Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 31 Ogos 2010
11

mederka-i“Detik bersejarah negara ketika Merdeka di laungkan”

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tepat jam 12.00 tengah malam ( 31 Ogos 2010 ) tadi menandakan negara kita telah mencapai ulangtahun kemerdekaannya yang ke - 53. Oleh kerana itu disini saya AV mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke – 53 untuk anda, moga nikmat kemerdekaan ini terus dapat kita kecapi sampai bila - bila.

Kata orang mempertahankan kemerdekaan itu lebih sukar dari memperolehinya, namun pendapat dan perspektif orang berbeza dalam menilai erti kemerdekaan. Apa yang pasti jasa - jasa mereka yang membentuk negara Malaysia yang terus maju jaya harus kita kenang kerana kalau tiada yang lama, yang baru takkan ada. Kalau tiada yang cintakan negara, tiada berdirinya negara ini dengan kudrat anak watannya.

Sekali lagi buat penutup kata post pendek ini, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke - 53 dan jangan lupa bangun pagi untuk melihat lintas langsung Perbarisan Hari Kemerdekaan ke - 53 dari Stadium Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur 7 pagi hingga 9.30 pagi nanti.

p/s:- Untuk rekod tema untuk Hari Kemerdekaan ke - 53 ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi.

On Isnin, 30 Ogos 2010
10

ryno 1

Motor Ryno merupakan sebuah motorsikal yang dibina dengan bertayar satu!. Ianya merupakan hasil dari idea seorang remaja perempuan 13 tahun bernama Lauren yang mahu memandu sebuah motorsikal bertayar satu sesudah melihatnya di dalam salah satu permainan video.

Motor Ryno dikuasakan dengan tenaga elektrik dan boleh mencapai kelajuan sehingga 25 ke 30 batu sejam serta Motor Ryno ini hanyalah seberat 57 kilogram. Untuk rangkaian gambar proses pembikinan Motor Ryno ini anda boleh tengok di bawah ini. Video dari Youtube turut disediakan.

ryno 5 ryno 4 ryno 2 ryno 3

Video mengenai Motor Ryno:-

On Sabtu, 28 Ogos 2010
36

477626885_f3e6241f14

Bercerita tentang hari kemerdekaan ke - 35 negara yang bakal tiba 31 Ogos ini, tidak terlepas untuk kita bercerita mengenai filem - filem patriotik. Berbanding genre filem - filem lain, format patriotik jarang - jarang sekali diguna pakai untuk pembikinan filem. Tidak seperti drama, saban tahun pasti ada drama - drama genre patriotik dipertontonkan menjelang bulan Ogos.

Kembali kepada cerita filem, jika dihimpunkan judul - judul filem yang jatuh dalam genre patriotik ianya boleh dikira dengan jari. Namun jika ia ditayangkan saban tahun di kaca telvisyen, filem - filem ini tetap malar hijau dimana penghayatan patriotik dirasai. Antara filem - filem patriotik yang pernah dibikin ialah:-

Sarjan Hassan

1. SARJAN HASSAN - Siapa yang tak pernah tengok filem seniman agung P. Ramlee ini?, walaupun dalam format hitam - putih filem ini tetap memberi kesan pada jiwa mengenai perjuangan rakyat sebelum merdeka dalam memperjuangkan hak maruah tanah air kita. Mengusir Jepun dari tanah melayu, Hassan yang merupakan seorang pemuda kampung yang sering diejek akhirnya bangkit sebagai hero yang memperjuangkan sesuatu yang luhur. Selanjutnya mengenai Sarjan Hassan anda boleh klik pautan ini FIlem Sarjan Hassan.

