Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label ipad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ipad. Papar semua catatan
On Ahad, 1 Ogos 2010
6


Samsung Galaxy S Tablet merupakan saingan baru kepada iPad yang dilancarkan oleh Apple awal tahun ini. Dilihat menyerupai seperti telefon pintar Samsung Galaxy S yang sebelum ini memberi saingan kepada pemasaran iPhone 4 diseluruh dunia dengan strategi perniagaan yang begitu ekstrem ( anda boleh rujuk pautan ini, Samsung Galaxy S Percuma! ), Samsung Galaxy S Tablet dilihat bakal memberi saingan yang sama dengan pemasaran iPad.

Seperti telefon pintar Samsung Galaxy S, tablet ini juga dijanakan oleh sistem operasi Google Android dan ianya bakal dilancarkan selewatnya bulan September 2010. Namun Samsung Galaxy S Tablet ini masih belum diberi nama yang lebih spesifik, mungkin ia akan mendapat nama yang ringkas seperti iPad untuk senang orang menyebut dan mengingat.

Samsung Galaxy S Tablet ini diberitakan mempunyai ketebalan yang sama dengan iPhone iaitu 0.37 inci, ia turut mempunyai paparan berdimensi 7 inci serta dilengkapi dengan spesifikasi sebuah telefon dengan dilengkapi slot untuk kad sim dan sambungan data 3G. Malah Samsung Galaxy S Tablet ini dibina dengan kamera hadapan untuk bualan video.

Spesifikasinya yang lain ialah, dilengkapi dengan WiFi, dikuasakan dengan pemproses A8 1.2GHz, 16 Gigabait memori dan juga slot untuk memori kad MicroSD sehingga 32 Gigabait. Seperti telah menjadi satu trend pada tahun ini untuk syarikat pembina komputer mengeluarkan tablet, kerana diberitakan HP, Lenovo, Asus, Toshiba dan Sony turut akan mengikut jejak yang sama seperti Samsung dan Dell yang mana pada akhir bulan Julai lalu melancarkan Dell Streak. Jangan lupa juga,

India turut mengeluarkan tablet pada harga yang murah iaitu sekitar USD 35! ( boleh rujuk pada pautan ini India's USD 35 Tablet PC ).

On Khamis, 10 Jun 2010
7

Iphone 4g
Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat pagi buat anda yang menyinggah disini. Pada 7 Jun 2010 yang lalu Steve Jobs memperkenalkan Iphone teknologi tekini iaitu iPhone 4G kepada dunia semasa WWDC 2010. WWDC 2010 disini membawa singkatan kepada The Apple Worldwide Developers Conferance yang bertindak sebagai perhimpunan pembagun industri teknologi yang melibatkan syarikat Apple. WWDC 2010 berlangsung selama 5 hari dari 7 Jun hingga 11 Jun 2010.
iPhone 4G sebelum ini menerima kontroversi apabila salah seorang dari pekerja syarikat Apple yang terlibat dalam pembikinannya kehilangan prototaip iPhone 4G, namun mereka bernasib baik kerana prototaip tersebut dijumpai kembali oleh seorann individu yang menjualkannya kepada kakitangan Gizmodo ( satu laman yang membuat ulasan dan memperkenalkan gajet – gajet terkini di internet ).
Buat peminat Iphone anda mungkin akan teruja dengan iPhone 4G, selain ia mempunyai teknologi terkini iaitu ia juga bertambah baik dari versi iPhone 3G yang sebelum ini. Menurut ulasan dari mereka yang terkenal dalam industri, memetik ulasan dari laman Ars Technica:

“ Adapun kelajuan, iPhone 4G lebih pantas. Namun sukar untuk melihat perbezaan antara iPhone $G dan iPhone 3G, tapi yang pasti ianya setara dengan iPad “ – Ars Tehnica
Untuk melihat iPhone 4G dengan lebih dekat mengenai spesifikasi sila klik di link ini dan anda akan dibawa ke laman sesawang yang berkaitan http://www.apple.com/iphone/, untuk melihat review video, lihat kebawah :-

On Selasa, 6 April 2010
0



P88



iPAD


Syarikat pengeluar dari China Shen Zhen Great Loong Brother Industrial Co, iaitu sebuah syarikat pengeluar produk pengkomputeran yang kelihatan seperti iPad mendakwa iPad melakukan pengklonan terhadap produk mereka terdahulu iaitu P88. Lihat gambar diatas, rupa bentuk dua produk ini hampir sama.

P88 dilancarkan 8 bulan lebih awal daripada iPad, manakala iPad baru sahaja memasuki pasaran Isnin lalu. Seperti yang kita sedia maklum, selalunya pengklonan di lakukan oleh negara China sendiri, tetapi kini sudah terbalik!.

P88 lebih berat, lebih tebal dan harganya sedikit mahal berbanding iPad. Namun P88 mempunyai skrin yang lebih luas berbanding pesaingnya itu, tidak lupa juga mempunyai 'cpu' atau pemproses yang lebih pantas dan ruang memori yang lebih besar!.

On Jumaat, 2 April 2010
2


Setelah menlancarkan 2 produk yang menerima sambutan hangat, kini 'Apple Inc' sekali lagi mengeluarkan lagi satu produk yang merevolusikan pengalaman melayari internet anda. Dikenali sebagai 'iPad', melayari internet tidak seperti dahulu lagi. Seperti memiliki mini laptop di tangan, ia bolehlah dikategorikan sebagai mikro komputer persendirian anda.

Dilengkapi dengan skrin sentuh, dan berdimensi skrin 9.7 inci serta seberat bawah dari 1 kg dan setebal 0.5 inci ianya senang untuk dibawa kemana - mana. Dengan 150 000 aplikasi yang boleh dimuat turun kedalamnya, serta boleh juga diintegrasikan dengan aplikasi yang sedia ada dalam 'iPhone' dan 'iPod' anda, ianya memang menjanjikan pengalaman layaran internet terbaru.

Produk in dijangkakan diperkenalkan pada umum pada 3 April 2010 ini, iaitu hari esok di Amerika Syarikat dan lewat bulan ini di sekitar pasaran antarabangsa. Klik gambar diatas untuk penerangan yang lebih lengkap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...