penduduk di empat kerajaan ini dapat mempratikkan ilmu atau kuasa yang kerajaan mereka wakili. Malangnya salah satu kerajaan iaitu Api telah menyerang secara kejam kerajaan lainnya.

Selama berkurun hal ini berlaku tanpa tanda ianya akan berubah, tetapi ianya boleh diatasi apabila seorang Avatar muda muncul iaitu Ang ( Noah Ringer ). Avatar merupakan seseorang yang dapat menguasai keempat - empat kuasa dan semua perubahan terhadap peperangan yang berlaku terletak di atas bahunya.

Dengan bantuan Katara ( Nicole Pleitz ), seorang penduduk dari kerajaan Air bersama abangnya Sokka (Jackson Rathbone), Ang cuba menyelamatkan dunia ini dari kekejaman kerajaan Api. Apa yang pasti filem ini adalah pengenalan bagi anda, kerana sekuel pasti menuruti. Untuk ke laman sesawang utama filem ini klik gambar diatas.

Lihat teaser di bawah ini :-

On Rabu, 7 April 2010
0

Selamat pagi Malaysia!, kali ini aku akan menengahkan laman sesawang yang aku sering layari hampir setiap hari. Laman sesawang yang aku maksudkan ialah, 'Watch.Series'.

Ianya merupakan salah satu dari berpuluh laman sesawang yang menyediakan kemudahan untuk anda menonton siri TV di internet. Menyediakan kemudahan secara 'streaming', laman sesawang ini tentu memudahkan pengguna tanpa perlu memuat turun sesuatu video terlebih dahulu.

Kalau anda penggemar siri dari luar negara terutamanya dari Amerika, sememang dan seharusnya laman sesawang ini harus menjadi pilihan anda. Seperti biasa, klik gambar untuk ke laman sesawang yang dimaksudkan.

On
0


Filem terbaru dari adaptasi permainan video, "Prince of Persia : The Sand of Time" akan ditayangkan kepada penonton lewat bulan Mei depan. Tapi aku berkobar nak buat laporan tentangnya sekarang sebab aku 'diehard fan' permainan video ni dulu. Satu - satunya permainan video yang aku berjaya habiskan main.

Terbitan kerjasama antara Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer Films ini diarahkan oleh Mike Newell dan dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal sebagai hero dan Gemma Arterton sebagai heroin ( tapi kalau ambil pelakon wanita Bollywood untuk filem ini baru kena dengan permainan video ).

Tapi yang pastinya plot ceritanya berlainan dengan apa yang kita mainkan di permainan video. Diharap adaptasi ini tidak akan menyimpang jauh dari plot utama seperti filem 'Dragon Ball' dulu, aku sanggup tengok separuh jalan je filem tu dulu.

Sinposis ringkas filem ini ialah:-

Dalam filem ini watak hero iaitu Prince lakonan Jake akan bergabung dengan watak Princess lakonan Gemma Arterton untuk menentang kuasa dalam usaha mereka mempertahankan sebatang pisau khazanah yang dapat memutarkan balik masa dan ia juga merupakan kunci untuk membuka sebuah alat yang membebaskan ribut pasir yang boleh memusnahkan dunia!.

Lihat trailer dibawah :-

On Sabtu, 3 April 2010
0

DVD untuk filem Avatar arahan Jamaes Cameron akan menemui peminat 22 April ini, siapa tidak mengetahui tentang filem ini. Berjaya memecahkan rekod - rekod 'box-office' yang sebelum - sebelum ini termasuk filem terdahulu arahan James Cameron sendiri iaitu Titanic.

Walaupun filem ini berjaya di 'Anugerah Golden Globe', tetapi filem ini gagal meraih filem terbaik di 'Anugerah Academy Awards', sebaliknya filem 'Hurt Locker' berjaya meraihnya. Ironinya filem 'Hurt Locker' diarahkan oleh bekas isteri James Cameron sendiri iaitu Kathryn Bigelo.

Anda peminat filem Avatar?, anda pasti jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DVD filem ini. Apa yang lebih menarik, sementara menunggu tarikh 22 April ini, peminat boleh mereka rupa Avatar mereka sendiri!. Sila lihat dan klik gambar di bawah ini untuk mengetahuinya.



On
0


Maher Zain, adalah antara penyanyi nasyid yang aku minat. Antara lagu - lagu yang aku minat ialah, 'For The Rest of My Life'.

Jarang kita dengar nama beliau disebut, kerana mungkin kurang publisiti yang dilakukan terhadap album beliau, dan aku sendiri baru 4 bulan mengenali lagu - lagunya. Dalam internet pun tak banyak sangat info pasal dia ni. Album beliau yang bertajuk 'Thank You Allah' mengandungi 15 lagu yang menyejukkan halwa telinga anda. Klik iklan disebelah untuk info yang lebih lanjut.

Maher Zain meminati muzik sejak kecil lagi, muziknya yang lebih moden mendekatkan lagi jiwa - jiwa orang muda untuk mendengar lagu yang berunsur nasihat dam islamik.'.
Lihat video di bawah untuk mendengar salah satu lagu dia yang terhangat sekarang!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...