Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
On Selasa, 6 Julai 2010
11

smurf 3D

Assalamualaikum dan salam petang, rindu pada blog saya ni!. Rasanya dah hampir tiga minggu tidak membuat post baru diatas kesulitan yang di alami oleh talian streamyx, dan sekarang apabila streamyx sudah kembali ke landasan yang betul saya akan mula aktif menulis blog kembali ( hehehe macam ada yang perasan je blog aku tak update ). Baiklah, cukuplah sampai disini mukadimah ringkas yang terasa janggal untuk dibaca buat kali kedua. Mari kita terjah post pertama blog ini setelah lama bercuti dari alam blog ini.

Anda ingat dengan kartun Smurf?, sesiapa yang seusia dengan saya iaitu mereka yang lahir dalam tahun 80 an pasti mengenali kartun ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kartun Smurf ini rujuk pada laman wikipedia ini Kronologi Smurf.

Bagi mereka yang meminati kartun Smurf ini, ada berita baik untuk anda dimana kartun Smurf akan difilemkan dalam bentuk 3D dan bakal menemui anda di pawagam pada tahun 4 Ogos 2011 nanti.

Filem Smurf ini diterbitkan oleh sebuah syarikat perfileman yang tersohor iaitu Columbia Pictures ( Sony ) dan mendapat sentuhan arahan oleh Raja Gosnell yang sebelum ini pernah terlibat dalam produksi filem Beverly Hills Chihuahua ( 2008 ) dan filem Yours, Mine and Ours ( 2005 ).

Malah filem ini turut memperkenalkan bakat suara untuk karakter oleh mereka yang terkenal antaranya Katy Perry, Neil Patrick Harris, Jayma Mays, Sofia Vergara, Hank Azaria, Anton Yelchin, Jonathan Winters, Alan Cumming, Fred Armisen, George Lopez, Paul Reubens, John Oliver, Kenan Thompson, B.J. Novak, Jeff Foxworthy, Wolfgang Puck, Gary Basaraba dan Tim Gunn.

Untuk melihat dan mengetahui filem Smurf dengan lebih lanjut, klik pada link ini Smurfhappen dan pada imej diatas. Untuk melihat trailer dari Youtube, scroll ke bawah.


p/s:- I Feel Blue!

On Jumaat, 4 Jun 2010
5

Gulliver's Travels 2010 film

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda yang melayari di laman blog saya ini, dah agak lama saya tidak membuat post mengenai filem - filem baru yang bakal ditayangkan di pawagam. Selalunya asyik repost entry lama sahaja.

Kala ini saya ingin mengengahkan sebuah filem baru yang diberi tajuk Gulliver's Travels. Anda ingat lagi dengan kisah dongeng dari barat iaitu Gulliver's Travels?, saya pun ingat - ingat lupa namun berdasarkan rujukan saya di internet sebelum menulis post ini ialah kisah pengembaraan Gulliver ke dunia orang kenit, sekenit ibu jari!. Untuk maklumat rujuk link ini Gulliver's Travels di wikipedia.

Filem Gulliver's Travels ini diberi nafas baru dengan mengadaptasi suasana zaman sekarang dalam jalan ceritanya berbanding kisah dongeng yang lama. Masih menggunakan tajuk yang sama iaitu Gulliver's Travels tetapi kali ini dalam genre yang lebih santai iaitu komedi.

Filem ini menampilkan seorang pelakon komedi Hollywood yang terkenal sebagai watak utama iaitu Jack Black ( School of Rock, Nacho Libre, Kung Fu Panda ), dan dibantu oleh Emily Blunt ( The Wolfman ), Jason Segel ( Forgetting Sarah Marshall, How I Met Your Mother ), Amanda Peet ( The Whole Ten Yards, 2012 ) dan ramai lagi. Dihasilkan oleh Studio 20th Century Fox, filem ini diarahkan oleh Rob Letterman dimana sebelum ini beliau telah mengarah filem animasi Monsters VS Aliens, serta skrip adalah tulisan bersama oleh Nicholas Stoller ( penulis skrip Yes Man ) dan Joe Stillman ( penulis skrip Planet 51 ).

Antara plot utama dan sinopsis ringkas mengenai filem ini ialah:-

Kisah Gulliver diadaptasikan semula dalam dunia sekarang berdasarkan sebagai seorang kerani pejabat yang bertugas mengagih surat yang banyak cakap ( kena dengan perwatakan Jack Black ni! ) lakonan Jack Black. Pengembaraannya bermula apabila, Atas sesuatu keadaan yang di takdirkan Gulliver mendapati dirinya hanyut ke tepian pantai di sebuah pulau tersembunyi apabila melalui kawasan Segitiga Bermuda ketika menyelesaikan satu tugasan.

