Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label technology. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label technology. Papar semua catatan
On Selasa, 1 Jun 2010
3



Jam loceng digital pertama di dunia yang berbentuk kepala robot ( kata laman sesawang tempat info ini diambil ) ini diberi nama Mr. Clock Radio. Hanya mempunyai kepala robot tanpa berbadan, bentuknya unik sekali.

Tidak seperti jam loceng yang lain, anda tidak akan dikejutkan dengan bunyi loceng yang tipikal tetapi lebih kepada bunyi orang bercakap atau kalau ingin lebih ekstrim seperti suara seorang jurulatih yang menjerit di telinga anda, jika anda tidak bangun setelah di beri amaran!. Pasti anda akan segera bangun ( ini barulah orang panggil 'Wake Up Call').

Fungsi yang lainnya pula ialah, ia akan menyebut waktu semasa, memberi reaksi mata dengan mengenyit dan berkedip terhadap cahaya atau gerakan, mempunyai AM / FM radio dan boleh juga disambungkan dengan ipod atau pemain mp3 anda. Menariknya!

On Selasa, 25 Mei 2010
5


Beza antara mengambil lesen kereta dan lesen juruterbang ialah, juruterbang mempunyai "flight simulator" untuk berlatih dan jika terhempas anda boleh mula semula. Bagi lesen kereta, tiada "driving simulator". Adakah sebab ini syarikat automobil Honda menghasilkan "driving simulator"?

Tapi apa yang pasti, "driving simulator" ini membuka mata kita dalam melaksanakan prosuder untuk mendapatkan lesen kereta. Mempunyai paparan tiga LCD lebar untuk memberi rasa realistik seperti cermin depan kereta. Ia turut mempunyai perisian untuk program pemanduan malam, pemanduan ketika berkabus / jerebu dan pemanduan di lebuh raya.

Namun simulator ini masih lagi baru dan ianya masih tidak boleh menandingi rasa sebenar membawa kereta dalam situasi yang sebenar. Simulator ini dijual dengan harga USD 66000 ( ni yang nak main PS2 pulak lepas ni ).


p/s:- Dapat satu ni, seminggu tak ngadap blog!

On Isnin, 19 April 2010
10



Siapa pernah tidur menekap di meja kelas masa zaman sekolah dulu?. Lagi - lagi mereka yang tinggal dekat asrama tidur masa kelas 'prep' malam, paling tidak pun mereka yang tidur menekap di meja pejabat waktu rehat tengahari. Anda mesti pernah merasa sindrom tangan kebas akibat menjadikan tangan sebagai bantal. Masih ingat lagi bukan?.

Tapi jangan bimbang, kerana hari ini saya akan beritakan satu bantal moden yang direka khas untuk mencegah kejadian tangan kebas dari berlaku. Lihat gambar diatas, anda faham maksud langkah pencegahan yang saya maksudkan. Bantal terkini yang berbentuk unik ini dikenali dengan nama "Arm Sleeper's Pillow", menyediakan lubang istimewa untuk anda melunjurkan tangan tanpa perlu merasa kebas selepas bangun dari tidur.

Menarik bukan?, tetapi harganya agak mahal untuk sebuah bantal iaitu USD99.95 atau RM314.04. Namun ianya bagus untuk kualiti tidur anda lagi - lagi di malam hari, dan mereka yang suka tidur menekap di meja.

P/S:- Kebas atau sesemut?, rasanya sama je kut!

On Khamis, 15 April 2010
3


Satu gajet yang menarik perhatian saya ketika sedang mencari idea di internet ialah "Porn Stick Detection". Berita baik kepada mereka yang ingin mencegah komputer mereka dari sebarang media yang melibatkan imej - imej lucah.

Direka khas oleh syarikat bernama Paraben dan berbentuk ringkas seperti usb drive yang biasa. Mempunyai perisian pengesanan imej yang mesra Windows, ianya mengambil masa 1.5 jam untuk mengesan 70 000 fail imej dan juga membuangnya dari komputer anda.

Menggunakan analisa algoritma melalui susuk muka, tona warna kulit, latar belakang imej, susuk tubuh dan lainnya serta ia boleh dipercayai 99%. Tetapi kekurangannya, gajet ini tidak dapat mengesan fail dalam format video. Klik salah satu gambar untuk ke laman utama.

On Rabu, 14 April 2010
3

Buat peminat telefon bimbit, Microsoft telah mengeluarkan sebuah telefom bimbit pintar atau smartphone yang dikenali dengan nama KIN. Dimana telefon ini direka khas buat mereka yang aktif dalam bersosial.

Dengan kerjasama Verizon Wireless, Vodafone dan Sharp Corporation, Microsoft akan memberi pengalaman baru buat pengguna telefon ini dengan pengenalan konsep Loop, Spot dan Studio. Dengan tercetusnya fenomena generasi yang ghairah bersosial, terutamanya dalam talian, melancarkan jenama dengan konsep ini adalah satu langkah perniagaan yang dilihat bijak.

Dua model telefon ini dikenalkan iaitu, KIN ONE dan KIN TWO. Keduanya menggunakan konsep "touchscreen" atau skrin sentuh dan papan kekunci yang mudah disimpan. Apa yang membezakan ialah ONE dilihat lebih kecil, sehingga anda boleh mengendalikannya dengan satu tangan manakala TWO pula lebih besar dari segi skrin, papan kekunci, mempunyai memori yang lebih besar, kamera beresolusi tinggi dan boleh merakam video dalam HD.Keduanya dilengkapi kamera iaitu, 5MP untuk ONE dan 8MP untuk TWO.

Sila lawati laman sesawang utama telefon ini dengan mengklik gambar diatas untuk melihat telefon in dengan lebih dekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...