Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label 3d. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 3d. Papar semua catatan
On Jumaat, 16 April 2010
3


toy_story_3_poster-535x791

Siapa pernah tengok filem animasi Toy Story?, aku pasti hampir semua orang pernah tengok filem animasi Toy Story 1 & Toy Story 2. KIsah Buzz Lightyear dan Woody dengan kawan – kawan patung permainan yang lain.

Kini Disney & Pixar sekali lagi akan membawa kisah mereka ini kepada anda melalui filem animasi Toy Story 3. Kalau tak silap filem ini akan ditayangkan dalam bulan 6 nanti, dan tarikh tayangan di Amerika ialah pada 18 Jun hadapan.

Masih mengekalkan bakat suara utama dari artis terkenal seperti Tom Hanks, Tim Allen, Joan Cusask dan ramai lagi, filem ini turut mendapat sentuhan sutradara oleh pengarah Lee Unkrich dan Michael Arndt sebagai penulis skrip.

Nantikan di panggung wayang untuk menonton filem ini, tapi jangan tunggu sekarang sebab filem ni tayang pun bulan 6 nanti, lihat dibawah ini untuk trailer filem dan klik gambar diatas untuk ke laman filem animasi ini:-

On Sabtu, 3 April 2010
0

Salah satu filem animasi yang aku tunggu tahun ni ialah filem terbaru 'Shrek'. Dari yang pertama sampai yang ketiga aku memang 'follow' filem ni. Kini ia akan kembali untuk sekuel terakhir, rapi tak tahu la, kalau dapat sambutan hangat mungkin ada sambungan lagi!.

Dijangka akan menemui peminat lewat bulan May nanti di Amerika Syarikat, kalau kat malaysia mesti dalam pertengahan bulan 6 rasanya. Tajuk filem Shrek yang keempat ini ialah 'Shrek Forever After', dan yang paling best akan ada versi 3D dan mungkin ada yang 4D.

Benda yang aku paling suka pasal filem 'Shrek' ni, plot cerita yang kita tak boleh nak jangkakan. Lain yang kita fikirkan lain pula yang jadi. Sebagai peminat dan pengobsesi animasi aku memang ternanti - nantikan sekuel keempat ini. Tak sabar nak tunggu filem ni keluar?, tonton trailer bawah ni untuk mengubat kesabaran anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...