Pulau itu diberi nama Liliput dan disanalah Gulliver mendapati dirinya berada di kalangan orang - orang kenit, iaitu penghuni di Pulau Liliput. Gulliver pada mulanya dijadikan kuli untuk masyarakat Liliput untuk melakukan pelbagai kerja dan kemudiannya diangkat sebagai hero. Dalam pengembaraan ini memberi sedikit kesedaran pada Gulliver. Kira ada moral of the story la filem ni.

Akan menemui peminat penghujung tahun ini iaitu pada 22 Disember 2010 bersempena dengan cuti Krismas dalam format 2D dan 3D, untuk mengetahui dengan lebih lanjut klik imej poster di atas atau pada link ini GulliversTravelsthemovie.com namun masih belum ada update terbaru. Untuk melihat trailer, lihat paparan video di bawah:-

On Khamis, 13 Mei 2010
7

karate_kid

Anda ingat lagi dengan filem The Karate Kid yang menampilkan watak terkenal Mr. Miyagi lakonan Pat Morita dan watak utama Daniel Larusso lakonan Ralph Macchio?. Mesti masih ingat kerana ianya sebuah filem retro berkaitan dengan seorang remaja yang cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang suka membuli. Teringat babak dimana watak hero belajar karate dari Mr Miyagi dan mempratikkan ‘crane stance’ untuk memenangi pertandingan.

Namun bukan filem ini ingin saya ketengahkan tetapi sebuah filem baru yang menggunakan tajuk yang sama iaitu The Karate Kid versi 2010. Kebetulannya ia adalah remake untuk filem sebelum ini dengan jalan cerita yang sedikit berbeza.

Dihasilkan oleh Studio Columbia Pictures ( Sony ), diarahkan oleh Harald Zwart, penulisan skrip oleh Chris Murphy dan steve Conrad. Mengengahkan bintang oriental popular Jackie Chan disamping lakonan licik Jaden Smith iaitu anak kepada Will Smith dan juga memperkenalkan Taraji P.Henson.

Antara plot utama filem ini ialah, watak utama Dre Parker lakonan Jaden Smith mengikuti ibunya lakonan Taraji P.Henson bertukar tempat kerja dari Detroit ke Beijing. Di Beijing Dre jatuh hati pada rakan sekelasnya Mei Ying, tetapi budaya menyebabkan mereka sukar untuk berkawan walaupun Mei Ying turut menaruh perasaan yang sama. Pada yang sama Dre turut di buli disekolah oleh Cheng. Tanpa seorang kawan yang mengerti kesukaran yang Dre hadapi, dia bertemu dengan penjaga bangunan iaitu Mr. Han lakonan Jackie Chan dan seperti dalam filem terdahulu, Mr. Han merupakan seorang guru kungfu. Dan bermulalah episod plot seterusnya yang anda sudah dapat teka. Melihatkan pada trailer, filem ini dilihat begitu menarik, menggunakan plot utama yang sama tetapi jalan cerita cukup berbeza

Dijangka akan menemui penonton di pawagam awal Jun hadapan, diharap filem ini mendapat sambutan kerana ia merupakan remake dari filem yang berjaya diangkat keserata dunia. Apa - apa pun kita lihat sahaja nanti samada ada ia mampu memecah panggung.

Untuk ke laman utama filem klik sini The Karate Kid atau klik imej poster diatas. Lihat imej dari filem ini dan trailer di bawah ini:-

the-karate-kid-jackie-jaden

the-karate-kid-jackie-jaden1

p/s:- Walaupun filem ni tajuk The Karate Kid, tapi belajar Kung Fu ( pelik )

