Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan
On Jumaat, 23 Julai 2010
38

lembu

Sebuah syarikat di Sweeden yang bernama DeLaval mencipta satu mesin mandian atau cucian lembu automatik!. Ini adalah kerana dianggarkan pengeluaran susu yang dihasilkan dari lembu yang mandi adalah lebih tinggi kerana mesin mandian ini membantu memperbaiki sistem pengaliran darah dalam tubuh lembu dan mengelakkan penyebaran penyakit.

DeLaval telah menjual mesin mandian automatik ini lebih 30,000 unit hanya disekitar negara Sweeden dan akan cuba membawa produk ini ke pasaran antarabangsa terutamanya di UK terlebih dahulu. Jurucakap bagi syarikat DeLaval ini turut berkata, mesin mandian automatik ini menampakkan penambahan sebanyak 3.5 peratus pengeluaran susu dan menyatakan berus yang digunakan dalam mesin mandian automatik ini menyebabkan lembu lebih gembira, sihat dan produktif.

lembu1

Satu kajian dari Amerika Syarikat mengesahkan mesin ini menampakkan kebaikan untuk kesihatan lembu kerana ianya membantu pengaliran darah dalam tubuh lembu tersebut. Dan dengan ini ianya dapat mengelak pelbagai jenis penyakit yang sering menyerang lembu.

Anda juga boleh layari link ini DeLaval Swinging Brush untuk melihat mesin ini dengan lebih dekat dan terperinci dari segi spesifikasi dan penerangan.

p/s:- Cayalah lembu!, mooo sekali!.

On Jumaat, 9 Julai 2010
3

dyson city canister

Dyson City Canister merupakan sebuah mesin hampagas yang paling kecil pernah saya lihat. Pada pertama kali melihat Dyson City Canister, saya ingatkan ianya kasut robot kerana rupanya yang seakan – akan kasut!.

Dyson City Canister merupakan mesin hampagas yang dikeluarkan oleh syarikat Dyson yang terkenal dengan pembuatan alatan kebersihan rumah. Walaupun saiz mesin hampagas ini kecil namun ianya mempunyai kuasa sedutan yang kuat dan dibangukan dengan 275 bahagian – bahagian kecil!.

Namun harganya yang mahal menjadikan produk ini kurang mendapat liputan dimana harga jualannya ialah USD380, namun ianya sesuai untuk mereka yang mementingkan stail dan kualiti malah ianya bagus untuk menjimatkan ruang lagi – lagi jika anda tinggal di dalam rumah yang kecil.

Untuk melihat dengan lebih dekat anda boleh ke link ini Dyson City Canister, untuk melihat demo Dyson City Canister anda boleh lihat video yang diambil dari laman Youtube dibawah ini.

On Khamis, 3 Jun 2010
7

CALC-0003

Kolkulator pertama sumpamanya yang menggunakan kuasa air untuk dihidupkan!. Dikenali dengan nama Hyro Powered Calculator, ianya menggunakan tiga tiub air yang boleh ditukar ganti dengan air paip biasa.

Seperti yang anda dan saya belajar di kelas sains dahulu, tiga tiub yang berisi air tersebut mempunyai dua batang elektrod yang diperbuat dari aloi khas dan apabila dimasukkan kedalam air, hidrogen dan oksigen yang terdapat dalam air akan menghasilkan elektrik dari tindakbalas bahan kimia di dalam air tersebut.

Air di dalam tiub boleh ditukar selepas tiga bulam digunakan, dan apa yang menarik ianya mesra alam seperti kalkutor yang berkuasakan panel solar. Maklumat lanjut boleh diperolehi disini Hydro Powered Calculator.

On Rabu, 26 Mei 2010
3

teva_illum

Kisah Sandal Berlampu ( dengan nada Doraemon pecah suara nak jadi akil baligh ). Gajet yang sedikit tidak pratikal tetapi menarik untuk dibuat post mengenainya, iaitu Sandal Berlampu atau dikenali dengan nama Teva Illum Sandals. Dikelkuarkan oleh syarikat Teva dan ianya boleh di dapati di laman ini http://www.teva.com/.

Ini bukan yang kanak - kanak bawah 5 tahun pakai tu ya, yang tu kalau pijak ada lampu lepas tu ada bunyi - bunyian comel. Sandal ini lebih direka khas dengan mempunyai lampu ditengahnya seperti di dalam gambar diatas.

Menggunakan lampu LED, ianya boleh digunakan di waktu malam ketika lampu suluh tiada bateri. Malah ianya lebih pratikal dengan masyarakat kita yang selalu ingin ke surau atau masjid ketika ingin solat Maghrib, Isyak ataupun Subuh. Namun sekarang ramai yang pergi menaiki motor.

