Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label sleep apnea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sleep apnea. Papar semua catatan
On Khamis, 27 Mei 2010
2


Rasanya awal bulan lepas semasa menonton TV3, hati saya tertarik dengan tajuk yang di bincang dalam program Wanita Hari Ini, iaitu "Dengkur". Namun bukan itu yang ingin saya tuliskan tetapi salah satu penyebab dengkuran iaitu "sleep apnea". "Sleep apnea" merupakan satu gangguan tidur dimana, apabila seseorang itu mengalami masalah pernafasan ketika tidur iaitu bernafas secara pendek dan nafas terhenti tiba - tiba.

Nafas yang terhenti ini boleh berlaku dalam sela masa dari beberapa saat dan membawa kepada beberapa minit. Ia berlaku 5 hingga 30 kali dalam sejam. Selepas itu nafas akan menjadi seperti biasa, tetapi kadang - kadang ianya akan disertai dengan dengkuran yang kuat.

Keadaan "sleep apnea" sering berlaku 3 kali atau lebih dalam seminggu. Seseorang itu akan mengalami tidur yang tidak lena kerana akan terjaga dengan tiba - tiba apabila otak menerima isyarat tubuh tidak mendapat oksigen dan cepat - cepat menyedarkan anda dari tidur, maka seseorang itu tidak dapat tidur dengan lena.

Ini akan menyebabkan mereka yang mengalami "sleep apnea" tidak mendapat kualiti tidur yang sepatutnya dan akan merasa letih di siang hati, dan "sleep apnea" juga adalah penyebab rasa mengantuk yang terlebih di siang hari.

"Sleep apnea" tidak dapat didiagnosis kerana "sleep apnea" tidak dapat dikesan ketika seseorang penderita itu dalam keadaan sedar. Juga tiada ujian darah untuk "sleep apnea".

Kebanyakan mereka yang mengalami keadaan ini sendiri tidak menyedarinya, namun ahli keluarga atau pasangan tidur mereka mungkin dapat mengenalpasti tanda - tanda "sleep apnea" terhadap si penderita.

Antara penyebab ganggguan "sleep apnea" ialah:-
  • Kegemukan
  • Sumbatan pada hidung, tekak, contohnya pembengkakkan tonsil
  • Mengambil alkohol sebelum tidur
  • Masalah hormon dan kelenjar tiroid yang besar
  • Merokok
  • Ubat seperti pil tidur dan ubat penenang
Sleep apnea yang tidak dirawat akan menyebabkan:-
  • Risiko tekanan darah naik
  • Stork
  • Obesiti
  • Diabetis
  • Risiko kegagalan jantung
  • Degupan jantung yang tidak menentu


p/s ;- Untuk keterangan lanjut mengenai sleep apnea lawati laman sesawang ini http://www.myhealth.gov.my/

On Jumaat, 30 April 2010
1

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students-3
“ Syoknya kalau dapat tidur tengah hari ni, malam tadi penat buat blog walking sampai tak cukup tidur!. Sudahnya sampai tempat kerja belum sampai tengah hari mata dah kuyu minta kepala di sorongkan bantal ”. Anda pernah mengalami keadaan ini?. mesti ada yang pernah bukan?.
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu gajet yang saya rasakan begitu berguna, ianya ialah loceng anti tidur (dengan nada perkenalan kisah Doraemon) atau nama sebenar gajet ini ialah Anti Sleep Alarm. Dari nama sahaja tentu anda sudah tahu apa gunanya kan?.

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students
Gajet ini amat berguna untuk anda memuat sentiasa terjaga terutamanya semasa memandu kereta, bekerja atau sedang mengawasi sesuatu. Anti Sleep Alarm telah direka oleh Chinavasion, iaitu sebuah syarikat elektronik dari China (Asia mari!). Bentuknya yang seakan Bluetooth Headset amat pratikal sekali dengan tujuan perekaannya.
Mengikut keterangan saksi, eh bukan. Mengikut keterangan mengenai produk ini, ianya mempunyai sensor yang dapat mengesan pergerakan kepala dimana jika anda terlalu mengantuk sehingga tidak mampu membuka mata dan cuba untuk merehatkan kepala ke bawah dan menyebabkan kepala anda berada di luar kawasan sensor, loceng Anti Sleep Alarm ini akan berbunyi.
Jadi jika anda membawa kereta, adalah teman setia yang bakal mengejutkan anda. Jangan terkejut sangat hingga membawa kepada kemalangan sudah!