On Jumaat, 30 April 2010
6

babies-poster
Babies, sebuah filem yang digarap untuk mempertontonkan kehidupan empat bayi setelah dilahirkan ke dunia. Menyingkap kehidupan dari hari pertama bayi - bayi ini melihat dunia sehinggalah langkah pertama mereka. Ianya dihasilkan oleh Studio Filem Focus Features.
Diarahkan oleh pengarah yang berkaliber iaitu Thomas Balmes, dan idea asal oleh penerbitnya sendiri iaitu Alain Chabat. Filem ini adalah berkisar tentang empat bayi yang berbeza bangsa dan negara, gelagat mereka ini dirakam secara serentak dan akan dipaparkan dalam filem ini. Filem ini lebih merujuk kepada genre dokumentari kehidupan.
Ia mengenengahkan Ponijao, bayi yang berada di Opuwo, Namibia. Kemudian Bayarjargal yang tinggal di Bayanchandmani, Mongolia seterusnya Mari yang beraa di Tokyo, Japan dan yang terakhir Hattie yang berada di San Francisco, Amerika Syarikat.
Filem ini dilihat begitu universal kerana ianya memaparkan satu peringkat kehidupan yang semua orang pernah rasakan iaitu peringkat bayi, dimana pengembaraan kehidupan kita ini bermula.
Dijangka akan menemui penonton awal bulan Mei ini, untuk melihat berkenaan filem ini dengan lebih dekat lihat trailer filem di bawah ini:-

On Khamis, 22 April 2010
3

Filem Predator merupakan filem lakonan Arnold yang saya minati selain dari Terminator. Tapi disini bukan saya ingin bercerita mengenai Arnold, sebaliknya mengenai filem terbaru Predator yang akan menemui penonton di panggung wayang Julai akan datang.

Sejak filemnya yang pertama hingga filem terbaru yang sebelum ini iaitu Predator VS Aliens 2 plot jalan cerita pasti membuat kita tidak merasa bosan untuk menonton. Walaupun filem - filem
sekuelnya tidak menampilkan Arnold, ia tetap tidak menjadi masalah kepada peminat filem – filem Predator.

Berbalik pada filem terbaru Predator, filem ini dibintangi Adrien Brody sebegai teraju utama, Laurence Fishburne,Topher Grace, Alice Braga, Danny Trejo, Walton Goggins, Oleg Taktarov, Mahershalalhashbaz Ali dan Louiz Ozawa. Nimrod Antal pula diangkat sebagai pengarah untuk filem ini.

Antara plot utama filem ini, Adrien Brody memegang watak sebagai askar upahan yang terpaksa mengetuai sekumpulan perwira elit yang tidak boleh dianggap wira langsung oleh saya kerana mereka terdiri dari pembunuh upahan, ahli Yakuza, banduan dan juga skuad pembunuh, lalu dihantar ke sebuah planet yang asing bagi mereka, dan apa yang mereka sedari, mereka disana sebagai buruan yang akan diburu oleh Predator kelahiran baru!. Macam klise sahaja jalan ceritanya. Menarik atau tidak kita tunggu bulan Julai nanti.

Saksikan trailer filem ini dibawah ini, untuk ke laman utama filem klik poster diatas:-

On Selasa, 20 April 2010
6

GrownUps_1sht-550x814

Apa akan jadi jika lima pelakon komedi terkenal Hollywood berhimpun dalam satu filem?, pasti anda tidak akan kering gusi bila menontonnya. Filem terbaru yang dihasilkan oleh Columbia Pictures ( Sony ) yang bertajuk “Grown Ups” akan menemui penonton bulan Jun nanti.

Filem ini yang di bintangi oleh lima nama besar di Hollywood, iaitu Adam Sandler, Kevin James, Chris Rock, Rob Shneider dan David Spade. Turut membantu ialah Salma Hayek, Maria Bello dan Maya Rudolph, dan ianya diarahkan oleh Dennis Dugan ( juga mengarah filem I Now Pronounce You Chuck & Larry ).

"Grown Ups" mengisahkan tentang lima sahabat yang berkawan dari kecil bertemu semula setelah lebih 30 tahun tidak berjumpa di majlis memperingati jurulatih pasukan bola keranjang yang mereka sertai di zaman sekolah dahulu.

Dengan membawa keluarga masing - masing, mereka menghabiskan cuti hari kemerdekaan ( Fourth of July ) di sebuah rumah tasik yang pernah mereka pergi untuk meraikan kemenangan pasukan bola keranjang mereka dahulu. Mereka mula berkongsi cerita tentang apa berlaku dalam hidup masing - masing dan mereka temui, bahawa membesar dengan usia tidak bermakna yang mereka sudah matang. Untuk trailer lihat video di bawah.

p/s:- ni yang nak ajak kawan – kawan sekolah buat reunion ni

On Isnin, 12 April 2010
2


Masih ingat lagi dengan filem seram Nightmare on Elm Street yang menampilkan Freddy Krueger?, aku ingat lagi filem tu, siap ada filem Jason VS Freddy lagi. Kali ini filem Night of Elm Street akan sekali lagi menghantui di layar perak.

Filem pembikinan semula atau 'remake' Nightmare on Elm Street akan menemui penonton penghujung bulan April atau awal bulan hadapan. Mengenengahkan Samuel Bayer sebagai pengarah, filem ini mungkin menampilkan plot yang sama tetapi dari garapan yang berbeza.