Filem Bukit Kepong

2. BUKIT KEPONG - Lakonan dan arahan mantap dari Tan Sri Jins Shamsuddin, Bukit Kepong diangkat sebagai sebuah filem terbaik di era kegemilangannya. Bukit Kepong menyingkap tentang perjuangan penghuni - penghuni di berek polis Bukit Kepong yang mempertahankan Balai Polis mereka. Balai Polis Bukit Kepong dianggap sebagai benteng utuh yang menjadi sasaran komunis. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah Bukit Kepong klik pautan ini Kronologi Peristiwa Bukit Kepong.

darahsatriafront

3. DARAH SATRIA - Filem Darah Satria merupakan sebuah filem patriotik yang dibikin pada tahun 1983. Mendapat sentuhan arahan dari Datuk Aziz Sattar ianya dibintangi oleh Aman Shah, A.R Badul, Lidyawati dan ramai lagi pelakon - pelakon lama. Jika ada Badul, dah tentu - tentu cerita ini sedikit melo-drama-komedi namun ciri - ciri penghayatan patriotik tetap diterapkan sepanjang jalan cerita. Anda berminat dengan filem ini dan ingin muat turun?, klik pada pautan ini:- http://wayangmalaysia.wordpress.com/2007/08/23/darah-satria-1983/

ltadnan

4. LEFTENAN ADNAN - Sebuah filem patriotik yang mengangkat nama Leftenan Adnan sebagai tokoh yang memperjuangkan daulat Tanah Melayu. Filem Leftenan Adnan mendapat sentuhan arahan dari sutradara yang terkenal iaitu Aziz M. Osman dan dibintangi oleh nama - nama besar seperti Hairie Othman ( Leftenan Adnan ), Umie Aida ( Safiah, isteri kepada Leftenan Adnan ), Faizal Hussein ( Ayob ) dan ramai lagi.

Serba sedikit mengenai Leftenan Adnan, beliau merupakan anak jati Sungai Ramal di Kajang Selangor yang menyertai Rejimen Askar Melayu Battalion 1 sebelum tercetusnya perang dunia kedua. Masih ingat lagi dalam buku teks Bahasa Melayu zaman sekolah dulu ada cerita mengenai Leftenan Adnan. Untuk maklumat lanjut mengenai filem ini dan perihal Leftenan Adnan, klik pada dua pautan ini Kisah Leftenan Adnan dan Filem Leftenan Adnan.

paloh poster

5. PALOH - Paloh dilihat kurang berjaya berbanding filem - filem patriotik yang lain, namun pengisiannya masih mantap dengan nilai - nilai Patriotik. Filem ini mengangkat nama Janet Khoo sebagai watak utama disamping Nam Ron, Gibran Agi, Ellie Suriaty dan ramai lagi. Ingin mengetahui maklumat Paloh dan filemnya klik pada dua pautan ini Kronologi Paloh dan Filem Paloh.

Filem Embun

6. EMBUN - Embun merupakan filem yang mengangkat jasa wanita yang memperjuangkan maruah Tanah Melayu dan juga diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia. Perjuangan wanita yang bernama Embun bermula apabila dia cuba untuk membebaskan dan memperjuangkan matlamat abangnya dalam menentang Jepun. Lakonan mantap Umie Aida, Aqasha dan arwah Hani Mokhsin. Filem ini juga merupakan arahan pengarah wanita iaitu kakak kepada Umie Aida sendiri, Erma Fartima. Selanjutnya tentang filem ini disini EMBUN, anda juga boleh memuat turun filem ini disini http://wayangmalaysia.wordpress.com/2007/08/22/embun-2002/

Hati Malaya 1957

7. HATI MALAYA 1957 - Hati Malaya 1957 merupakan sebuah filem yang dianggap baru berbanding filem sezamannya. Sebetulnya filem ini merakam suasana bagaimana Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj memperjuangkan matlamatnya dalam merealisasikan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di ketika itu, tentang kejatuhan Malayan Union dan kesungguhan menegakkan hak anak bangsa Malaysia yang ada sekarang. Cuba menarik minat remaja sekarang dengan penerapan jalan cerita yang kreatif, dimana penonton dibawa ke naratif cerita dua zaman berbeza. Lakonan mantap Mohd Kamarulzaman sebagai Tunku Abdul Rahman, Maya Karin, Rusdi Ramli, Sharifah Amani dan ramai lagi, serta mendapat sentuhan pengarah Suhaimi Baba. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut Hati Malaya 1957.

