Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label muat turun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muat turun. Papar semua catatan
On Jumaat, 4 Jun 2010
3



Jika anda suka memuat turun video - video dari laman - laman seperti 'Youtube','metacafe' dan dari sumber - sumber lain, anda mesti tahu tentang 'plugin' perisian mutimedia 'REAL PLAYER' iaitu 'Realplayer downloader'. Kegunaan 'plugin' ini adalah untuk memuat turun video - video di laman - laman web.

Bagusnya 'plugin' ini ianya diintegrasikan ke dalam pelayar sesawang anda seperti Firefox, Safari, Chrome dan IE. Untuk menggunakan 'plugin' ini anda mesti memuat turun perisian dari laman sesawang 'REAL PLAYER'. Klik gambar diatas untuk memuat turun dari laman utama perisisan ini.( Klik pada 'Get the Basic Player').

Untuk menggunakan 'plugin' ini, anda hanya perlu buka video dari laman yang ingin dimuat turun dan 'plugin' ini akan timbul pada sebelah kanan atas video tersebut, Klik pada 'plugin' untuk memuat turun. Lihat contoh gambar dibawah. Hanya semudah itu. Video anda akan disimpan dalam format .FLV.







On
0

Berapa kerap anda muat turun filem dari internet?, kali ni saya nak beri info pasal muat turun filem. Salah satu laman sesawang yang saya selalu layar untuk memuat turun ialah:-


Laman yang berupa blog diatas ini bukan sahaja menyediakan muat turun filem, malah siri - siri TV. Apa yang bagusnya kebanyakan muat turun hanyalah dalam satu 'link'. Klik gambar diatas untuk ke laman sesawang ini.


Satu lagi laman sesawang filem yang bagus ialah laman diatas ini, tetapi ianya bukan laman untuk muat turun tetapi lebih kepada 'streaming' seperti laman sesawang 'Youtube'. Laman ini menyediakan kemudahan tontonan untuk anda, satu filem tontonan mempunyai sekurang - kurangnya 2 'link' aliran atau 'streaming' video. Malah filem Upin & Ipin pun ada di laman ini. Klik gambar diatas untuk ke laman ini.

On Khamis, 22 April 2010
9

Anda penggemar drama dari Korea, Jepun, Taiwan dan TVB?, anda tidak harus melepaskan peluang untuk membaca post ini sebentar. Jika dalam post yang terdahulu saya ada menulis mengenai dua laman sesawang yang menyediakan tontonan secara dalam talian (streaming video), kali ini saya ingin mengesyorkan dua laman sesawang yang menyediakan muat turun. Apa yang menarik ia turut menyediakan muat turun untuk filem dan drama dari negara asia yang lain seperti Bollywood.

Laman yang dimaksudkan ialah Yellowcinema.com dan dlaznmovies.com. Kebanyakkan dan hampir keseluruhan fail video yang boleh dimuat turun di kedua - dua laman ini di letak pada host yang popular iaitu Megaupload. Kelebihan Megaupload ialah, pemuat turun boleh melihat dulu atau menonton video untuk memastikan kualiti video yang bakal dimuat turun. Namun kamu juga boleh terus menonton di Megaupload tanpa di muat turun.

Apa yang lebih menarik lagi, kedua - dua laman yang disebut menyediakan fail video dengan sekali muat turun tanpa bahagian - bahagian seperti fail yang dimuat naik ke Rapidshare, dan ini memudahkan pemuat turun untuk memuat turun dari satu episod ke satu episod yang lain. Sekian sahaja post saya untuk malam ini. Mari memuat turun.

Klik gambar pada link ini:- atau , atau klik paparan dua imej diatas.

p/s:- Tengah sakan muat turun video untuk drama Korea "You're Beautiful"

On Khamis, 8 April 2010
2

Filem ini bukannya sambungan bagi filem Avatar arahan James Cameron tetapi ia adalah sebuah filem yang diadaptasi dari siri animasi yang popular sekarang iaitu Avatar The Last Airbender, sering ditayangkan di saluran Nickelodeon dulu. Akan menemui penonton di pawagam Julai hadapan.