Dibintangi oleh Jackie Earle Haley sebagai Freddy Krueger serta pelakon - pelakon lain seperti Rooney Mara, Kyle Gallner, Thomas Dekker, Kellan Lutz, Katie Cassidy dan Connie Britton, pastinya Freddy akan menghantui tidur mereka ini nanti.

Antara plot utama filem ini ialah:-

Sekumpulan remaja yang mempunyai persamaan akan dihantui oleh Freddy Kruger, dan kumpulan remaja ini akan terus berjaga dan tidak membenarkan diri mereka tertidur, kerana di Elm Street pasti Freddy Kruger akan memburu mereka di dalam mimpi!.

Adakah pembikinan semula ini akan daoat menyamai atau melebihi prestasi versinya yang sebelum ini?, sama - sama kita saksikan nanti. Hati - hati dalam tidur anda, lihat teaser filem dibawah ini, untuk ke laman utama filem klik gambar di atas:-

On Sabtu, 10 April 2010
3


Ada terbaca dekat laman sesawang utama Yahoo tempoh hari, menceritakan tentang sebuah filem berunsurkan homoseksual kemungkinan akan ditayangkan dalam beberapa bulan akan datang di Malaysia, dan yanng menjadi panasnya filem ini adalah buah tangan dari anak Malaysia sendiri!.

Arahan pengarah yang penuh dengan kontroversi dengan filemnya yang sebelum ini, Raja Azmi cuba memecah tradisi. Filem yang diberi tajuk Dalam Botol berkisar tentang hubungan sepasang lelaki renggang apabila salah seorang darinya melakukan pembedahan jantina. Idea dan skrip ini juga berdasarkan pengalaman kawan Raja Azmi sendiri.

Skrip ini telah pun dihantar ke Finas dan telah mendapat kebenaran lampu hijau untuk di filemkan tetapi tajuk asalnya perlu diubah, Tajuk sebelum ini ialah 'Anu Dalam Botol'. Tetapi yang pasti filem ini bakal mencetuskan kontroversi sekali lagi.

Dengan bermodalkan lebih $ 200 000, Raja Azmi berharap versi filem yang tidak di potong akan dapat ditayang di luar negara. Err... apa pendapat anda?

On Khamis, 8 April 2010
2

Filem ini bukannya sambungan bagi filem Avatar arahan James Cameron tetapi ia adalah sebuah filem yang diadaptasi dari siri animasi yang popular sekarang iaitu Avatar The Last Airbender, sering ditayangkan di saluran Nickelodeon dulu. Akan menemui penonton di pawagam Julai hadapan.

Filem ini telah menerima sentuhan kreativiti dari salah seorang pengarah tersohor iaitu M.Night Shaymalan ( The Happening ). Seperti biasa, adaptasi filem ini dilakukan di Hollywood dan pastinya ia memperkenalkan barisan pelakon dari sana. Sesuatu yang klise apabila ianya dilakukan disana.

Antara barisan pelakon utama untuk filem ini ialah Noah Ringer, Nicola Peltz, Jackson Rathbone, Dev Patel, Jessica Jade Andres, Aasif Mandvi, Shaun Toub, Cliff Curtis dan Keong Sim.

Antara sinopsis plot utama filem ini ialah:-

Dalam dunia ini terbahagi empat kerajaan iaitu Tanah, Api, Angin dan Air. Kebanyakkan penduduk di empat kerajaan ini dapat mempratikkan ilmu atau kuasa yang kerajaan mereka wakili. Malangnya salah satu kerajaan iaitu Api telah menyerang secara kejam kerajaan lainnya.

Selama berkurun hal ini berlaku tanpa tanda ianya akan berubah, tetapi ianya boleh diatasi apabila seorang Avatar muda muncul iaitu Ang ( Noah Ringer ). Avatar merupakan seseorang yang dapat menguasai keempat - empat kuasa dan semua perubahan terhadap peperangan yang berlaku terletak di atas bahunya.

Dengan bantuan Katara ( Nicole Pleitz ), seorang penduduk dari kerajaan Air bersama abangnya Sokka (Jackson Rathbone), Ang cuba menyelamatkan dunia ini dari kekejaman kerajaan Api. Apa yang pasti filem ini adalah pengenalan bagi anda, kerana sekuel pasti menuruti. Untuk ke laman sesawang utama filem ini klik gambar diatas.