Itulah antara garapan filem – filem patriotik yang dapat AV war – warkan dalam post sempena sambutan hari kemerdekaan ke – 53 kali ini, ada filem yang tiada dalam senarai diatas? sila komentarkan pendapat anda.

On Jumaat, 27 Ogos 2010
12

nuffnang-ads-2 nuffnang-ads-1

“Nuffnang mysterious ads?”

Saya tertanya - tanya sendiri apakah iklan Nuffnang yang selalu muncul di sidebar blog saya ini. Dengan tagline "Depth And Realism Like Never Before", setelah mencari maklumat di Google, dan melihat statistik BE di profil Nuffnang baru saya tahu iklan ini berkaitan dengan teknologi HD 3D yang bakal dilancarkan di Malaysia 2 September ini.

Iklan ini adalah sebahagian strategi promosi pengiklanan dari syarikat pengeluar barangan elektrik terkemuka iaitu Panasonic, dan ia adalah mengenai set TV Panasonic VIERA TC-PVT25 Plasma Full HD 3D TV. Secara ringkas ianya adalah set HD 3D terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat panasonic dan ianya seolah - olah menjadi fenomena baru dalam teknologi 3D.

Panasonic-VIERA-VT25-Series-Plasma-Full-HD-3D-HDTV

Anda tidak perlu lagi ke panggung wayang khas untuk merasai pengalaman 3D kerana set TV HD 3D ini sudah lengkap. Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi set TV Panasonic VIERA TC-PVT25 Plasma Full HD 3D TV, anda boleh klik pada gambar - gambar di post ini untuk ke laman utama berkaitan TV Panasonic VIERA TC-PVT25 Plasma Full HD 3D TV atau klik pautan ini TV Panasonic VIERA serta anda boleh melihat video - video yang disertakan di blog ini.

panasonic-viera-ads-toddler“TV Panasonic VIERA TC-PVT25 Plasma Full HD 3D TV Creative Ads”

panasonic-viera-ads-matured “TV Panasonic VIERA TC-PVT25 Plasma Full HD 3D TV Creative Ads”

Selain itu untuk artikel yang lebih lanjut mengenai TV Panasonic VIERA TC-PVT25 Plasma Full HD 3D TV, klik pada pautan - pautan dibawah ini:-

- http://www.oled-display.info/panasonic-full-hd-3d-viera-plasma-tcpvt25-series

- http://ces.cnet.com/8301-31045_1-10427983-269.html

- http://g4tv.com/videos/45660/Panasonic-Viera-50-3D-Plasma-HDTV/

“CNET Videos Review”

“Customer video walkthrough”

p/s:- Terima kasih Nuffnang di atas BE terbaru!

On
3

mystory

MySTORY merupakan sebuah saluran baru di rangkaian TV Berbayar Astro yang telah pun menemui penonton di saluran Astro 318 sempena Hari Kemerdekaan Ke – 53, 31 Ogos 2010 ini. Saluran MySTORY telah memulakan siarannya 15 Ogos lepas dan berlanjutan sehingga 16 September ini.

Tentu anda pernah melihat iklan mengenai program MySTORY ini di saluran Astro dan di laman blog anda sendiri, malah saya pernah mendapat Buffered Earning untuk iklan ini, terima kasih Nuffnang!. ( Promosi sikit Nuffnang )

Apa itu MySTORY ?, MySTORY merupakan saluran khas Astro yang memaparkan klip – klip video mengenai cerita mengenai rakyat Malaysia. Menariknya klip – klip video ini datangnya dari insan – insan yang diluar sana, makna Malaysia, makna perpaduan dan harapan mereka pada Malaysia adalah rencah kisah di saluran MySTORY ini.