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students-2

p/s:- Rasa - rasanya kalau diwajibkan penggunaan Anti Sleep Alarm ini sewaktu musim perayaan, boleh kurangkan statistik OPs Sikap tak?

On Rabu, 28 April 2010
3


Selamat malam buat anda, malam in saya ingin menulis satu lagi post berkaitan dengan tidur. Ia bukannya post mengenai tips tidur atau mengenai post gangguan tidur seperti post saya yang sebelum - sebelumnya.

Kali ini saya ingin menulis pula mengenai apakah faedahnya yang kita dapat jika kita tidur dengan cukup dan lena. Diketahui umum tidur diperlukan untuk merehatkan badan kita apabila sudah sehari suntuk bekerja, dan pada masa tidurlah tubuh kita dapat berehat dengan total.

Disediakan 5 faedah yang diperolehi melalu tidur yang cukup, antaranya:-
  1. Tidur yang cukup dapat mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung serta merendahkan kadar stress di dalam tubuh, Dimana ianya perlu untuk menghindarkan diri dari penyakit - penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, diabetis, atritis, tekanan melampau dan kanser.
  2. Tidur mengurangkan hormon stress, dimana ini membantu menghasilkan sel baru tubuh dan memanjangkan usia organ tubuh.
  3. Tidur turut meningkatkan memori dan fungsi kognitif tubuh. Apabila kamu tidur, memori ingatan dan kemahiran organisasi anda dapat dikekalkan keupayaan. Manakala apabila kamu tidak mendapat tidur yang cukup, fungsi - fungsi tidak dapat bertindak dengan baik.
  4. Tidur juga dapat membantu anda dalam mengawal berat badan tubuh, kerana kalau anda lewat tidur hormon dalam tubuh akan memberitahu otak anda bahawa anda berasa lapar dan menyebabkan anda makan berlebihan.
  5. Tidur mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Dimana apabila anda tidur cukup 8 jam setiap malam, tahap hormon melatonin dan kortisol akan berada dalam tahap yang sihat. Kortisol mencegah dari sel menjadi rosak yang boleh membawa kepada kanser dan kortisol turut membantu sistem imun tubuh melawan penyakit.
Ini adalah antara beberapa faedah apabila anda mendapat tidur yang cukup, ingat anda perlu menjaga kesihatan anda sendiri untuk menjaga kesihatan orang lain di sekeliling anda. Kerana orang lain turut memerlukan anda tanpa anda sedari. Selamt blog walking dan ingat tidur awal!


 p/s:- Saya pun nak kena pratikkan tidur awal untuk dapat tidur yang cukup.

On Ahad, 18 April 2010
3

relaks

Sesiapa yang pernah melayari blog saya mungkin pernah terbaca ‘post’ mengenai tips – tips dan penyakit mengenai perihal tidur. Sekali lagi dalam ‘post’ kali ini saya akan menyentuh subjek yang sama.

Pernah atau tidak anda mengalami situasi ini, anda ingin masuk tidur awal kerana esok perlu bangun awal. Tetapi mata kamu masih belum mahu terlelap walaupun dah kira beratus – ratus ekor biri – biri dalam imaginasi.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana situasi tubuh anda yang tegang, maka sesuatu perlu dilakukan untuk membuat tubuh anda relaks sebelum masuk tidur. Disini disediakan beberapa kaedah yang disyorkan, malah sebahagian darinya pernah saya pratikkan, iaitu:-

  1. Mandi air panas atau mandi buih ( jika ada bathtub ) sebelum tidur:-
    Diketahui umum mandian sebegini boleh memberi minda dan tubuh anda relaks.

  2. Baca buku yang membuat anda tenang dan relaks :-
    Baca buku yang memberi ketenangan kepada anda seperti novel kegemaran atau majalah kegemaran.

  3. Minum minuman panasc seperti susu suam:-
    Tips ini selalu saya pratikkan, minum segelas susu memberi ketenangan pada tubuh. Jika anda kurang meminati susu, minumlah teh herba seperti ‘chamomile tea’.

  4. Jangan minum minuman berkafein;-
    Jika kamu ingin tidur, elakkan minuman yang mengandungi kafein terutamanya kopi kerana ia akan membuatkan mata anda tidak mengantuk.