Lihat teaser di bawah ini :-

On Rabu, 7 April 2010
0


Filem terbaru dari adaptasi permainan video, "Prince of Persia : The Sand of Time" akan ditayangkan kepada penonton lewat bulan Mei depan. Tapi aku berkobar nak buat laporan tentangnya sekarang sebab aku 'diehard fan' permainan video ni dulu. Satu - satunya permainan video yang aku berjaya habiskan main.

Terbitan kerjasama antara Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer Films ini diarahkan oleh Mike Newell dan dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal sebagai hero dan Gemma Arterton sebagai heroin ( tapi kalau ambil pelakon wanita Bollywood untuk filem ini baru kena dengan permainan video ).

Tapi yang pastinya plot ceritanya berlainan dengan apa yang kita mainkan di permainan video. Diharap adaptasi ini tidak akan menyimpang jauh dari plot utama seperti filem 'Dragon Ball' dulu, aku sanggup tengok separuh jalan je filem tu dulu.

Sinposis ringkas filem ini ialah:-

Dalam filem ini watak hero iaitu Prince lakonan Jake akan bergabung dengan watak Princess lakonan Gemma Arterton untuk menentang kuasa dalam usaha mereka mempertahankan sebatang pisau khazanah yang dapat memutarkan balik masa dan ia juga merupakan kunci untuk membuka sebuah alat yang membebaskan ribut pasir yang boleh memusnahkan dunia!.

Lihat trailer dibawah :-

On Isnin, 5 April 2010
0


IRON MAN akan kembali ke layar perak buat kali kedua, lagi hebat dan panas dari biasa!. Tak sabar rasanya nak tunggu filem ni keluar bulan depan di US ( kalau malaysia lewat sikit ni ) kalau yang pertama dulu aku dah tengok berpuluh kali, apatah yang sekuel ini.

Teringat aku masa tengok Hulk 2 dulu ada watak Tony Stark aka Iron Man ada muncul di penghujung cerita, apakah akan keluar filem Hulk vs Iron Man pula selepas ini.
Kembali kepada filem ini, filem baru mesti ada musuh baru.

Antara plot filem ini ialah, akan ada musuh baru yang diberi nama Whiplash lakonan Mickey Rourke. Seperti biasalah hero kita Iron Man aka Tony Stark lakonan Robert Downey Jr akan membinasakan musuh tersebut, hahahaha!.

Malas cerita panjang takut spoil plot nanti, nak tahu lebih lanjut klik poster filem diatas dan lihatlah teaser filem ini.

On Sabtu, 3 April 2010
0

DVD untuk filem Avatar arahan Jamaes Cameron akan menemui peminat 22 April ini, siapa tidak mengetahui tentang filem ini. Berjaya memecahkan rekod - rekod 'box-office' yang sebelum - sebelum ini termasuk filem terdahulu arahan James Cameron sendiri iaitu Titanic.

Walaupun filem ini berjaya di 'Anugerah Golden Globe', tetapi filem ini gagal meraih filem terbaik di 'Anugerah Academy Awards', sebaliknya filem 'Hurt Locker' berjaya meraihnya. Ironinya filem 'Hurt Locker' diarahkan oleh bekas isteri James Cameron sendiri iaitu Kathryn Bigelo.

Anda peminat filem Avatar?, anda pasti jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DVD filem ini. Apa yang lebih menarik, sementara menunggu tarikh 22 April ini, peminat boleh mereka rupa Avatar mereka sendiri!. Sila lihat dan klik gambar di bawah ini untuk mengetahuinya.



On
0

Salah satu filem animasi yang aku tunggu tahun ni ialah filem terbaru 'Shrek'. Dari yang pertama sampai yang ketiga aku memang 'follow' filem ni. Kini ia akan kembali untuk sekuel terakhir, rapi tak tahu la, kalau dapat sambutan hangat mungkin ada sambungan lagi!.

Dijangka akan menemui peminat lewat bulan May nanti di Amerika Syarikat, kalau kat malaysia mesti dalam pertengahan bulan 6 rasanya. Tajuk filem Shrek yang keempat ini ialah 'Shrek Forever After', dan yang paling best akan ada versi 3D dan mungkin ada yang 4D.

Benda yang aku paling suka pasal filem 'Shrek' ni, plot cerita yang kita tak boleh nak jangkakan. Lain yang kita fikirkan lain pula yang jadi. Sebagai peminat dan pengobsesi animasi aku memang ternanti - nantikan sekuel keempat ini. Tak sabar nak tunggu filem ni keluar?, tonton trailer bawah ni untuk mengubat kesabaran anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...