MyStory

MySTORY bukanlah satu pertandingan kerana tercetusnya saluran ini adalah untuk memaparkan kisah cerita anak – anak Malaysia yang bangga dilahirkan dalam suasana Malaysia yang aman dan harmoni di samping pelbagai bangsa yang bersatu membentuk 1 Malaysia.

MySTORY terdiri dari salah satu rancangan Astro dibawah satu kempen Astro sempena bulan Kemerdekaan ini iaitu kempen "Negaraku, The Best Of 1Malaysia Stories On Air" yang menyediakan hampir 150 program TV Astro yang menyiarkan cerita mengenai Malaysia termasuklah di saluran The Biography Channel yang berkongsi cerita mengenai insan – insan yang mengharumkan nama negara seperti Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Michelle Yeoh, Lakaran Merdeka ( Astro Prima ), Lagenda Sukan Malaysia: Tan Sri M. Jegathesan (Astro Arena) dan pelbagai lagi.

Kredit gambar ( selain gambar diatas sekali ) dan idea dari laman Manggaonline.

p/s:- Tiba – tiba nak nyanyi lagu SAM, Saya Anak Malaysia!

On Khamis, 26 Ogos 2010
5

bendera jalur gemilang

Anda tercari – cari lagu – lagu patriotik mp3 di internet?, Di post ini akan saya sertakan beberapa pautan / link laman sesawang / laman web yang menyediakan muat turun lagu – lagu patriotik untuk anda dengari. Seiring dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan sehingga 16 September 2010, moga muat turun lagu – lagu tema kemerdekaan dan patriotik ini dapat membakar semangat kenegeraan anda!. Laman – laman tersebut adalah seperti di bawah:-

1. Di Laman Web Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPM ( klik pada pautan ini www.jpnin.gov.my ) atau imej di atas. Laman ini turut menyediakan muat turun dalam format minus one. Agak – agak ada yang karaoke request lagu patriotik tak?

2. Laman Radio Televisyen Malaysia ( Klik pada pautan ini www.rtm.gov.my ) atau imej diatas. Di laman ini juga turut menyediakan muat turun lagu – lagu patriotik buat anda.

3. Laman Sektor Penerangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. ( Klik pada pautan ini penerangan.kpkk.gov.my ) atau imej di atas. Laman ini secara ringkasnya menyediakan muat turun lagu – lagu patriotik untuk anda.

4. Berbeza dengan laman – laman diatas, laman Orkestra RTM menyediakan muat turun skor muzik untuk kamu. Agak – agak siapa yang nak unplugged lagu patriotik, bolehlah download. Klik pada pautan ini www.orkestrartm.my atau imej diatas.

sudirman2

5. Namun saya rasa lagu yang serasi dengan tema Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan Malaysia ialah lagu Tanggal 31 dan Warisan nyanyian Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad DIMP, JMN, AMN (25 May 1954 – 22 February 1992). Klik pautan ini LAGU PATRIOTIK SUDIRMAN atau imej di atasa untuk muat turun kedua – dua buah lagu tersebut bersama lagu – lagu lain yang terkandung dalam Album ABADI ( album patriotik beliau ) serta lagu bonus “One Thousand Million Smiles”.

p/s:- Teringat zaman belajar dulu, kalau tiba sambutan meraikan bulan Ogos sebagai bulan Merdeka setiap hari lagu patriotik dinyanyikan di perhimpunan pagi

On Rabu, 25 Ogos 2010
4

jalur gemilang di siling rumah panjang

Semangat Hari Kemerdekaan ke – 53 yang bakal menjelang 31 Ogos ini kini terasa hingga ke rumah panjang kaum Bidayuh di rumah panjang Mongkos, Serian,Sarawak. Menurut Daka Baba, ketua kepada etnik Bidayuh di rumah panjang itu berkata beliau telah merancang untuk mewarnakan pada siling buluh dengan gambar bendera Jalur Gemilang sejak tahun lalu dan pada tahun ini ia sempat disempurnakan sebelum tarikh keramat 31 Ogos ini.

