Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label handset. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label handset. Papar semua catatan
On Sabtu, 22 Mei 2010
12

cellphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sari pati ayam berita penting. Mula – mula berita bosan…..

Selamat pagi semua, ketika ini saya dalam perjalanan ke Melaka atas urusan tertentu, jadi tidaklah dapat saya membalas lawatan. Tunggu petang atau malam ini Insya Allah saya akan membalas lawatan,

laptop

Diharap anda sihat pada pagi ini dan ceria selalu, pagi ini ingin saya berbicara mengenai Keperluan atau Kemahuan?. Seperti anda tahu dalam menuju zaman yang berteknologi tinggi dan era IT, kebanyakan gajet atau alat yang dulunya satu kemahuan telah menjadi keperluann.

Telefon bimbit misalnya, jika 10 tahun yang lepas ianya masih menjadi fenomena baru tetapi tidak sekarang. Hampir setiap orang mempunyai telefon sendiri. Begitu juga dengan komputer riba, hampir setiap dari mereka yang melanjutkan pelajaran akan memiliki sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

dslr

Trend terbaru dewasa ini ialah kamera DSLR, dimana ini membolehkan setiap orang mengekpresikan cabang artistik mereka. Tapi ianya masih dilihat sebagai satu kemahuan, siapa yang mampu tidak salah untuk memilikinya.

Tidak juga terkecuali dengan penggunaan internet, dalam dunia arus info hanya dihujung jari akses internet dilihat sebagai satu keperluan harian yang perlu di akses. Namun harus diingat jangan berlebih – lebih dalam melakukan sesuatu. Manfaatkan kemajuan dengan sebaiknya.

www


p/s:- Sekian post pendek pada pagi ini. Wassalam dan selamat sejahtera.

On Rabu, 14 April 2010
3

Buat peminat telefon bimbit, Microsoft telah mengeluarkan sebuah telefom bimbit pintar atau smartphone yang dikenali dengan nama KIN. Dimana telefon ini direka khas buat mereka yang aktif dalam bersosial.

Dengan kerjasama Verizon Wireless, Vodafone dan Sharp Corporation, Microsoft akan memberi pengalaman baru buat pengguna telefon ini dengan pengenalan konsep Loop, Spot dan Studio. Dengan tercetusnya fenomena generasi yang ghairah bersosial, terutamanya dalam talian, melancarkan jenama dengan konsep ini adalah satu langkah perniagaan yang dilihat bijak.

Dua model telefon ini dikenalkan iaitu, KIN ONE dan KIN TWO. Keduanya menggunakan konsep "touchscreen" atau skrin sentuh dan papan kekunci yang mudah disimpan. Apa yang membezakan ialah ONE dilihat lebih kecil, sehingga anda boleh mengendalikannya dengan satu tangan manakala TWO pula lebih besar dari segi skrin, papan kekunci, mempunyai memori yang lebih besar, kamera beresolusi tinggi dan boleh merakam video dalam HD.Keduanya dilengkapi kamera iaitu, 5MP untuk ONE dan 8MP untuk TWO.

Sila lawati laman sesawang utama telefon ini dengan mengklik gambar diatas untuk melihat telefon in dengan lebih dekat.

On Jumaat, 2 April 2010
0


'Google', pendahulu dalam laman sesawang enjin pencari telah mengeluarkan telefon mereka sendiri yang diberi nama 'Nexus One'. Rekabentuk yang bergaya dan moden, aku sendiri pun minat nak pakai, tapi kat Malaysia lambat lagi la nak sampai.

Dengar kata pemilik 'Blackberry' dan 'IPhone' pun dah gatal tangan nak guna 'Nexus One' ni. Untuk keterangan yang lebih lanjut tentangnya klik pada gambar di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...