Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 22 Jun 2011
3

Monte Carlo 2011 film poster

 

Monte Carlo merupakan filem terbaru Selena Gomez yang bakal menemui penonton di pawagam sekitar bulan akhir bulan Jun 2011 iaitu 30 Jun 2011. Pastinya peminat bintang Hollywood yang semakin meningkat popular ini tidak melepaskan peluang untuk menonton filem ini.

Disamping Selena Gomez, barisan pelakon lain yang sama – sama terlibat dalam membintangi filem Monte Carlo ini antaranya ialah Leighton Meester ( Going The Distance , Gossip Girl ), Katie Cassidy ( A Nightmare Of Elm Street ), Andie MacDowell ( Daydream Nation ) dan Cory Monteith yang popular dengan watak Finn Hudson di dalam siri TV Glee.

 

Monte Carlo Main Cast

 

Filem yang jatuh dalam kategori romantik komedi ini berdasarkan dari buku hasil karya Jules Bass yang bertajuk Headhunters dimana ia mengisahkan seorang gadis lakonan Selena Gomez bersama dua rakan baiknya dan bakal kakak tiri melancong ke Paris. Apabila salah seorang dari mereka di salah anggap sebagai seorang pewaris warga British yang dimanjakan, pelbagai hal berlaku dan mendapati diri mereka dalam perjalanan ke percutian impian ke Monte Carlo!.

Filem Monte Carlo ini mendapat sentuhan arahan dari pengarah Tom Bezucha yang sebelum ini pernah mengarah filem Big Eden ( 2000 ) dan The Family Stone ( 2005 ). Selain itu Tom Bezucha turut bertindak sebagai penulis skrip bersama dengan Maria Maggenti dan April Blair.

Dibawah ini disediakan video trailer dari laman sesawang Youtube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...