Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label duit. Papar semua catatan
On Sabtu, 17 Julai 2010
3



Ingin suara anda di dengari?, kalau ya apakata anda sertai laman komuniti 'YouthSays'. Laman ini bukan sahaja sekadar laman komuniti untuk pemuda - pemudi menutur pendapat malah ia lebih dari itu. Ia menyediakan platform yang menarik iaitu:-

  1. Tinjauan atau 'Surveys' yang boleh disertai, dan anda akan mendapat 'rewards' untuk setiap tinjauan.
  2. Pengiklanan atau 'Advertising' yang anda boleh kempenkan, dan yang lebih menarik, untuk setiap kempen komuniti anda akan diberi mata 'contribution' untuk setiap klikkan unik.
  3. Dan untuk kempen komersil anda akan diberi RM0.20 untuk setiap klikkan unik.
  4. Turut menyediakan pertandingan untuk disertai, dan hadiahnya cukup lumayan.
Sudah cukup teruja untuk menyertai komuniti ini?. Apa bagusnya laman ini turut mendukung semangat 'Satu Malaysia' untuk golongan muda 15 tahun hingga 35 tahun. Untuk menyertai klik 'screenshot' diatas.

On Selasa, 4 Mei 2010
3

atm-bank_main

Ini dia yang dicari - cari mesin ATM persendirian, apa yang menariknya ianya bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana - mana. Dibuat dengan saiz mini ianya sesuai menjadi perhiasan meja kerja anda, tapi ingat ATM mini bukannya sebagai hiasan semata - mata tetapi ianya berfungsi seperti mesin ATM yang lain, yang bezanya anda kenalah masukkan duit dahulu ke dalam mesin ATM mini ini dulu.

Apabila anda membeli ATM mini ini anda akan diberi satu kad, dimana anda boleh menetapkan no pin anda sendiri dan yang lebih menarik, setelah wang dikeluarkan ia turut memaparkan jumlah baki yang tinggal di skrin. Kira maam tabung digital la ni versi ATM. Dimana hanya anda yang mempunyai kad dan no pin saja yang boleh mengeluarkan wang tersebut, Kecualilah kalau pencuri tu terus bawa sekali mesin ATM tu!

Namun mesin ATM mini hanya boleh digunakan dengan matawang British iaitu Pound Sterling, huhuhu baru ingat nak beli buat hadiah untuk harijadi kawan tadi!

atm-bank_alt1

p/s:- Agak – agak beratnya ada satu tan tak? hehehe

On Rabu, 31 Mac 2010
2




Lockerz.com lebih dikenali sebagai satu laman sesawang komuniti berasaskan jemputan. Apakah maksudnya?, ianya bermakna hanya mereka yang dijemput melalui email oleh ahli terdahulu sahaja boleh menyertai laman sesawang komuniti ini.

Ia merupakan satu laman sesawang yang menawarkan markah atau istilah laman ini 'pointz'. 'Pointz' ini boleh dikumpulkan dan sampai satu ketika ianya boleh ditukarkan dalam bentuk hadiah!. Maknanya laman ini akan memberi anda hadiah percuma berdasarkan jumlah 'pointz' yang dikumpulkan.

Menariknya laman ini, ia adalah percuma untuk disertai. Bagaimana mengumpul 'pointz' ini?. Bagi saya ia begitu mudah, iaitu:-

1. 2 'pointz' diberikan apabila anda 'login' setiap hari.

2. 2 'pointz' diberikan apabila anda menjawab soalan harian atau 'dailies'.

3. 2 'pointz' diberikan apabila anda menjemput orang lain menyertai.

4. 2 'pointz' juga diberikan apabila anda melihat video - video yang disediakan diruangan 'Play'.

5. Anda juga boleh menjemput orang lain, dan apabila jumlah jemputan anda mencapai 20 orang, anda layak mendapat 'Z-List'!.



Maknanya, setiap hari anda akan mendapat sekurang - kurang 4 'pointz' untuk dikumpulkan. Cukup menarik bukan?, ya, ianya cukup menarik bagi saya. Jika anda ingin menyertai laman ini, sila tinggalkan email anda diruangan komen di bawah 'post' ini. Saya akan segera menjemput anda, jika berkesempatan. Jika laman ini adalah laman 'scam', anda tidak akan rugi apa - apa kerana ianya percuma.

On
1

Untuk 'post' pertama di blog aku ni, aku nak kenalkan korang dengan satu laman sesawang enjin pencari yang terbaru, mylook.com. Jarang dapat kita lihat enjin pencari yang begitu mudah seperti google.com, dan kini mylook.com adalah saingan mereka.

Laman sesawang ini baru dilancarkan dalam awal tahun ini, yang menariknya mereka akan memberi kongsian atau 'share' bagi mereka yang berdaftar dan menggunakan pencari atau 'search' di laman mereka. Setiap nilai 'share' bernilai $0.22, dan kita akan diberi 'share' pada 5 carian pertama kita, iaitu 5 'share' x $0.22=$1.10!. Kira banyak la tu!.

Setiap hari hanya 5 carian pertama anda akan diberi 'share'. 'Share' ini akan dikumpulkan, dan sampai satu ketika ia akan diberi dalam bentuk dividen bulanan dalam nilai wang!. Menarik bukan?, dan dividen ini akan terus diberi selagi laman web ini masih berfungsi.

Apalagi anda tunggu, marilah berdaftar di laman web ini untuk mengumpul 'share' anda dari awal tahun ini, kerana mungkin laman web ini akan dikenakan bayaran untuk berdaftar di masa akan datang rebut peluang anda. Klik link dibawah ini atau digambar diatas.

http://mylook.com/join.php?x=19326

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...