Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 26 November 2010
5

Due-Date-Poster-Full-10-8-10-kc

 

Due Date dan Aku Tak Bodoh merupakan dua filem genre komedi yang bakal memulakan tayangan di pawagam sekitar Malaysia 2 Disember depan. Due Date telah pun ditayangkan di Amerika sekitar 5 November lalu, manakala Aku Tak Bodoh adalah adaptasi dari filem sebelum ini yang mendapat sambutan di Singapura iaitu I Not Stupid Too ( 2002 ) arahan Jack Neo.

Due Date merupakan filem lakonan terbaru Robert Downey Jr yang popular dengan rangkaian filem Iron Man, bergandingan dengan Zach Galifianakis yang pernah berlakon filem The Hangover ( 2009 ) dan sekarang tengah popular dengan comedy sketch Between Two Ferns di channel Youtube Funny or Die.

Selain dua nama besar ini yang memegang watak utama, mereka turut dibantu oleh Michelle Monaghan, Jamie Foxx, Juliet Lewis dan Danny McBride. Due Date turut diarahkan oleh Todd Phillips yang sebelum pernah mengarah filem The Hangover ( 2009 ), dan beliau juga bertanggungjawab untuk penulisan skrip bersama Alan R. Cohen, Alan Freedland dan Adam Sztykiel yang pernah menulis untuk filem Made Of Honor ( 2008 ).

 

due date still image 1 

 

Secara kasar, plot Due Date adalah berkisar :-

Peter Highman watak yang dipegang oleh Robert Downey Jr merupakan seorang lelaki yang bakal bergelar bapa untuk kali pertama dan tarikh akhir untuk isterinya dijangka bersalin adalah kurang dari lima hari. Ketika Peter tergesa – gesa untuk pulang menaiki kapal terbang dari Atlanta untuk bersama isterinya, dia terserempak dengan Ethan Tremblay lakonan Zach Galifianakis. Disinilah bermula plot utama cerita ini dimana Peter terpaksa dengan Ethan dengan hanya menaiki kereta dan bermulalah pengembaraan yang menduga Peter Highman.

Untuk plot selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda. Untuk info lebih lanjut kunjungi laman sesawang utama di pautan ini DUE DATE OFFICIAL SITE. Dibawah ini pula ialah trailer filem Due Date dari Youtube.

 

 

 

ATB Poster

 

Aku Tak Bodoh sememangnya adalah adaptasi dari filem I Not Stupid Too ( 2002 ), dimana Aku Tak Bodoh cuba menyerap isi pati I Not Stupid ke dalam norma masyarakat Malaysia. Mendapat arahan dari Boris Boo dan ianya adalah hasil produksi Primeworks Studios.

Antara barisan pelakon yang berganding untuk menjayakan filem ini ialah Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Nooor Aizzat, Suhairri Sunari, Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan dan Adibah Noor.

 

016607920

 

Aku Tak Bodoh secara menyeluruh menceritakan tentang seorang remaja 16 tahun bernama Roy yang lahir dalam keluarga berada tetapi kurang mendapat perhatian dari kedua ibu bapanya kerana mereka hanya sibuk bekerja. Ini menyebabkan Roy dan adiknya  Jefri terasa tersisih dan merasakan diri mereka kurang kasih sayang.

Untuk itu Roy pelbagai perkara yang dilihat tidak berfaedah untuk mengisi kekosongan dalam jiwanya malah dia turut menyertai kumpulan samseng dan dalam diam situasi ini membantu Roy dalam mencari dirinya sendiri.

Dibawah ini disertakan trailer Aku Tak Bodoh dari laman Youtube:-

 

On Isnin, 15 November 2010
12

rapunzel : a tangled tale movie poster

 

Rapunzel : A Tangled Tale merupakan filem animasi 3D kedua pada bulan November ini selepas filem Megamind. Berbeza dengan Megamind yang dibikin oleh Dreamworks, Rapunzel : A Tangled Tale adalah buah tangan terbaru dari studio animasi terkemuka seantero dunia iaitu Walt Disney Pictures.

Apa yang pasti, filem berkonsep animasi pasti meletup dan diterima ramai apabila mula ditayangkan di pawagam sekitar Malaysia pada 25 November 2010 ini dalam format 3D dan paparan biasa. Cuba membawa kisah dongeng dengan format jalan cerita berbeza tetapi dengan intipati yang sama, Rapunzel : A Tangled Tale pasti membawa penonton mengenal sisi watak Rapunzel dari perspektif berlainan.