Dan adalah lebih baik anda membeli lampu suluh berbanding dengan membeli Teva Illum Sandals ini kerana harganya yang begitu mahal iaitu USD60 sepasang!, beli lampu suluh boleh dapat 60 biji dan terang pulak tu!.

p/s:- Macam - macam hal manusia ni, agak - agak ada ke yang nak beli?

On Sabtu, 22 Mei 2010
12

cellphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sari pati ayam berita penting. Mula – mula berita bosan…..

Selamat pagi semua, ketika ini saya dalam perjalanan ke Melaka atas urusan tertentu, jadi tidaklah dapat saya membalas lawatan. Tunggu petang atau malam ini Insya Allah saya akan membalas lawatan,

laptop

Diharap anda sihat pada pagi ini dan ceria selalu, pagi ini ingin saya berbicara mengenai Keperluan atau Kemahuan?. Seperti anda tahu dalam menuju zaman yang berteknologi tinggi dan era IT, kebanyakan gajet atau alat yang dulunya satu kemahuan telah menjadi keperluann.

Telefon bimbit misalnya, jika 10 tahun yang lepas ianya masih menjadi fenomena baru tetapi tidak sekarang. Hampir setiap orang mempunyai telefon sendiri. Begitu juga dengan komputer riba, hampir setiap dari mereka yang melanjutkan pelajaran akan memiliki sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

dslr

Trend terbaru dewasa ini ialah kamera DSLR, dimana ini membolehkan setiap orang mengekpresikan cabang artistik mereka. Tapi ianya masih dilihat sebagai satu kemahuan, siapa yang mampu tidak salah untuk memilikinya.

Tidak juga terkecuali dengan penggunaan internet, dalam dunia arus info hanya dihujung jari akses internet dilihat sebagai satu keperluan harian yang perlu di akses. Namun harus diingat jangan berlebih – lebih dalam melakukan sesuatu. Manfaatkan kemajuan dengan sebaiknya.

www


p/s:- Sekian post pendek pada pagi ini. Wassalam dan selamat sejahtera.

On Khamis, 13 Mei 2010
5

ironman2

Sana – sini filem Iron Man 2 tengah memecah panggung termasuklah di Malaysia sekali, bersempena dengan itu Tyme Machine mengeluarkan USB Thumb Drive berupa bentuk Iron Man. Begitu menarik perhatian lagi - lagi buat saya yang memang meminati Iron Man dari filem pertama lagi.

Ia dihasilkan dengan rupa 3D yang datang dalam pelbagai saiz kapasiti, iaitu 4GB, 8GB dan 16GB. Apa yang kurangnya, lampu hanya menyala jika ianya disambung pada soket USB komputer anda. Seperti mana Iron Man, lampu itu menjadi simbol pada reaktor tenaga nuklear yang terdapat di dada Tony Strak di dalam filem. Dijual dengan harga USD35 untuk 4GB, USD45 untuk 8GB dan USD60 untuk 16GB.

cullen

USB Thumb Drive ini pula ialah untuk peminat filem trilogi Twilight, memaparkan lencana atau jata keluarga Cullen. USB ini turut dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Turut dijual dengan kapasiti dan harga yang sama seperti USB Thumb Drive Iron Man tadi.

Untuk informasi lebih lanjut dan dimana ingin mendapatkannya klik pada link ini TYMEMACHINES.

On Rabu, 12 Mei 2010
5

mug

Selamat awal pagi buat anda di hari Rabu ini. Gajet yang ingin saya perkenalkan ini dikenali sebagai kole yang menunjukkan suhu dan sesuai untuk penggemar minuman panas seperti kopi misalnya, boleh didapati di kedai dalam talian Art Lebedev, dijual dengan harga USD28.

Ciri menarik kole ini ialah, ianya mempunyai sensor yang boleh mengesan suhu yang melebihi 36 darjah celcius dan bagus untuk anda melihat air minuman masih panas atau tidak. Kole ini direka oleh Iskandar Mukhamadeyev dari Jerman dan ianya diperbuat dari seramik dan mempunyai kapasiti isipadu untuk 300 ml dan bersaiz 10.5cm x 10cm x 12cm.

Menarik bukan?, walaupun ianya kelihatan kurang pratikal kerana ia tidak mengekalkan suhu tetapi rupanya yang mempunyai stail menjadikan ianya menarik untuk dijadikan hadiah. Gambar dibawah menunjukkan perbezaan antara apabila air panas dan air sejuk dimasukkan ke dalam kole ini.

cup-idea

p/s:- Ada sesiapa nak bagi hadiah kole ini dekat saya?, hehehehe

On Isnin, 10 Mei 2010
4

electronicpetfeeder

Selamat petang di hari Isnin, pernah atau tidak anda pergi bercuti dan meninggalkan binatang peliharaan anda degan jiran untuk menjaganya buat beberapa hari?, mungkin ada yang pernah. Tapi anda pastikah yang jiran anda mengambil tahu perihal makan minum binatang peliharaaan anda itu seperti mana yang anda kehendaki? ( jiran - jiran jangan marah aaa ).