Untuk rekod, siling yang dicorakkan dengan bendera Jalur Gemilang ini adalah sepanjang 80 meter dan siling ini terletak di kawasan ‘ruai’ rumah panjang, atau lebih senang dikenali sebagai ruang tamu.

MOHD NAJIB RAZAK / PUTRAJAYA

Di dalam gambar diatas ini pula ialah gambar Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama dengan 4 orang anak – anak cilik yang bakal mengharumkan nama negara kita Malaysia tidak lama lagi.

Mereka adalah bakal pendaki Gunung Everest termuda muslim yang pertama di dunia!. Apa yang menariknya mereka adalah adik - beradik dan kesemua adalah kembar yang berumur 8 tahun. Mereka bernama ( dari kiri ) Ahmad Amjad Fitri , Ahmad Amjad Bahzi, Ahmad Amjad Azri dan Ahmad Amjad Ghazi.

Datuk Seri Najib diperkenalkan kepada anak – anak cilik ini ketika beliau berada di majlis penyampaian penghargaan kepada penaja - penaja yang menaja program Ekspedisi 7 Puncak, 7 Benua, 7 Nilai dan ketika ini Perdana Menteri turut menyerahkan nombor plat Gagasan 1Malaysia. Majlis berlangsung di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.

Kredit gambar dan olahan artikel dari laman Berita Harian.

p/s:- Dah lama tak balik ke kampung arwah atuk di Sarawak, rindu pada suasana kampung dan rumah panjang keluarga Bidayuh disana.

On Selasa, 24 Ogos 2010
7

sejarah-malaysia

Sejarah Pembentukan Malaysia?, berapa ramai antara kita di kalangan rakyat Malaysia yang mengetahui sejarah pembentukan Malaysia secara lengkap?. Mungkin anda yang meminati sejarah di zaman sekolah masih mengingati serba sedikit Sejarah Pembentukan Malaysia.

Saya sendiri kurang arif dalam sejarah pembentukan Malaysia, oleh itu di dalam post ini ingin saya kongsikan satu pautan laman sesawang yang bercerita tentang sejarah pembentukan Malaysia secara ringkas.

Laman sesawang tersebut ialah SEJARAHMALAYSIA.PNM.MY, ianya dihasilkan dalam dua format bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ( English ). Antara maklumat yang anda boleh perolehi dari laman yang serba ringkas tapi penuh dengan info ialah Sejarah Negara, Tokoh – tokoh Kebangsaan, Asal – Usul Nama Tempat, Tempat – Tempat Bersejarah, Bangunan Bersejarah, Penyohor Nama Malaysia, Sejarahwan Negara dan pautan untuk Biblliografi dimana maklumat lanjut mengenai sejarah Malaysia atau sejarah Pembentukan Malaysia boleh diperolehi.

sejarah-malaysia-1

Apakata kita tambah pengetahuan dengan melayari laman sesawang ini sempena sambutan hari kemerdekaan ke – 53 yang akan datang. Anda boleh klik pautan ini SEJARAHMALAYSIA.PNM.MY atau imej di atas.

p/s:- Namun laman sesawang ini dilihat seperti tidak diupdate, kenapa ya?

On Isnin, 23 Ogos 2010
14

logo hari kemerdekaan ke - 53

Kurang dari 10 hari negara kita Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke - 53 pada 31 Ogos 2010 ini. Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini sekali lagi akan disambut dalam keadaan sederhana namun tetap meriah untuk menghormati bulan Ramadhan 1431H.

Apa yang menariknya, pada tahun hadapan negara kita dijangka akan menyambut Hari Kemerdekaan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri!. Umpama perayaan serentak, namun masih adakah perbarisan tahunan Hari Kemerdekaan?. Yang mana ia juga salah satu faktor peningkatan kadar kemasukan pelancong ke negara Malaysia saban tahun.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke - 53 pada tahun ini bertemakan slogan "1 Malaysia Menjana Transformasi", selaras dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering melaungkan sorakan 1 Malaysia. Diharap konsep 1 Malaysia terus diterapkan di masa akan datang.

