Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 24 Disember 2010
1

season-Of-the-witch-poster-687x1024

Season Of The Witch adalah antara filem pertama dari Hollywood yang bakal memulakan tirai tayangan filem di tahun 2011. Dijangka akan ditayangkan pada 7 Januari 2011, Season Of The Witch juga merupakan filem pertama lakonan Nicholas Cage untuk tahun 2011.

Selain dibintangi oleh Nicholas Cage, filem Season Of The Witch turut dibarisi oleh Ron Perlman ( Hellboy 1 and 2 ), Stephen Campbell Moore ( The Bank Job ), Robert Sheehan, Claire Foy, Ulrich Thomsen ( Hitman ), Stephen Graham ( The Damned United ) dan Christopher Lee ( Alice In Wonderland ).

Manakala Dominic Sena yang sebelum ini pernah mengarah filem Whiteout ( 2009 ) merupakan pengarah bagi filem Season Of The Witch ini dan Bragi Schut merupakan penulis bagi filem ini, yang sebelum ini pernah terkenal dengan siri TV Threshold. Studio yang bertanggungjawab atas filem Season Of The Witch ini pula ialah Relativity Studio yang juga pernah mengeluarkan filem - filem yang mendapat sambutan sebelum ini seperti 21 ( 2008 ), 300 ( 2007 ) dan Blood Diamond ( 2006 ).

nicholas cage and ron perlman in season of the witch “Nicholas Cage and Ron Perlman as crusaders”

claire foy in season of the witch

claire foy in season of the witch “Claire Foy as witch girl”

photo se of season of the witch“main casts at the set of Season Of The Witch”

Season Of The Witch boleh dikatakan sebuah filem mengenai keadaan Eropah pada satu ketika dahulu di zaman wujudnya gereja sebagai badan pentadbiran politik dan konflik mereka dengan kewujudan golongan ahli sihir yang pada mereka terpesong dari ajaran sebenar.

Sedikit plot utama untuk filem Season Of The Witch ini :-

season of th witch scene

Season Of The Witch mempertemukan Nicholas Cage yang pernah popular dengan filem National Treasure dan Ron Perlman yang membintangi Hellboy di dalam sebuah filem bergenre aksi pengembaraan mistikal, dimana kedua - dua memegang peranan sebagai pejuang Perang Salib yang baru pulang ke dari sebuah peperangan setelah berdekad lamanya. Tetapi malangnya, mereka dikejutkan dengan berita tempat asal mereka telah musnah diserang oleh suatu wabak misteri.

Seorang tua di gereja menerangkan pada mereka bahawa seorang gadis yang didakwa sebagai seorang ahli sihir merupakan dalang untuk perkara ini dan mengarahkan kedua mereka, Nicholas dan Ron untuk membawa gadis tersebut ke biara terpencil dan melakukan ritual kuno dengan mengorbankan gadis tersebut dengan tujuan membersihkan serangan wabak misteri tersebut. Dan disinilah bermulanya aksi pengembaraan yang mendebarkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem ini anda boleh klik pada pautan ini SEASON OF THE WITCH atau klik pada imej di bawah. Untuk melihat trailer filem ini, anda boleh lihat video dari Youtube yang turut disertakan di bawah ini. Jangan lupa untuk bertandang di pawagam 7 Januari ini untuk menontonnya!

season of the pictures and website

On Isnin, 20 Disember 2010
2

little-fockers-poster

 

Little Fockers merupakan kesinambungan dari dua filem sebelum ini, iaitu Meet The Parents dan Meet The Fockers. Masih mengekalkan Ben Stiller, Robert De Niro dan Teri Polo sebagai watak utama, Little Fockers pasti menyeri cuti krismas anda kerana ia mula ditayangkan di sekitar Malaysia mulai 23 Disember 2010 ini.

Jika anda masih ingat filem Meet The Parents dan Meet The Fockers ini adalah berkisar mengenai watak Greg Focker lakonan Ben Stiller yang cuba untuk merasa serasi dengan keluarga bakal mertuanya, khasnya bapa mertuanya lakonan Robert De Niro yang merupakan seorang bekas ejen CIA, dan kemudian melihat gelagat ibu bapa watak Ben lakonan Babra Streisand dan Dustin Hoffman bersuai kenal dengan keluarga bakal menantunya lakonan Teri Polo.