Satu kerisauan yang selalu saya dan anda fikirkan ialah tentang pemakanan, kalau tiada jiran takkan nak pergi bercuti bawa binatang peliharaan kan?. Maka disini dengan sukacitanya ingin saya memperkenalkan satu gajet untuk binatang peliharaan anda ( khas untuk haiwan ya, bukan
manusia ) iaitu mesin makanan automatik ( dengan nada pengenalan Doraemon ) atau dalam bahasa komersilnya ialah Precise Portion Electronic Pet Feeder.

Precise Portion Electronic Pet Feeder boleh memuatkan hampir 5kg makanan dalam bentuk bijiran kering. Namanya pun automatik, maka anda sebagai tuan boleh mengehadkan jumlah makanan dan berapa kalikah makanan akan dikeluarkan.

Precise Portion Electronic Pet Feeder ini disertakan dengan paparan LCD dan dikuasakan oleh tiga biji bateri bersaiz D. Sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa dan suka terlupa nak bagi binatang peliharaan makan macam saya, hehehehe. Untuk penerangan yang lebih lanjut klik sini www.hammacher.com.

kucing

p/s:- Kelas biantang sekarang, diorang sekarang pun ada gajet best - best!.

On Rabu, 5 Mei 2010
12

14905


Sainstis dari Kazakhstan yang berpusat di Pusat Kebangsaan Bioteknologi Kazakhstan mendakwa mereka telah merekacipta satu alat yang berupa seperti kayu pengukur pengesan kehamilan untuk mengesan kandungan molekul babi.

Ini adalah berita baik bukan sahaja buat umat Islam di Kazakhstan malah buat seluruh penganut Islam di serata dunia termasuklah Malaysia sendiri. Langkah penciptaan ini diambil kerana, di Kazakhstan kebanyakan restoran menggunakan daging babi untuk hidangan pelanggan tanpa pengetahuan mereka atas dasar daging babi dijual murah berbanding daging halal. Ini sungguh meresahkan bagi pelanggan yang beragama Islam.

Kayu pengukur ini berfungsi dengan menunjukkan aras warna yang tertentu apabila ia terdedah pada molekul yang hanya terdapat dalam babi. Ia menggunakan tisu otot babi untuk tujuan pengesanan. Para saintis yang terlibat turut datang ke Moscow untuk tujuan pengujian dan juga membangunkan kayu pengesan babi tersebut.

Masalahnya, adakah kayu pengesan ini turut dapat mengesan bahan kimia yang diekstrak dari daging babi dan diletakkan dalam makanan - makanan lain. Contohnya seperti gelatin dan minyak babi?. Jika ia tidak, para saintis di Kazakhstan harus megambil berat hal ini dan disertakan dalam penyelidikan mereka.

Namun satu perkara yang saya pasti, selepas ini para pengusaha restoran tidak akan dapat menipu lagi. Diharap produk ini dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

rujukan artikel : eurasia,net, reuters, megapolis.kz, BH online, gambar dari megapolis.kz

p/s:- Alhamdulillah, satu lagi produk yang membantu umat Islam.

On Jumaat, 30 April 2010
1

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students-3
“ Syoknya kalau dapat tidur tengah hari ni, malam tadi penat buat blog walking sampai tak cukup tidur!. Sudahnya sampai tempat kerja belum sampai tengah hari mata dah kuyu minta kepala di sorongkan bantal ”. Anda pernah mengalami keadaan ini?. mesti ada yang pernah bukan?.
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu gajet yang saya rasakan begitu berguna, ianya ialah loceng anti tidur (dengan nada perkenalan kisah Doraemon) atau nama sebenar gajet ini ialah Anti Sleep Alarm. Dari nama sahaja tentu anda sudah tahu apa gunanya kan?.

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students
Gajet ini amat berguna untuk anda memuat sentiasa terjaga terutamanya semasa memandu kereta, bekerja atau sedang mengawasi sesuatu. Anti Sleep Alarm telah direka oleh Chinavasion, iaitu sebuah syarikat elektronik dari China (Asia mari!). Bentuknya yang seakan Bluetooth Headset amat pratikal sekali dengan tujuan perekaannya.
Mengikut keterangan saksi, eh bukan. Mengikut keterangan mengenai produk ini, ianya mempunyai sensor yang dapat mengesan pergerakan kepala dimana jika anda terlalu mengantuk sehingga tidak mampu membuka mata dan cuba untuk merehatkan kepala ke bawah dan menyebabkan kepala anda berada di luar kawasan sensor, loceng Anti Sleep Alarm ini akan berbunyi.
Jadi jika anda membawa kereta, adalah teman setia yang bakal mengejutkan anda. Jangan terkejut sangat hingga membawa kepada kemalangan sudah!

