Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label perisian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perisian. Papar semua catatan
On Ahad, 6 Jun 2010
4


Kali ni saya nak beritahu mengenai satu plugin untuk perisian pemain mp3 iaitu 'Winamp'. Kalau anda suka mendengar lagu di komputer tentu anda pernah menggunakan 'Winamp'. Plugin yang ingin saya ketengahkan disini ialah plugin untuk lirik. Kepada anda yang suka menyanyi sambil lihat lirik di komputer ini merupakan plugin yang sesuai buat anda.

Untuk memuat turun plugin ini sila klik gambar di bawah ini:-


Jikalau komputer anda tiada lagi perisian 'Winamp' sila klik gambar dibawah untuk memuat turun secara percuma dari laman sesawang utama 'Winamp':-

Bagusnya plugin ini, ianya bukan sahaja senang untuk mencari lirik, tetapi ianya secara autoamtik akan mencari semasa lagu di perisian'Winamp' dimainkan, tidak kiralah lagu tempatan atau antarabangsa, akhir kata selamat menyanyi!!

On Khamis, 15 April 2010
3


Satu gajet yang menarik perhatian saya ketika sedang mencari idea di internet ialah "Porn Stick Detection". Berita baik kepada mereka yang ingin mencegah komputer mereka dari sebarang media yang melibatkan imej - imej lucah.

Direka khas oleh syarikat bernama Paraben dan berbentuk ringkas seperti usb drive yang biasa. Mempunyai perisian pengesanan imej yang mesra Windows, ianya mengambil masa 1.5 jam untuk mengesan 70 000 fail imej dan juga membuangnya dari komputer anda.

Menggunakan analisa algoritma melalui susuk muka, tona warna kulit, latar belakang imej, susuk tubuh dan lainnya serta ia boleh dipercayai 99%. Tetapi kekurangannya, gajet ini tidak dapat mengesan fail dalam format video. Klik salah satu gambar untuk ke laman utama.

On Selasa, 13 April 2010
2


Dua hari lepas perisian azan dan doa dalam telefon bimibit dah tamat tempoh, perlu muat turun yang terbaru. Dah lama dah tak masuk laman utama perisian ini, pagi ni terlintas nak melayari laman tersebut. Terkejut sebab dah banyak perisian yang mereka letak dekat laman tersebut, dan semuanya adalah percuma.

Laman yang dimaksudkan ialah laman sesawang perisian islamik iaitu www.searchtruth.com. Laman ini menyediakan banyak perisian berunsurkan islam khas untuk telefon bimibit anda,dari "99 Allah Names", Doa, "Athan" dan pelbagai lagi. Selain itu ada juga perisian untuk komputer anda.

Apa yang menarik perhatian, kesemua perisian boleh disetkan ke Bahasa Melayu dan ianya sungguh mudah serta percuma. Selain itu laman ini turut menyediakan kod komputer untuk diletakkan ke laman sesawang biasa atau laman blog anda. Apa yang pasti ianya adalah percuma dan berkualiti!.

Perisian yang paling menarik perhatian aku ialah, "mobile Quran recital". Klik gambar diatas untuk ke laman sesawang utama perisian ini. Selamat muat turun!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...