1-malaysia-menjana-transformasi

Sedang mencari maklumat mengenai Sambutan Hari Kemerdekaan ke - 53, terjumpa saya satu laman sesawang yang dibangunkan khas untuk menyebar maklumat mengenai Sambutan Hari Kemerdekaan ke - 53. Laman ini dilihat mesra pengguna dan dilihat serba lengkap mengenai Hari Merdeka itu sendiri. Klik pautan ini www.malaysiamerdeka.gov.my untuk ke laman seswang tersebut atau pada imej di atas.

Dibawah ini saya sertakan video laungan kemerdekaan dari Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman yang juga diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia, nyanyian lagu negaraku dan kibaran bendera Jalur Gemilang buat kali pertama pada tahun 1957.

p/s:- Hari Kemerdekaan turut di nyatakan sebagai Hari Kebangsaan Malaysia. Pertanyaan sinis yang sering dilaungkan, Merdekakah Kita?. Apa pendapat anda?

On Ahad, 22 Ogos 2010
18

GADIS MELAYU

Pencarian Gadis Melayu kembali untuk musim ke – 3, ianya akan memulakan siaran episod pertama pada 9.00 malam Jumaat minggu hadapan atau lebih tepat 27 Ogos 2010 ini di TV9. Memperkenalkan Ashraf Muslim sebagai pengacara untuk musim kali ini, ianya dilihat boleh memberi aspek baru untuk Pencarian Gadis Melayu Musim ke - 3. Moga ianya masih mendapat sambutan seperti musim – musim terdahulu. Kali ini juga dilihat tiada penyingkiran akan dilakukan.

Dibawah ini disertakan senarai 9 peserta dan biodata untuk finalis untuk Pencarian Gadis Melayu Musim ke –3:-

amira



Nama Penuh : Siti Amira bt. Mustakhim

Nama Panggilan : Amira

Tarikh Lahir : 19 Julai 1985

Asal : Alor Setar, Kedah

Adik-beradik : Anak kedua dari 5 beradik

Status : Bekerja

Warna kegemaran : Hijau

Ciri-ciri peribadi : Peramah, minat aktiviti lasak, dan gemar mencuba sesuatu yang baru