 

zachary-levi-mandy-moore-rapunzel-rider“ Mandy Moore as Rapunzel, Zachary Levi as Flynn Rider”

 

Rapunzel : A Tangled Tale mengenengahkan dua pelakon berbakat untuk melakonkan bakat suara watak utama iaitu Mandy Moore untuk Rapunzel dan Zachary Levi yang popular dengan siri TV Chuck pula untuk watak Flynn Rider. Selain itu filem ini juga menampilkan Donna Murphy, Ron Perlman, M.C. Gainey, Jeffrey Tambor, Brad Garrett dan Paul F. Tompkins.

Manakala untuk pengarahan, tugas tersebut digalas oleh duo Byron Howard yang sebelum ini turut mengarah filem animasi Bolt dan pengarah kedua ialah Nathan Greno. Untuk penulisan skrip pula, ianya dipertanggungjawabkan kepada Dan Fogelman yang turut menulis skrip untuk filem animasi Bolt.

rapunzel : a tangled tale still image 1

rapunzel : a tangled tale still image 2

rapunzel : a tangled tale still image 3 “Rapunzel : A Tangled Tale”

 

Sedikit plot utama untuk filem ini:-

Flynn Rider ( Zachary Levi ) merupakan jejaka yang diminati ramai bukan hanya pada kaum wanita tetapi juga "diminati" oleh pihak berkuasa kerana dia merupakan orang yag dikehendaki kerana kerja yang yang dilakukannya. Cuba lari dari perhatian Flynn membawa diri dan menyorok di sebuah menara misteri yang dihuni oleh Rapunzel ( Mandy Moore ) yang mempunyai rambut ikal mayang warna keemasan panjang berjela.

Situasi begitu berbeza apabila Flynn Rider yang di ambil sebagai tawanan oleh Rapunzel yang melihat Flynn sebagai tiket untuknya lari dari menara tersebut setelah dikurung bertahun lama. Lalu mereka pun membuat rancangan dan saling membantu dalam cara untuk menyelamatkan diri masing - masing. Untuk kisah yang selanjutnya, berkunjunglah ke pawagam untuk melihat sendiri pada 25 November ini.

 

rapunzel : a tangled tale website

 

Untuk melihat dan mengetahui cerita lanjut mengenai filem ini, sila layari ke pautan ini  RAPUNZEL : A TANGLED TALE atau klik pada imej di atas. Untuk melihat trailer filem, anda boleh lihat pada video dari laman Youtube di bawah ini.

 

 

On Sabtu, 6 November 2010
7

front-poster

Unstoppable dan Skyline adalah antara dua filem genre thriller yang bakal menemui penonton di pawagam sekitar Malaysia November ini. Kedua - dua filem ini mempertaruhkan nama - nama besar yang terlibat dalam industri perfileman di Hollywood, antaranya pelakon berkarakter Denzel Washington ( The Book of Eli ) dan Eric Balfour ( TheHorsemen ).

Filem Unstoppable yang bakal ditayangkan di panggung 11 November ini jatuh dalam kategori genre thriller, aksi dan drama. Unstoppable mendapat sentuhan arahan daripada pengarah yang pernah mengarah filem lakonan Denzel sebelum ini iaitu Deja Vu ( 2006 ) dan The Taking of Pelham 123 ( 2009 ), beliau adalah sutradara Tony Scott.

Unstoppable juga merupakan buah tangan terbaru yang dihasilkan oleh Studio 20th Century Fox dan ianya mendapat sentuhan skrip dari Mark Bomback ( penulis skrip untuk filem Race to The Witch Mountain ).

 

Denzel Washington and Chris Pine “ Denzel Washington and Chris Pine ”

 

Selain Denzel Washington, filem Unstoppable turut dibintangi oleh Chris Pine ( Carriers ), Rosaria Dawson ( Killshot ) dan Kevin Chapman yang sebelum ini pernah berlakon dalam filem Black Dynamite. Serba sedikit mengenai plot filem Unstoppable:-

Unstoppable adalah mengenai keretapi kargo membawa bahan toksik beracun yang hilang kawalan. Plot filem utama filem ini menggambarkan bagaimana seorang jurutera dan konduktor keretapinya berlumba dengan masa dalam usaha menghenti keretapi yang hilang kawalan itu sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Mereka berusaha dengan mengejar keretapi tersebut dengan sebuah lokomotif dan mengambil alih kawalan keretapi tersebut sebelum ia terkeluar dari landasan di satu persimpangan dan mengakibatkan bahan toksik beracun itu dari tumpah dan membahayakan keselamatan orang ramai.

