Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
On Selasa, 29 Jun 2010
2

Berapa ramai antara kita yang berjanji pada diri sendiri, " besok aku nak bangun awal la sikit, asyik bangun lewat je ". Aku pun selalu terkena dengan janji yang di mungkiri ini. Disini dititipkan 5 tips ( Siri 1 ), bagaimana nak bangun awal keesokan hari:-

  1. Masuk Tidur Awal:-
    Ini adalah perkara yang tidak boleh disangkal.Untuk bangun awal kamu perlulah tidur awal kerana tubuh manusia memerlukan rehat yang cukup dan rehat yang cukup diperolehi dengan tidur. Kalau tidur lewat pasti masa rehat anda melalui tidur tidak akan mencukupi.


  2. Masuk tidur dan bangun pada masa sama setiap hari:-
    Ingin bangun awal tetapi tidur lewat melepasi tengah malam adalah satu idea yang kurang bijak. Anda boleh bangun awal dengan cara begitu tetapi tubuh anda tetap tidak dapat rehat yang cukup. Masuk tidur awal sebelum tengah malam, anda pasti bangun awal dengan cerita dan jadikan ianya jadual tidur harian.


  3. Amalkan bangun awal tiga minggu berturut - turut:-
    Untuk menjadikan sesuatu perkara sebagai habit, anda memerlukan sekurang - kurang tiga minggu setia dengan amalan yang dikehendaki. Dalam hal ini ialah habit bangun tidur awal. Setengah orang ada kata 21 hari tapi sebaik - baik kekalkan sambil bila - bila.


  4. Biarkan muzik mengejutkan anda:-
    Zaman sekarang ramai yang menggunakan telefon sebagai jam loceng untuk adan bangun pagi. Apa kata anda setkan lagu yang boleh membuatkan anda segar untuk bangun, nak ekstrem gunakan lagu yang 'mengejutkan' anda!


  5. Tidur sebentar di tengah hari:-
    Kajian menunjukkan tidur tengah hari selama 20 minit memberi rehat yang lebih berbanding tidur 20 minit di waktu pagi. Tetapi anda tidak digalakkan tidur tengh hari melebihi 30 minit. Dengan cara ini anda akan memerlukan masa yang sedikit untuk tidur malam dan anda akan bangun awal pagi.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

On Ahad, 18 April 2010
3

relaks

Sesiapa yang pernah melayari blog saya mungkin pernah terbaca ‘post’ mengenai tips – tips dan penyakit mengenai perihal tidur. Sekali lagi dalam ‘post’ kali ini saya akan menyentuh subjek yang sama.

Pernah atau tidak anda mengalami situasi ini, anda ingin masuk tidur awal kerana esok perlu bangun awal. Tetapi mata kamu masih belum mahu terlelap walaupun dah kira beratus – ratus ekor biri – biri dalam imaginasi.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana situasi tubuh anda yang tegang, maka sesuatu perlu dilakukan untuk membuat tubuh anda relaks sebelum masuk tidur. Disini disediakan beberapa kaedah yang disyorkan, malah sebahagian darinya pernah saya pratikkan, iaitu:-

  1. Mandi air panas atau mandi buih ( jika ada bathtub ) sebelum tidur:-
    Diketahui umum mandian sebegini boleh memberi minda dan tubuh anda relaks.

  2. Baca buku yang membuat anda tenang dan relaks :-
    Baca buku yang memberi ketenangan kepada anda seperti novel kegemaran atau majalah kegemaran.

  3. Minum minuman panasc seperti susu suam:-
    Tips ini selalu saya pratikkan, minum segelas susu memberi ketenangan pada tubuh. Jika anda kurang meminati susu, minumlah teh herba seperti ‘chamomile tea’.

  4. Jangan minum minuman berkafein;-
    Jika kamu ingin tidur, elakkan minuman yang mengandungi kafein terutamanya kopi kerana ia akan membuatkan mata anda tidak mengantuk.

  5. Buat regangan badan:-
    Tips yang paling berkesan pernah saya laksanakan, jangan lakukan regangan yang keras buat yang ringan – ringan sahaja.

  6. Bernafas dengan tenang :-
    Bernafas dengan tenang selama 10 minit, tarik nafas dalam – dalam sehingga anda rasakan diafragma anda mengembang tahan selama 3 saat dan hembuskan nafas melebihi masa semasa anda menarik nafas. Anda pasti akan menjadi tenang, malah bernafas dengan teknik betul boleh menenangkan anda dalam apa jua keadaan.

  7. Doa sebelum tidur :-
    Sebagai orang Islam saya tidak terlepas pandang dengan amalan ini, berdoalah kepada Allah supaya memberi ketenangan buat tubuh badan anda untuk mendapat tidur yang lena.