Hobi : Membaca, melancong, dan memasak

Cita-cita : Guru

Bakat : Memasak













mimie_gm3



Nama Penuh : Nor Shamimi Ernida bt. Mansor

Nama Panggilan : Mimie

Tarikh Lahir : 21 Mac 1990

Asal : Alor Setar, Kedah

Adik-beradik : Anak sulung dari 4 beradik

Status : Usahawan

Warna kegemaran : Hitam, putih, dan pirus

Ciri-ciri peribadi : Peramah, periang, dan ikhlas

Hobi : Memasak, berenang, dan menyanyi

Cita-cita :Pengacara

Bakat :Berlakon dan menyanyi

















zakiah_gm3



Nama Penuh : Siti Nurzakiah bt. Abdul Aziz

Nama Panggilan : Zakiah

Tarikh Lahir : 6 November 1989

Asal : Damansara, Selangor

Adik-beradik : Anak sulung dari 5 beradik

Status : Jurulatih tarian

Warna kegemaran : Jingga dan putih

Ciri-ciri peribadi : Ceria, lemah lembut, dan peramah

Hobi :Membaca, menari, dan mengumpul amalan petua

Cita-cita :Ahli perniagaan

Bakat :Menari dan berlakon






rina_gm3



Nama Penuh : Norazrina bt. Mohd Salleh

Nama Panggilan : Rina

Tarikh Lahir : 20 April 1985

Asal : Subang Jaya, Selangor

Adik-beradik : Anak ke-2 dari 3 beradik

Status : Usahawan

Warna kegemaran : Putih

Ciri-ciri peribadi : Berani, tidak mudah putus asa, dan tabah

Hobi :Membaca, melayari internet, dan menulis

Cita-cita :Usahawan berjaya

Bakat :Menulis dan berniaga







fatheen_gm3



Nama Penuh : Fatheen Nabila bt. Ghazali

Nama Panggilan : Fatheen

Tarikh Lahir : 13 November 1986

Asal : Segamat, Johor

Adik-beradik : Anak sulung dari 3 beradik

Status : Pelajar

Warna kegemaran : Merah jambu

Ciri-ciri peribadi : Membaca, merentas hutan, dan membeli belah

Hobi :Membaca, menari, dan mengumpul amalan petua

Cita-cita : Pensyarah

Bakat :Pandai membuat kuih tradisional dan boleh mengenali pokok bakau






mastura_gm3



Nama Penuh : Siti Mastura bt. Mohamad Saleh

Nama Panggilan : Mastura

Tarikh Lahir : 8 Mei 1986

Asal : Kuantan, Pahang

Adik-beradik : Anak ke-4 dari 5 beradik

Status : Pelajar

Warna kegemaran : Hijau

Ciri-ciri peribadi : Penyayang, aktif, dan peramah

Hobi :Membaca, menulis, dan berfesyen

Cita-cita :Pereka fesyen

Bakat :Menjahit dan menari










afiqah_gm3



Nama Penuh : Afiqah Hazwani Binti Md. Nordin

Nama Panggilan : Afiqah

Tarikh Lahir : 9 Jun 1992

Asal : Johor Bahru, Johor

Adik-beradik : Anak sulung dari 4 beradik

Status : Pelajar

Warna kegemaran : Merah jambu

Ciri-ciri peribadi : Mementingkan hubungan kekeluargaan, menyukai kanak-kanak, dan berfikiran positif

Hobi :Membaca buku-buku motivasi, menulis blog, dan melayari internet

Cita-cita :Peguam yang berkaliber

Bakat :Berlakon, berpantun, dan bersyarah








hidayah_gm3



Nama Penuh :Norhidayah bt Samsudin

Nama Panggilan : Hidayah

Tarikh Lahir : 18 April 1989

Asal : Johor Bahru, Johor

Adik-beradik : Anak ke-4 dari 9 beradik

Status : Bekerja

Warna kegemaran : Biru dan merah

Ciri-ciri peribadi : Berani, periang, dan pemalu

Hobi :Menyanyi, membaca, dan mengemas rumah

Cita-cita :Penyanyi, pengacara atau pelakon

Bakat :Menyanyi










diana_gm3



Nama Penuh : Nur Diana bt. Zainuddin

Nama Panggilan : Diana @ Nana

Tarikh Lahir : 18 Mac 1991

Asal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Adik-beradik : Anak sulung dari 3 beradik

Status : Pelajar

Warna kegemaran : Merah jambu

Ciri-ciri peribadi : Mudah mempelajari sesuatu, cepat tersentuh, dan yakin

Hobi :Membaca, berkhemah, dan berkarya

Cita-cita :Pengacara TV atau guru

Bakat :Menjadi model pakaian muslimah









Untuk maklumat lanjut mengenai Pencarian Gadis Melayu Musim ke – 3, anda boleh kunjungi laman utamanya pautan ini PENCARIAN GADIS MELAYU MUSIM KE – 3. Anda juga boleh video untuk episod – episod yang sudah bersiaran di TV9.

Kredit gambar dan maklumat dari laman utama PENCARIAN GADIS MELAYU MUSIM KE – 3.

On Sabtu, 21 Ogos 2010
8

242108_thanksgiving_turkey

Perkara sampingan di bulan puasa yang sering dibuat di internet oleh saya ialah mencari resepi masakan. Selalunya bulan puasa selalu dijadikan bulan istimewa untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan istimewa untuk juadah berbuka. Tidak terlepas juga ada yang mencari resepi untuk kuih raya, terutamanya dekat – dekat nak raya nanti. Tapi rasanya orang lebih selesa membeli dari kecah di dapur.

