Kisah menarik dari Kelantan. Pada 17hb Mei lepas, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melancarkan program "Internet Thoyyibah" yang mana ianya berfungsi sebagai sistem pengawasan dalam pelayaran internet.
Menarik bukan?. Kemudahan ini adalah kerjasama antara kerajaan negeri dan Syarikat Jaring Communications yang lebih dikenali dengan nama Jaring. Menurut Dr.Mohamad Awang Lah ( CEO bagi Jaring ), program ini akan mencegah pelayar internet dari memasuki laman - laman "blacklisted" dan hanya membenarkan laman - laman "whitelisted".
Dengan adanya program atau perkhidmatan ini, ibu bapa akan dapat memantau penggunaan internet di kalangan anak - anak dan untuk orang atasan kerajaan memantau pekerja bawahannya supaya sebarang penyalahgunaan internet dapat dicegah.
Apa pendapat anda tentang "Internet Toyyibah" ini.
p/s:- Artikel ini diolah dari laman sesawang BERNAMA.