Serba sedikit filem ini mengingatkan saya pada filem The Taking Pelham 123. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem ini, klik pada pautan ini UNSTOPPABLE atau imej dibawah, skroll lagi ke bawah untuk melihat trailer filem ini :-

 

unstop-front

 

 

Menemui anda 12 November ini pulan ialah filem yang diberi judul Skyline. Sedikit berbeza dengan filem Unstoppable, Skyline jatuh dalam genre thriller sains fiksyen dan ianya adalah hasil terbitan dari Universal Studio.

 

skyline still images “ Still Image from Skyline Film “

 

Filem Skyline ini mendapat arahan dari dua adik - beradik yang sebelum ini mengarah filem Aliens vs. Predator - Requiem ( 2007 ) iaitu Greg Strause dan Colin Strause. Manakala untuk penulisan skrip dipertanggungjawabkan kepada Joshua Cordes dan Liam O'Donnell.

Antara pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem Skyline ialah Eric Balfour, Donald Faison, Scottie Thompson dan Britanny Daniel. Untuk melihat filem ini dengan lebih lanjut anda boleh klik pada pautan ini SKYLINE atau imej dibawah, namun sebelum itu kita lihat dahulu trailer untuk filem Skyline ini.

 

skyline-front

 

 

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton kedua filem ini di pawagam sekitar anda, sehingga kita bertemu di post akan datang.

On Isnin, 1 November 2010
3

megamind movie poster

Megamind merupakan filem animasi terbaru dihasilkan oleh Studio Dreamworks dan bakal menemui penonton di layar perak awal bulan ini iaitu sekitar 4 November 2010. Malah Megamind bakal ditayangkan dalam dua format iaitu tayangan standard dan 3D.

Secara ringkas filem animasi Megamind menggunakan bakat suara dari bintang – bintang Hollywood ternama seperti Will Ferrell ( The Other Guys ), Brad Pitt ( Burn After Reading ), Tina Fey ( Date Night ), Jonah Hill ( Get Him To Greek ), David Cross ( Year One ), J.K. Simmons ( The Vicious Kind ), Justin Theroux ( The Ten ), Ben Stiller ( Greenberg ) dan Tom McGrath ( Madagascar ).

Malah Tom McGrath bukan sahaja menyumbangkan suara untuk filem animasi Megamind ini, kerana tidak langsung beliau di beri oleh Studio Dreamworks untuk mengarah filem ini berdasarkan dua filem animasi yang beliau arahkan sebelum ini berjaya di pawagam iaitu Madagascar dan Madagascar 2. Manakala untuk penulisan skrip ianya di bawah tanggungjawab Alan Schoolcraft dan Brent Simmons yang selalu bertindak sebagai duo dalam penulisan skrip.

megamind will ferrell

tina fey and will ferrell character

megamind character

megamind character

Walaupun filem Megamind dalam format animasi, ianya dikategorikan dalam rating PG. Sedikit mengenai filem ini dari segi plot utama secara keseluruhan:-

Megamind merupakan nama bagi satu karakter super – villiant ( orang jahat ) yang paling bijak pernah di ketahui dunia ( tengok saiz kepala dia pun dah tahu , bagak! ) tetapi yang paling tidak berjaya dalam melaksanakan pelan jahatnya.

Hampir setiap tahun Megamind ( Will Ferrell ) akan membuat onar di kota Metro City dengan cara yang tidak boleh di imaginasikan oleh orang lain. Namun setiap kali itulah rencana jahatnya berjaya di patahkan oleh superhero yang dikenali dengan nama Metro Man. Oleh kerana Megamind tidak putus asa, akhirnya keperkasaan Metro Man ( Brad Pitt ) berjaya dikalahkan oleh Megamind melalui satu rancangan jahatnya yang tidak diduga.

Maka Megamind mengusai Metro City, namun yang indah hanyalah sementara apabila datangnya orang jahat yang lain menggugat kekuasaan Megamind. Dan dari sinilah bermula rancangan Megamind untuk menyelamatkan kota Metro City dari penjahat yang baru ini.

Karakter dan penampilan ini mengingatkan pada saya super – villain di dalam filem animasi sebelum ini iaitu Monsters VS Aliens. Untuk mengetahui mengenai filem animasi Megamind dan watak yang mendukung filem animasi ini anda boleh klik pada pautan ini MEGAMIND OFFICIAL SITE atau anda boleh klik pada imej di bawah ini.

megamind-site

Untuk melihat video trailer untuk filem ini anda boleh lihat video dari Youtube di bawah ini:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...