Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label chinese susan boyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chinese susan boyle. Papar semua catatan
On Jumaat, 14 Mei 2010
2

lin yu chun

Ingat lagi dengan Lin Yu Chun yang diangkat sebagai Susan Boyle Taiwan?, jika tidak ingat atau anda masih tidak mengenalinya rujuk post “Chinese Susan Boyle” dan “Chinese Susan Boyle Keluar Dari Pertandingan” . Lin Yu Chun telah berjaya menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat rakaman muzik terkenal di dunia iaitu Sony Music.

Jurucakap Sony Music berkata, Album Lin Yu Chun akan dikeluarkan oleh bulan Julai hadapan. Lin Yu Chun yang berasa dari Taiwan merupakan seorang peserta rancangan realiti Taiwan yang berjaya menempah nama setelah menyanyikan lagu I Will Always Love You yang dipopularkan oleh Whitney Houtson dan juga Dolly Parton.

Walaupun Lin Yu Chun terkeluar dari pertandingan, yang pasti beliau telah berjaya mengukir nama di dalam industri.

p/s:- Penyanyi kita apa kurangnya

On Selasa, 13 April 2010
3


Ingat lagi dengan peserta rancangan realiti dari Taiwan yang mendapat sambutan hangat di laman sesawang Youtube, Lin Yu Chun yang juga dikenali sebagai "Chinese Susan Boyle" diundi keluar dari program realiti yang disertai.

Hal ini mengejutkan pelbagai pihak. Lin Yu Chun terkeluar dari rancangan tersebut setelah juri kurang berpuas hati dengan persembahannya. Namun apa yang pasti nama perserta ini sudah cukup popular dan pasti untuk menjadi artis antarabangsa baginya kini boleh dicapai dengan mudah.

Video persembahan Lin yang di muat naik di laman Youtube telah mendapat tontonan lebih dari 4 juta dalam masa seminggun. Lin dikenali dengan "Little Fatty" di kalangan kawan - kawannya. Lin sudah pun mendapat jemputan untuk melakukan persembahan pentas, dan diundi keluar bukanlah penghalang untuk beliau terus menjejaki kai di industri muzik.

On Jumaat, 9 April 2010
1

Anda ingat lagi akan Susan Boyle yang kisahnya menjadi sensasi di laman sesawang Youtube beberapa tahun lepas?, kini seorang peserta dalam rancangan nyanyian di Taiwan pula menggegar laman sesawang Youtube.

Peserta tersebut yang bernama Lin Yu Chun juga dikenali sebagai "Chinese Susan Boyle". Video nyanyian yang dimuat naik di laman Youtube telah menerima 150000 tontonan dan mencapai carian di internet sebanyak 200% dalam masa 24 jam sahaja.

Lihat persembahan beliau dibawah ini:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...