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students-2

p/s:- Rasa - rasanya kalau diwajibkan penggunaan Anti Sleep Alarm ini sewaktu musim perayaan, boleh kurangkan statistik OPs Sikap tak?

On Khamis, 29 April 2010
2

Baju idaman semua pemain gitar ialah baju ini. Unik sekali kerana anda boleh bermain gitar menggunakannya!. Dibuat khas untuk mereka yang memang tidak dapat berenggang dari gitar.

rock_guitar_shirt_closeup

guitarshirt

Direka khas oleh ThinkGeek, ia dijual dengan harga USD29.99, lihat demo gitar dibawah ini:-


p/s:- Mana nak cari kat Malaysia?

On Selasa, 27 April 2010
6

Zaman sekarang setiap orang mesti memiliki sekurang – kurangnya satu USB Thumb Drive, saya sendiri mempunyai lebih dari lima. Kalau dulu 256MB berharga RM200++, sekarang 16 Giga boleh didapati bawah RM100.

Disini saya paparkan beberapa buah USB Thumb Drive yang unik dan jarang kita lihat ianya dijual dikedai – kedai komputer sekitar Malaysia. Antaranya :-

canon-5d-markii-flash-drive-300x220

- Siapa yang berangan nak ada DSLR, beli je nak ni dulu.


Lego-USB-Flash-Drive-300x226

- USB Thumb Drive Lego


transformers-usb

- Transformer!, mesti beli kalau jumpa.


transformers-usb-drive

- Decepticon, pn mesti beli kalau jumpa!


usb_alien_monster-300x217

- Alien!


usb_grenade_flash_drive-300x293

- Fire in the holes, Kaboom!


usb_peg

- Retro tu sepit baju!


USB-Flash-Drive-Finger-300x224

- Baru betul "thumb" drive!


usb-mini-cooper-300x175

- Tak mampu beli yang betul, beli je yang ni dulu.


Menarik bukan?, Yang paling menarik perhatian saya ialah yang berbentuk jari dan kamera Canon.

p/s:- Yang bentuk jari tu, baru betul – betul USB Thumb Drive!

On Ahad, 25 April 2010
11


mug1

Tengah seronok baca berita di internet, tiba - tiba saya terserempak dengan satu laman sesawang yang memaparkan gajet ini. Agak unik dan ianya sesuai untuk penggemar minuman panas dan malas untuk menggodak air menggunakan sudu (senang cerita malas nak kotorkan sudu la ni, atau pun memang pemalas!).

mug3

Gajet yang merupakan sebuah kole ini dikenali sebagai Self Stirring Lazy Mug ( Kan dah cakap, dari nama pun dah tahu "Kole Malas nak Kacau Sendiri" ). Produk ini direka oleh Plain Lazy untuk digunakan bagi penggemar kopi, teh, minuman coklat atau minuman yang melibatkan godakan (betul ke perkataan tu).

mug2

Kole ini dikuasakan dengan bateri dan ia boleh mengekalkan suhu panas air anda dalam tempoh yang lama. Ukuran dimensi untuk kole ini ialah 9cm X 11cm X 11cm dan seberat 200 gram (berat jugak tu!).

Ianya boleh dibeli melalui laman ini dengan harga GBP9.99 atau RM48++. Lihat demo video dibawah ini:-

p/s:- Kata – kata dekat badan kole ni yang best, “Make Tea Not War”.

On Selasa, 13 April 2010
1


Ding - dang datang lagi dengan permainan....hehehe tiba tiba teringat dekat iklan ding - dang. Tengah melayari tentang 'gajet' terkini aku terjumpa pulak dengan alat ni. Ingatkan mesin hampagas terbaru rupa - rupanya, tandas binatang peliharaan.

Dikenali dengan nama 'Bionaire Odor Grabber Litter Box', Ianya pasti menyenangkan tuan punya kucing yang tinggal di kawasan apartment atau kondo dari bau bahan pembuangan yang tidak diingini berbanding dengan bekas najis kucing yang konvensional.

Tandas binatang peliharaan ini mempunyai penapis udara terbina dalaman yang memerangkap
bau yang tidak diingini dari dihidu, pastinya ia menyenangkan hidup tuan binatang peliharaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...