Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label kongsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kongsi. Papar semua catatan
On Selasa, 6 April 2010
0



P88



iPAD


Syarikat pengeluar dari China Shen Zhen Great Loong Brother Industrial Co, iaitu sebuah syarikat pengeluar produk pengkomputeran yang kelihatan seperti iPad mendakwa iPad melakukan pengklonan terhadap produk mereka terdahulu iaitu P88. Lihat gambar diatas, rupa bentuk dua produk ini hampir sama.

P88 dilancarkan 8 bulan lebih awal daripada iPad, manakala iPad baru sahaja memasuki pasaran Isnin lalu. Seperti yang kita sedia maklum, selalunya pengklonan di lakukan oleh negara China sendiri, tetapi kini sudah terbalik!.

P88 lebih berat, lebih tebal dan harganya sedikit mahal berbanding iPad. Namun P88 mempunyai skrin yang lebih luas berbanding pesaingnya itu, tidak lupa juga mempunyai 'cpu' atau pemproses yang lebih pantas dan ruang memori yang lebih besar!.

On
0


Kalau sebelum ni aku ada memberitahu mengenai muat turun album percuma, kali ini aku nak cerita pula tentang laman sesawang untuk muat turun dan mendengar tidak lupa juga kod boleh diintegrasikan ke laman sesawang anda sendiri.

Laman yang saya maksudkan ialah laman sesawang MP3Raid. MP3Raid menawarkan kemudahan mencari lagu dari luar negara dan juga tempatan, selagi ianya di muat naik ke internet. Laman ini hanyalah laman mencari, dan lagu - lagu hasil carian di ambil dari hosting berlainan seperti dari 4Shared.

On Rabu, 31 Mac 2010
2




Lockerz.com lebih dikenali sebagai satu laman sesawang komuniti berasaskan jemputan. Apakah maksudnya?, ianya bermakna hanya mereka yang dijemput melalui email oleh ahli terdahulu sahaja boleh menyertai laman sesawang komuniti ini.

Ia merupakan satu laman sesawang yang menawarkan markah atau istilah laman ini 'pointz'. 'Pointz' ini boleh dikumpulkan dan sampai satu ketika ianya boleh ditukarkan dalam bentuk hadiah!. Maknanya laman ini akan memberi anda hadiah percuma berdasarkan jumlah 'pointz' yang dikumpulkan.

Menariknya laman ini, ia adalah percuma untuk disertai. Bagaimana mengumpul 'pointz' ini?. Bagi saya ia begitu mudah, iaitu:-

1. 2 'pointz' diberikan apabila anda 'login' setiap hari.

2. 2 'pointz' diberikan apabila anda menjawab soalan harian atau 'dailies'.

3. 2 'pointz' diberikan apabila anda menjemput orang lain menyertai.

4. 2 'pointz' juga diberikan apabila anda melihat video - video yang disediakan diruangan 'Play'.

5. Anda juga boleh menjemput orang lain, dan apabila jumlah jemputan anda mencapai 20 orang, anda layak mendapat 'Z-List'!.



Maknanya, setiap hari anda akan mendapat sekurang - kurang 4 'pointz' untuk dikumpulkan. Cukup menarik bukan?, ya, ianya cukup menarik bagi saya. Jika anda ingin menyertai laman ini, sila tinggalkan email anda diruangan komen di bawah 'post' ini. Saya akan segera menjemput anda, jika berkesempatan. Jika laman ini adalah laman 'scam', anda tidak akan rugi apa - apa kerana ianya percuma.

On
1

Untuk 'post' pertama di blog aku ni, aku nak kenalkan korang dengan satu laman sesawang enjin pencari yang terbaru, mylook.com. Jarang dapat kita lihat enjin pencari yang begitu mudah seperti google.com, dan kini mylook.com adalah saingan mereka.

Laman sesawang ini baru dilancarkan dalam awal tahun ini, yang menariknya mereka akan memberi kongsian atau 'share' bagi mereka yang berdaftar dan menggunakan pencari atau 'search' di laman mereka. Setiap nilai 'share' bernilai $0.22, dan kita akan diberi 'share' pada 5 carian pertama kita, iaitu 5 'share' x $0.22=$1.10!. Kira banyak la tu!.

Setiap hari hanya 5 carian pertama anda akan diberi 'share'. 'Share' ini akan dikumpulkan, dan sampai satu ketika ia akan diberi dalam bentuk dividen bulanan dalam nilai wang!. Menarik bukan?, dan dividen ini akan terus diberi selagi laman web ini masih berfungsi.

Apalagi anda tunggu, marilah berdaftar di laman web ini untuk mengumpul 'share' anda dari awal tahun ini, kerana mungkin laman web ini akan dikenakan bayaran untuk berdaftar di masa akan datang rebut peluang anda. Klik link dibawah ini atau digambar diatas.

http://mylook.com/join.php?x=19326

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...