  5. Buat regangan badan:-
    Tips yang paling berkesan pernah saya laksanakan, jangan lakukan regangan yang keras buat yang ringan – ringan sahaja.

  6. Bernafas dengan tenang :-
    Bernafas dengan tenang selama 10 minit, tarik nafas dalam – dalam sehingga anda rasakan diafragma anda mengembang tahan selama 3 saat dan hembuskan nafas melebihi masa semasa anda menarik nafas. Anda pasti akan menjadi tenang, malah bernafas dengan teknik betul boleh menenangkan anda dalam apa jua keadaan.

  7. Doa sebelum tidur :-
    Sebagai orang Islam saya tidak terlepas pandang dengan amalan ini, berdoalah kepada Allah supaya memberi ketenangan buat tubuh badan anda untuk mendapat tidur yang lena.

Demikian serba sedikit cara yang disyorkan bagaimana anda mahu relakskan badan anda untuk tidur. Jika anda ada tips tambahan, jangan lupa komentar ya?

On
5



Antara artikel kegemaran saya ialah berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai dengan stress atau tekanan. Pakar kesihatan berkata, tubuh anda akan memberi isyarat jika anda berada dalam keadaan stress dan anda tidak mengetahuinya!, dan keadaan ini akan membawa kepada mudarat kesihatan jika tidak diambil peduli.

Antara tanda – tandanya ialah :-

  1. Otot sakit :- kesakitan pada otot leher kerana terlalu lama menghadap komputer dianggap satu simptom stress. Jika keadaan ini berlaku langkah yang anda perlu ambil ialah cuba bernafas secara tenang, dalam dan fokus kepada bahagian yang terasa sakit antara 5 hingga 10 nafas dan untuk bahagian leher urut secara perlahan singgah otot terasa sedikit lega.


  2. Mata letih :-
    Keadaan ini sering berlaku di kalangan pelajar yang perlu mengadap buku lagi – lagi apabila menjelang peperiksaan, jika keadaan ini berlaku cuba anda pejamkan mata untuk seketika dan bayangkan keadaan yang indah contohnya tempat yang menyeronokkan bagi diri kamu. Jika ia berlaku kerana anda mengadap skrin komputer cuba rehat dengan memandang landskap yang indah.


  3. Ruam pada kulit :-
    Ini mungkin pelik bagi anda, tetapi memang benar kulit boleh bertindak sebagai barometer dalam menyukat tahap stress anda. Ruam stress sering berlaku pada perut, belakang badan, lengan dan juga muka. ini disebabkan sistem imun tubuh kita melepaskan histamin yang menyebabkan kegatalan seterusnya apabila bigaru menjadi ruam. Bernafaslah dengan meletak tangan di perut dan bernafas dengan perlahan – lahan.


  4. Kaviti :-
    Kaviti yang berlaku pada gigi juga boleh memberi makna yang kamu sering mengalami stress. Tahukah anda mereka yang selalu mengetap bibir kerana stress akan merosakkan gigi dan seterusnya memberi persekitaran untuk kaviti berlaku. Jika kamu stress jangan mengetap gigi tetapi ambillah pen dan tulis luahan rasa pada kertas, paling tidak pun tulislah ‘entry’ di blog dan luahkannya.


  5. Rasa mual :-
    Bukan orang mengandung sahaja akan merasa keadaan ini, tetapi mereka yang mengalami stress juga. Pernahkah anda lihat dalam filem orang merasa mual ketika ingin naik ke pentas, itulah keadaan dimana mereka berasa stress dan berdarah gemuruh. Jika keadaan ini berlaku cuba lalukan air paip di jari jemari kamu, rasa mual di perut anda mungkin akan hilang.


  6. Sering terlupa :-
    Keadaan ini berlaku apabila kamu terasa stress ketika lambat untuk pergi ke sesuatu tempat, kamu sering terlupa di mana letak kunci kereta, kasut kamu dimana dan juga stoking. Jadi bernafaslah secara tenang untuk hilangkan stress itu.


  7. Keliru ;-
    Kamu tidak boleh membuat pilihan, stress membawa kamu hilang tumpuan dan kurang fokus. Hilangkan stress kamu dengan mengeluarkan peluh, keputusannya kamu akan rasa sedikit lega.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...