 

little fockers main cast“Little Fockers main cast” 

 

little fockers still image 1

 

little fockers still image 2 

 

Namun kesudahan cinta Greg Focker tidak hanya tamat di jinjang perkahwinan kerana Little Fockers membawa kepada cerita tentang anak – anak Greg Focker, dan pasti ia penuh dengan aksi komedi yang buat anda tak kering gusi.

Little Fockers mendapat sentuhan arahan dari Paul Weitz yang sebelum ini pernah mengarah filem In Good Company ( 2004 ) dan Cirque Du Freak : The Vampire’s Assistant ( 2009 ), manakala untuk penulisan skrip ia adalah tanggungjawab untuk tiga orang iaitu Larry Stuckey, John Hamburg dan Victoria Strouse.

Selain nama – nama pelakon yang disebut di atas, bintang yang turut sama menjayakan filem Little Fockers ini ialah Owen Wilson, Blythe Danner, Jessica Alba, Laura Dern dan Harvey Keitel. Untuk mengetahui mengenai filem Little Fockers dengan lebih lanjut anda boleh layari pada pautan ini OFFICIAL LITTLE FOCKERS WEBSITE, atau anda boleh klik pada imej di bawah. Disini juga saya sertakan trailer filem Little Fockers dari laman video Youtube:-

 

little fockers official website

 

On Selasa, 14 Disember 2010
3

The Tourist poster film

Akhirnya sebuah filem yang membawa dua pelakon berkarakter Johnny Depp dan Angelina Jolie dihasilkan, pasti peminat kedua - dua pelakon ternama ini akan berpusu - pusu mengunjungi pawagam lewat 30 Disember 2010 ini. Filem yang akhirnya menggabungkan dua nama ini diberi nama The Tourist sebuah filem thriller, dan sudah pun mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 10 Disember lalu.

Kalau tidak silap saya ini adalah filem kedua lakonan mereka ditayangkan setelah Johnny Depp berjaya dengan filem fantasi Alice In Wonderland dan Angelina Jolie dengan filem aksi Salt. Berbeza dengan Johnny Depp, watak Angelina Jolie dalam filem The Tourist ini tidak lari jauh dengan wataknya dalam Salt kerana kedua - dua wataknya penuh dengan rahsia. The Tourist juga berdasarkan pada sebuah filem romantik thriller Peranchis Anthony Zimmer yang diarahkan oleh Jerome Salle pada tahun 2005.

Anthony Zimmer poster film“Anthony Zimmer 2005 Film”

Apa yang menariknya, sebelum watak utama diberikan pada Johnny Depp ianya terlebih dahulu direka untuk Tom Cruise tetapi ditolak lalu Sam Warthington diberi peluang tetapi kelihatan Johnny Depp lebih kena dalam membawa watak tersebut. Manakala untuk watak lakonan Angelina Jolie, Charlize Theron terlebih dahulu menjadi pilihan.

The Tourist turut dihasilkan oleh Columbia Pictures ( Sony ), dan untuk kerusi pengarah ianya disandang oleh Florian Henckel von Donnersmarck yang sebelum ini pernah mengarah filem The Lives Of Others ( 2007 ). Selain Johnny Depp dan Angelina Jolie, filem The Tourist turut sama membariskan pelakon - pelakon lain antaranya Paul Bettany ( Legion ), Rufus Sewell ( The Holiday ), Timothy Dalton ( Hot Fuzz ) dan Steven Berkoff ( The Passenger ).

MV5BMTk5NzM0Nzc4NF5BMl5BanBnXkFtZTcwMzA0Mzc5Mw_002

MV5BMTU1MzcxNDI3N15BMl5BanBnXkFtZTcwMzM1MjcxNA_002

MV5BMTMyNjcwMzQ5NF5BMl5BanBnXkFtZTcwMTk0MjcxNA_002

MV5BMTc4MjUxNDE4OF5BMl5BanBnXkFtZTcwODk0MjcxNA_002 “Still Images for The Tourist Film Starring Angelina Jolie and Johnny Depp”

Secara ringkas, plot utama untuk filem The Tourist ini ialah :-

The Tourist berkisar tentang Frank seorang pelancong dari Amerika lakonan Johnny Depp yang datang ke Itali untuk memulihkan hatinya yang luka. Manakala Elise lakonan Angelina Jolie pula merupakan seorang wanita misteri yang secara tidak sengaja dipertemukan dengan Frank. Dan secara tidak semena Frank jatuh hati pada Elise, namun tanpa mereka sedari Frank dan Elise terlibat dalam satu perkara yang meletakkan diri mereka dalam bahaya.

