Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan
On Selasa, 1 Jun 2010
8

rahim jantan

Takziah buat keluarga arwah Rahim Jantan ( seorang pemuzik lagu melayu asli ) yang meninggal dunia lewat malam semalam iaitu kira - kira jam 11.30 malam di rumah arwah di Taman Rasmi Jaya, Ampang berikutan dari serangan sakit jantung.

Jenazah arwah akan di kebumikan di tanah perkuburan Bukit Cheng Muslim, Melaka selepas solat zohor hari ini. Arwah Rahim Jantan juga merupakan pensyarah separuh masa yang bertugas di ASWARA.

Arwah turut meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Arwah juga merupakan anak jati Melaka yang lahir di Balai Panjang, Batu Tiga Melaka. Arwah Rahim Jantan turut pernah memenangi Anugerah Seni Negara dalam kategori Muzik pada tahun 2006 berikutan jasa beliau menerusi muzik melayu asli.

Setiap yang hidup pasti akan mati, Al - Fatihah buat arwah Rahim Jantan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al - Fatihah...

Olahan artikel dari BERNAMA

On Selasa, 13 April 2010
3


Ingat lagi dengan peserta rancangan realiti dari Taiwan yang mendapat sambutan hangat di laman sesawang Youtube, Lin Yu Chun yang juga dikenali sebagai "Chinese Susan Boyle" diundi keluar dari program realiti yang disertai.

Hal ini mengejutkan pelbagai pihak. Lin Yu Chun terkeluar dari rancangan tersebut setelah juri kurang berpuas hati dengan persembahannya. Namun apa yang pasti nama perserta ini sudah cukup popular dan pasti untuk menjadi artis antarabangsa baginya kini boleh dicapai dengan mudah.

Video persembahan Lin yang di muat naik di laman Youtube telah mendapat tontonan lebih dari 4 juta dalam masa seminggun. Lin dikenali dengan "Little Fatty" di kalangan kawan - kawannya. Lin sudah pun mendapat jemputan untuk melakukan persembahan pentas, dan diundi keluar bukanlah penghalang untuk beliau terus menjejaki kai di industri muzik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...