Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label selipar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selipar. Papar semua catatan
On Rabu, 26 Mei 2010
3

teva_illum

Kisah Sandal Berlampu ( dengan nada Doraemon pecah suara nak jadi akil baligh ). Gajet yang sedikit tidak pratikal tetapi menarik untuk dibuat post mengenainya, iaitu Sandal Berlampu atau dikenali dengan nama Teva Illum Sandals. Dikelkuarkan oleh syarikat Teva dan ianya boleh di dapati di laman ini http://www.teva.com/.

Ini bukan yang kanak - kanak bawah 5 tahun pakai tu ya, yang tu kalau pijak ada lampu lepas tu ada bunyi - bunyian comel. Sandal ini lebih direka khas dengan mempunyai lampu ditengahnya seperti di dalam gambar diatas.

Menggunakan lampu LED, ianya boleh digunakan di waktu malam ketika lampu suluh tiada bateri. Malah ianya lebih pratikal dengan masyarakat kita yang selalu ingin ke surau atau masjid ketika ingin solat Maghrib, Isyak ataupun Subuh. Namun sekarang ramai yang pergi menaiki motor.

Dan adalah lebih baik anda membeli lampu suluh berbanding dengan membeli Teva Illum Sandals ini kerana harganya yang begitu mahal iaitu USD60 sepasang!, beli lampu suluh boleh dapat 60 biji dan terang pulak tu!.

p/s:- Macam - macam hal manusia ni, agak - agak ada ke yang nak beli?

On Jumaat, 23 April 2010
1

kennart_blair1

Saya terbaca satu berita lama semalam yang menarik perhatian, iaitu ribuan selipar akan menyambut kedatangan Tony Blair ke Malaysia. Siapa Tony Blair?, anda kenal?. Beliau merupakan bekas perdana menteri Britain.

Berita dari Bernama semalam menyatakan, ribuan selipar bakal menyambut kedatangan Blair jika beliau berani menjejakkan kaki di bumi Malaysia minggu ini. Datuk Ibrahim Ali, presiden bagi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengeluarkan kata - kata ini berikutan kunjungan Blair ke negara ini.

Disertai dengan lebih 50 wakil dari badan bukan kerajaan (NGO), Ibrahim menyeru supaya NGO yang lain turut menyokong kata - katanya dengan membuat hebahan di 'facebook' dan 'twitter' dan membuat bantahan terhadap lawatan Blair itu nanti.

Blair akan berkunjung ke Malayasia untuk berucap di sebuah kongress perniagaan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang diberi nama Succes Recources Company pada tanggal 24 April ini. Tindakan Perkasa ini turut mendapat sokongan dari pengerusi Organisasi Keamanan Global Perdana (Perdana Global Peace Organisation PGPO) iaitu Tun Dr Mahathir.

Tindakan menyambut Blair dengan selipar ini adalah kerana, Blair merupakan sekutu yang berkerjasama dengan kerajaan Amerika semasa perang di Iraq tahun 2003 lalu, dimana perang itu mengorbankan lebih dari satu juta nyawa rakyat Iraq.

Badan bukan kerajaan yang menyokong perihal ini turut memujuk syarikat yang menjemput Blair ke Malaysia untuk menarik balik undangan dengan petisyen yang ditandatangan secara talian di yang dibuka semenjak minggu lepas. Jadi apa lagi, mari kita tanda tangan petisyen!, klik link yang disebut atau gambar dibawah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...