Untuk mengetahui filem The Tourist dengan lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan ini THE TOURIST. Untuk melihat teaser atau trailer filem The Tourist, anda boleh lihat video dari Youtube di bawah ini:-

On Jumaat, 10 Disember 2010
8

bd1

BendDesk merupakan salah satu projek pengendalian komputer masa depan yang secara keseluruhannya memanfaatkan teknologi multi touch dalam mengoperasikannya.

BendDesk secara khusus merupakan sebuah projek kajian oleh Malte Weiss, Simon Voelker dan Jan Brochers dari Media Computing Group, serta Christine Sutter dari Jabatan Kerja dan Psikologi Kognitif dan Christian Remy. Sementara itu B-IT Foundation merupakan badan induk utama sebagai penaja pelaksanaan projek ini.

f0479ca846-benddesk-multitouch-curved-display

Secara terperinci BendDesk mengaplikasikan multi touch pada sebuah meja secara menegak dan mendatar seperti di dalam gambar diatas, tujuannya untuk memanfaatkan ruang kerja secara keseluruhan. Ianya boleh memaparkan pelbagai isi digital seperti dokumen, gambar, video dan juga permainan video.

Untuk melihat bagaimana pengguna boleh mengendalikan BendDesk, anda boleh rujuk pada video yang disertakan dari Youtube dibawah ini:-

bd2

bd3

bd5

bd6

On Isnin, 6 Disember 2010
5

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader poster

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader merupakan sekuel seterusnya untuk rangkaian kisah epik The Chronicles Of Narnia, hasil dari adaptasi dan garapan novel fantasi yang ditulis oleh C . S. Lewis yang keseluruhannya mempunyai tujuh buah siri dan The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader merupakan siri yang ketiga yang diadaptasi.

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader bakal menemui penonton di pawagam sekitar Malaysia mulai 9 Disember 2010 ini, dan bagi peminat buku atau filem siri ini anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menontonnya.

Siri The Chronicles Of Narnia pada kali mengenengahkan muka baru untuk kerusi pengarah iaitu Michael Apted yang sebelum ini pernah mengarah filem Amazing Grace ( 2007 ) dan 49 Up ( 2006 ). Untuk rekod untuk dua siri The Chronicles Of Narnia sebelum ini diarahkan oleh pengarah tersohor Andrew Adamson yang juga pernah mengarah siri filem Shrek 2 ( 2004 ).

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader dibintangi oleh barisan pelakon muka lama dan baru antaranya ialah Georgie Henley, Skandar Keynes, Ben Barnes, Will Poulter, Gary Sweet, Bruce Spence, Arthur Angel, Shane Rangi dan Liam Neeson. Dan pihak yang bertanggungjawab membawa siri kali ini ke layar perak ialah Fox Walden berbanding Walt Disney sebelum ini.

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader still image 1

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader still image 2

The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader still image 3“The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader Still Images”

Antara ringkasan plot untuk siri kali ini ialah :-

Pada siri filem kali ini, Edmund dan Lucy Pevensie, bersama – sama sepupunya Eustace Scrubb mendapati diri mereka terperangkap di dalam sebuah lukisan dan di atas kapal milik Narnian yang menghala ke hujung dunia.

Sekali lagi mereka bergabung dengan Putera Caspian dan wira tikus Reepicheep untuk melaksanakn misi misteri di pulau yang diberi nama Lone Islands. Dan dalam pengembaraan kali ini mereka bakal diuji dari segi mental, fizikal serta fizikal malah mereka bersemuka dengan Dufflepuds ( makhluk magikal ), penjual hamba yang licik, naga berapi dan makhluk halus.

Untuk kisah lanjut, silalah berkunjung ke panggung wayang berhampiran 9 Disember ini. Untuk maklumat mengenai filem ini, anda boleh klik pada pautan ini THE CHRONICLES OF NARNIA 3 atau mana – mana imej di post ini. Untuk trailer anda boleh lihat video dari Youtube yang disertakan dibawah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...