Disini saya ingin menulis mengenai beberapa laman yang sering menjadi pilihan saya untuk mencari resepi:-

myresepi

1. www.myresipi.com merupakan laman utama resepi masakan yang sering saya kunjungi untuk mencari idea – idea masakan. Mempunyai paparan yang menarik, dan hampir setiap resepi yang disediakan disertakan dengan gambar. Laman ini turut

mesra.net

2. Direktori Resepi Mesra.net dilihat sebagai salah satu laman resepi terbesar, dengan lebih 7000 lebih resepi di sediakan!. Percaya atau tidak ianya juga merupakan hasil carian pertama di google malaysia apabila keyword resepi ditaip. Namun kekurangan resepi di laman Mesra.net ialah ianya tidak disertakan dengan gambar dan kadang – kadang kita musykil samada masakan tu menjadi atau tidak. Kalau disediakan gambar sekurang – kurangnya ianya menjadi panduan dalam masakan. Menyediakan resepi dari pelbagai kategori, dari resepi masakan kampung hinggalah ke resepi kuih hari raya.

resepi4u.net

3. www.resipe4u.com merupakan laman ketiga yang menyediakan pelbagai resepi masakan untuk anda. Malah laman ini turut ada menjual ebook mengenai resepi – resepi pilihan contohnya resepi coklat dan resepi kuih raya.

cikmin

4. Selain tiga laman diatas, laman blog cikmin turut menjadi pilihan saya. Cikmin sering menyediakan resepi – resepi istimewa yang dilihat lain dari yang lain. Walaupun secara keseluruhan blog cikmin bukanlah berkisar resepi. kerana ia merupakan laman blog personal cikmin sendiri.

Ini adalah antara laman web resepi yang sering menjadi pilihan saya. Bagaimana dengan anda pula?, jangan terliur tengok gambar – gambar resepi masakan sudahlah ya? Salam Ramadhan buat anda.

On Jumaat, 20 Ogos 2010
3

TAKERS 2010 Film Poster

TAKERS, merupakan sebuah filem yang tergolong dalam genre aksi yang pasti membikin adrenalin anda bergelora. Menampilkan nama - nama besar Hollywood seperti Matt Dillon, Paul Walker, Idris Elba, Jay Hernandez, Tip "T.I." Harris, Michael Ealy, Chris Brown dan Hayden Christensen, filem ini akan menemui penonton di Malaysia 28 Ogos 2010 nanti,

Diterbitkan oleh Studio Screen Gems ( anak produksi Sony ), dan mendapat sentuhan arahan John Luessenhop ( pengarah filem Lockdown ). Malah beliau turut bertindak sebagai penulis skrip bersama Peter Allen, Gabriel Casseus dan Avery Duff. Secara peribadi, melalui bacaan sinopsis ringkas filem TAKERS saya rasakan akan mendapat sambutan seperti filem genre aksi criminal heists Ocean 11,12,13 lakonan George Clooney, Matt Damon, Brat Pitt dan Italian Job lakonan mantap Matt Walberg serta rakan lainnya. Namun yang pasti corak rompakan TAKERS lebih ganas!.

Mari kita sinopsis filem TAKERS secara ringkas:-

TAKERS Team Members

TAKERS secara ringkas mengisahkan tentang sekumpulan penjenayah yang selalu memperlekehkan pihak berkuasa polis dengan perlaksanaan rancangan rompakan Bank yang terancang dan sempurna. Namun ketika kumpulan ini ingin melakukan rancangan rompakan yang terakhir dengan taruhan wang ringgit yang tinggi, rancangan mereka terganggu dengan siasatan seorang penyiasat yang dilakonkan oleh Matt Dillion yang bersungguh untuk menggagalkan mereka.

Untuk mengetahui filem TAKERS dengan lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan ini WHOARETAKERS.COM, atau fanpage mereka di FACEBOOK TAKERS dan anda boleh klik di mana - mana imej di post ini untuk ke laman utama filem TAKERS. Malah di laman utama filem TAKERS turut disediakan permainan video ringkas dan sedikit sedutan dari filem.

Dibawah ini disertakan video trailer untuk filem ini dari laman YOUTUBE:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...