Filem ini telah menerima sentuhan kreativiti dari salah seorang pengarah tersohor iaitu M.Night Shaymalan ( The Happening ). Seperti biasa, adaptasi filem ini dilakukan di Hollywood dan pastinya ia memperkenalkan barisan pelakon dari sana. Sesuatu yang klise apabila ianya dilakukan disana.

Antara barisan pelakon utama untuk filem ini ialah Noah Ringer, Nicola Peltz, Jackson Rathbone, Dev Patel, Jessica Jade Andres, Aasif Mandvi, Shaun Toub, Cliff Curtis dan Keong Sim.

Antara sinopsis plot utama filem ini ialah:-

Dalam dunia ini terbahagi empat kerajaan iaitu Tanah, Api, Angin dan Air. Kebanyakkan penduduk di empat kerajaan ini dapat mempratikkan ilmu atau kuasa yang kerajaan mereka wakili. Malangnya salah satu kerajaan iaitu Api telah menyerang secara kejam kerajaan lainnya.

Selama berkurun hal ini berlaku tanpa tanda ianya akan berubah, tetapi ianya boleh diatasi apabila seorang Avatar muda muncul iaitu Ang ( Noah Ringer ). Avatar merupakan seseorang yang dapat menguasai keempat - empat kuasa dan semua perubahan terhadap peperangan yang berlaku terletak di atas bahunya.

Dengan bantuan Katara ( Nicole Pleitz ), seorang penduduk dari kerajaan Air bersama abangnya Sokka (Jackson Rathbone), Ang cuba menyelamatkan dunia ini dari kekejaman kerajaan Api. Apa yang pasti filem ini adalah pengenalan bagi anda, kerana sekuel pasti menuruti. Untuk ke laman sesawang utama filem ini klik gambar diatas.

Lihat teaser di bawah ini :-

On Selasa, 6 April 2010
0


Kalau sebelum ni aku ada memberitahu mengenai muat turun album percuma, kali ini aku nak cerita pula tentang laman sesawang untuk muat turun dan mendengar tidak lupa juga kod boleh diintegrasikan ke laman sesawang anda sendiri.

Laman yang saya maksudkan ialah laman sesawang MP3Raid. MP3Raid menawarkan kemudahan mencari lagu dari luar negara dan juga tempatan, selagi ianya di muat naik ke internet. Laman ini hanyalah laman mencari, dan lagu - lagu hasil carian di ambil dari hosting berlainan seperti dari 4Shared.

On
0

Salah satu laman muat turun yang aku gemari ialah laman sesawang MP3BOO. MP3BOO bukan sahaja menyediakan platform untuk pelawatnya memuat turun album artis - artis antarabangsa dengan percuma malah album tersebut juga mempunyai lagu - lagu penuh.

Kebanyakan album yang terdapat di MP3BOO adalah dari artis - artis terkenal yang hit buat masa ini. Contohnya Taylor Swift dan Lady GaGa.Untuk melayari MP3BOO, sila klik gambar diatas.

On Sabtu, 3 April 2010
0


Maher Zain, adalah antara penyanyi nasyid yang aku minat. Antara lagu - lagu yang aku minat ialah, 'For The Rest of My Life'.

Jarang kita dengar nama beliau disebut, kerana mungkin kurang publisiti yang dilakukan terhadap album beliau, dan aku sendiri baru 4 bulan mengenali lagu - lagunya. Dalam internet pun tak banyak sangat info pasal dia ni. Album beliau yang bertajuk 'Thank You Allah' mengandungi 15 lagu yang menyejukkan halwa telinga anda. Klik iklan disebelah untuk info yang lebih lanjut.

Maher Zain meminati muzik sejak kecil lagi, muziknya yang lebih moden mendekatkan lagi jiwa - jiwa orang muda untuk mendengar lagu yang berunsur nasihat dam islamik.'.
Lihat video di bawah untuk mendengar salah satu lagu dia yang terhangat sekarang!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...