Demikian serba sedikit cara yang disyorkan bagaimana anda mahu relakskan badan anda untuk tidur. Jika anda ada tips tambahan, jangan lupa komentar ya?

On Rabu, 14 April 2010
4


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 3 ), dan ini adalah 5 tips yang terakhir :-

  1. Adakan sebab untuk bangun awal:-
    Sebelum tidur fikirkan satu sebab kenapa anda perlu bangun awal esoknya, adakah untuk sediakan sarapan atau ingin tiba awal ke tempat kerja. Jadi apabila anda terdengar jam loceng di waktu pagi, ingat balik sebab untuk anda bangun awal.


  2. Buat secara perlahan:-
    Untuk melakukan sesuatu perubahan dalam hidup, langkah perlahan - lahan adalah lebih positif berbanding langkah yang drastik. Apakata pagi esok anda bangun lima belas minit lagi awal dari pagi semalam. Jadikan ini rutin sehingga anda dapat capai masa yang diingini.


  3. Jangan tidur lebih masa di hari minggu:-
    Mengikut kajian, jadual tidur boleh terganggu jika ia tidak dijadikan rutin, Ramai orang menjadikan hari minggu sebagai alasan untuk tidur lama. Boleh nak tidur lama sikit berbanding hari lain tapi kalau boleh jangan lebih dari 1.5 jam.


  4. Senaman ringan sebelum tidur:-
    Cara yang sedikit radikal, jadikan senaman ringan seperti regangan anggota badan sebelum anda tidur, badan yang sedikit letih dapat melatih badan untuk lebih lena tidur, dan keputusannya anda akan bangun awal dengan ceria.

  5. Tepuk bantal 3 kali:-
    Tips terakhir sedikit humor namun ianya petua orang tua - tua. Tepuk bantal 3 kali dengan niat untuk bangun pukul berapa. Sedikit mengarut tetapi ianya ada kaitan dengan psikologi manusia. Ini seperti anda berjanji dengan diri sendiri untuk bangun awal.
Demikian tips - tips yang dapat diberikan, apa yang berguna kita ambil apa yang kurang elok kita perbaiki!

On Selasa, 13 April 2010
5


Bertemu lagi kita dalam post mengenai bangun tidur. Disini dicatatkan lagi 5 tips Untuk Bangun Awal Esok ( Siri 2 ) :-

  1. Tidur dalam pengaliran udara yang bagus:-
    Pernah kita tidur selama 10 jam tetapi apabila bangun keesokan pagi badan masih letih.Mungkin sebab terlebih tidur, tetapi tidur dalam pengudaraan yang tidak bagus juga boleh mengakibatkan begini. Jika ada tingkap, buka tingkap untuk tidur, tetapi hati - hati dengan nyamuk. Tapi apa yang penting, pastikan bilik kita bersih, tidaklah berhabuk, kerana habuk boleh mengotorkan pengudaraan bilik.


  2. Suruh mereka yang bangun awal kejutkan:-
    Jika ada ahli rumah yang bangun awal, suruh mereka ini kejutkan. Lagi efektif dari kunci loceng jam, kalau mereka kejut tak boleh bangun jugak suruh mereka simbah dengan air. Terus mandi atas tilam, lagi efektif!.


  3. Jangan makan sebelum tidur:-
    Jangan makan, terutamanya dalam jumlah yang banyak jika ingin masuk tidur, mungkin makanan yang ringan seperti biskut, tetapi hendaklah 2 jam atau sebaiknya 4 jam sebelum tidur. Ini adalah kerana jika kamu makan, organ berkaitan penghadaman akan terus bekerja ketika anda tidur, maka tubuh tidak akan dapat berehat sepenuhnya semasa tidur. Jika ingin makan atau minum, ambillah snek ringan dan minum susu. Tidur pasti lena.


  4. Gunakan jam loceng yang banyak:-
    Kalau susah nak bangun awal dengan 1 jam loceng, apakata anda pasang 3 jam loceng dalam sela masa yang berlainan dan letak dalam kawasan yang berbeza. Pasti anda akan tercari - cari nak menutupnya semua nanti, dan kalau dah terbangun tu teruslah ke bilik air untuk mandi.


  5. Letak jam loceng jauh dari katil:-
    Seperti di tips diatas tentang jam loceng, tapi kali ini letakkan jam loceng itu jauh dari katil. Ini akan menggalakkan anda bangun dari katil, atau lebih tepat lagi bangun dari tidur. Tapi ingat kunci jam untuk bangun awal bukan untuk bangun lambat.
Tunggu untuk 5 tips yang seterusnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...