Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
On Isnin, 24 Mei 2010
12

2247-access-d_article

Bagaimana ingin menghalang akses internet dari komputer anda untuk memasuki laman sesawang yang tidak sesuai?, saya ada caranya dan ianya tidak menggunakan sebarang perisian yang mahal. Ianya hanya menggunakan setting asas. Ikuti langkah dibawah ini ( cara ini hanya berfungsi untuk komputer yang menggunakan Windows OS ):-

1. Klik pada butang Start dan pilih menu Run. Kemudian taip teks ini diruangan Run:


notepad c:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts


2. Kemudian kamu akan dipaparkan dengan fail notepad yang mempunyai kod. Pergi ke akhiran fail dan tekan Enter, lalu taip kod dibawah ini:


127.0.0.1 www.unknown.com
127.0.0.1 www.unknown.com



- tukar www.unknown.com dengan alamat laman sesawang yang ingin dihalang contohnya seperti:


127.0.0.1 www.facebook.com ( hanya sebagai contoh )


3. Simpan atau save fail tersebut, dan cuba buka laman sesawang yang dihalang tadi. Kalau anda mengikut langkah yang betul ianya pasti boleh,

Untuk membenarkan balik akses ke laman sesawang yang dihalang, buka fail yang sama dan buang atau delete alamat yang ditaip daripada fail notepad tersebut.Kaedah ini sesuai untuk ibu bapa memantau penggunaan internet di kalangan anak – anak.



p/s:- Dengan cara begini anda boleh menghalang banyak laman sesawang yang tidak sesuai.

On Sabtu, 22 Mei 2010
12

cellphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sari pati ayam berita penting. Mula – mula berita bosan…..

Selamat pagi semua, ketika ini saya dalam perjalanan ke Melaka atas urusan tertentu, jadi tidaklah dapat saya membalas lawatan. Tunggu petang atau malam ini Insya Allah saya akan membalas lawatan,

laptop

Diharap anda sihat pada pagi ini dan ceria selalu, pagi ini ingin saya berbicara mengenai Keperluan atau Kemahuan?. Seperti anda tahu dalam menuju zaman yang berteknologi tinggi dan era IT, kebanyakan gajet atau alat yang dulunya satu kemahuan telah menjadi keperluann.

Telefon bimbit misalnya, jika 10 tahun yang lepas ianya masih menjadi fenomena baru tetapi tidak sekarang. Hampir setiap orang mempunyai telefon sendiri. Begitu juga dengan komputer riba, hampir setiap dari mereka yang melanjutkan pelajaran akan memiliki sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

dslr

Trend terbaru dewasa ini ialah kamera DSLR, dimana ini membolehkan setiap orang mengekpresikan cabang artistik mereka. Tapi ianya masih dilihat sebagai satu kemahuan, siapa yang mampu tidak salah untuk memilikinya.

Tidak juga terkecuali dengan penggunaan internet, dalam dunia arus info hanya dihujung jari akses internet dilihat sebagai satu keperluan harian yang perlu di akses. Namun harus diingat jangan berlebih – lebih dalam melakukan sesuatu. Manfaatkan kemajuan dengan sebaiknya.

www


p/s:- Sekian post pendek pada pagi ini. Wassalam dan selamat sejahtera.

On Rabu, 19 Mei 2010
6

images

Kisah menarik dari Kelantan. Pada 17hb Mei lepas, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melancarkan program "Internet Thoyyibah" yang mana ianya berfungsi sebagai sistem pengawasan dalam pelayaran internet.

Menarik bukan?. Kemudahan ini adalah kerjasama antara kerajaan negeri dan Syarikat Jaring Communications yang lebih dikenali dengan nama Jaring. Menurut Dr.Mohamad Awang Lah ( CEO bagi Jaring ), program ini akan mencegah pelayar internet dari memasuki laman - laman "blacklisted" dan hanya membenarkan laman - laman "whitelisted".

0921_C18

Dengan adanya program atau perkhidmatan ini, ibu bapa akan dapat memantau penggunaan internet di kalangan anak - anak dan untuk orang atasan kerajaan memantau pekerja bawahannya supaya sebarang penyalahgunaan internet dapat dicegah.

Apa pendapat anda tentang "Internet Toyyibah" ini.

p/s:- Artikel ini diolah dari laman sesawang BERNAMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...