Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label robot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label robot. Papar semua catatan
On Rabu, 16 Jun 2010
4

 

hanako-female-robot

Artikel menraik dari negara matahari terbit iaitu Jepun, Para penyelidik di Universiti Showa dan syarikat pereka robot Tmsuk telah mereka bentuk android simulasi bernama Hanako Showa yang menyerupai seorang wanita Jepun setinggi lima kali untu tujuan pembelajaran dan pratikal untuk bakal doktor gigi yang akan dilahirkan.

Menzahirkan simulasi senario rawatan pergigian yang sebenar, robot atau lebih tepat android ini boleh memberi tindak balas seperti membuka dan menutup mulut, memalingkan kepala dan boleh berkata seperti "Aduh, sakit!" dan memberi jawapan balas pada pertanyaan ringkas oleh mereka yang menggunakan simulasi ini.

Sehingga artikel ini ditulis iaitu pada 30 Mac 2010, hampir 90% pelajar kursus perubatan dalam bidang pergigian di Universiti Showa telah melakukan ujian simulasi dengan Hanako Showa dimana pergerakan dan reaksi android ini seperti pergerakan mata, kepala dan lidah dikawal selia oleh instuktor yang meneliti ujian tersebut.

Android Hanako Showa mempunyai lapan titik pergerakan yang terpadat di kepala, mata, mulut dan leher. Manakala kulitnya diperbuat dari resin dan lidahnya daripada silikon. Menurut mereka yang mereka bentuk android Hanako Showa ini, ianya akan dihasilkan untuk tujuan komersial dan akan dijualkan kepada universiti - universiti yang menyediakan kursus pergigian.

Untuk melihat video demo, lihat video di bawah ini yang di ambil dari laman sesawang Youtube:-

 

On Isnin, 31 Mei 2010
3


Syarikat Fujitsu dari Jepun akan mengeluarkan robot 'Teddy Bear' yang dapat memberi reaksi kepada manusia!. Robot ini yang bertujuan untuk memberi keselasaan terhadap kanak - kanak memberi reaksi terhadap perubahan riak wajah si pemilik.

Dibangunkan untuk tujuan lebih mesra keluarga, dan ianya sesuai digunakan di rumah anda, rumah kebajikan, hospital dan sekolah, kerana fungsinya untuk menenangkan hati manusia.

Dilengkapi dengan kamera di dalam hidung yang dapat mengesan aksi seperti melambai tangan, manakla sensor di dalam kepala dan pinggangnya dapat mengesan sentuhan dan pelukan manusia lalu ianya akan memberi tindak balas.

Apa yang menariknya robot ini dapat memberi reaksi lebih dari 300 contohnya seperti ketawa, melambai tangan, tidur dan juga berdengkur!.

On Rabu, 19 Mei 2010
13

tomoko

Orang Jepun sekarang makin moden makin mengarut, yang terbaru diberitakan bahawa pasangan Jepun yang ingin berkahwin boleh dinikahkan dengan menggunakan robot seperti dalam gambar diatas.

Robot yang berfungsi sebagai pegawai nikah ini dikenali dengan nama I-Fairy. I-Fairy ini dihasilkan oleh sebuah syarikat Jepun yang diberi nama Kokoro. I-Fairy dikawal melalui alat kawalan jauh dan dalam masa yang sama ianya boleh bercakap dan mempunyai 18 titik artikulasi di tangannya,

Pengantin perempuan yang yang berkahwin dalam gambar bernama Satoko Inoue dan bekerja dengan Syarikat Kokoro manakala pengantin lelaki yang bernama Tomoshiro Shibato merupakan seorang professor robotik di Institut Sains dan Teknologi Nara.

Pasangan Jepun yang lain ingin berkahwin dengan cara ini perlu membayar USD 68000 kepada syarikat Kokoro untuk menggunakan khidmat robot I-Fairy. Lihat video perkahwinan pasangan ini dibawah:-

p/s:- Jangan ada orang kita yang terikut – ikut sudah la.

On Selasa, 4 Mei 2010
7

Spain_baby


Bayi gergasi, tapi ini bukannya bayi bernyawa ya. Ini adalah robot bayi terbesar yang pernah direka seumpamanya di dunia. Bayi gergasi ini sekarang sedang dipamerkan untuk Ekspo 2010 yang berada di Shanghai, China.

Bayi gergasi yang berukuran 21 kaki ini diberi nama Miguelin, dikawal melalui sistem elektronik dan boleh menggerakkan kepala dan mata seperti berkedip dan bernafas. Bayi ini adlah hasil rekaan seorang pengarah berbangsa Sepanyol iaitu Isabel Coixet (wanita didalam gambar).

Robot ini direka sepenhunya di studio Amalgamated Dynamics, dimana studio ini pernah juga bekerja untuk kesan khas untuk filem Alien VS Predator. Kalau bayi besar ini, memang kuranglah kes buang bayi. Apa yang menakjubkan komposisi rekaan yang realistik, lihat sahaja gambar perekanya memeluk ibu jari robot dibawah ini. seakan realistik bukan?

Spain_baby2_270x405

Lihat video yang disertakan di bawah ini:-

p/s:- Teringat filem Hollywood mengenai bayi gergasi dulu tu, tapi lupa tajuk da…

On Isnin, 26 April 2010
2

2012061384-japan-eyes-mind-reading-devices-robots-by-2020

Mind Reading, satu lagi teknologi dari negara Jepun yang akan mengangkat nama negara matahari terbit itu dalam lipatan sejarah teknologi. Sebagai front liner dalam teknologi terkini, negara Jepun tidak pernah jemu untuk terus mencipta.

Oh ya, sebelum terus mencoret artikel, ucapan selamat pagi buat anda yang sedang membaca. Sudah bersarapan?, jangan biarkan perut anda kosong. Kalau belum makan, lepas baca artikel ini pergi sarapan cepat.

Ok sambung pada artikel tadi, negara Jepun bakal membangunkan satu teknologi robot yang boleh dikawal melalui minda manusia, dalam BI disebut mind reading robot. Nikkei melaporkan berita ini pada khamis lepas. Dalam masa sedekad atau 10 tahun Jepun berharap dapat memasarkan teknologi ini.

Teknologi menggunakan satu alat yang menggunakan kaedah teknologi-antaramuka-mesin-otak (brain-machine interface technology), dimana ia akan menganalisa corak gelombang otak dan aliran darah dan ia akan dikesan melalui set kepala yang diletakkan sensor.

Penghasilan teknologi ini adalah antara kerjasama pihak kerajaan Jepun dan juga sektor swasta di Jepun. Antara aplikasi teknologi ini ialah, manusia boleh membuka set TV tanpa menekan alat kawalan, menghantar mesej di telefon tanpa perlu jari anda menaip, sistem navigasi kereta yang boleh mencari restoran apabila pemandunya lapar, dan juga alat pendingin udara yang boleh dikawal dengan hanya menggunakan minda manusia. Ia juga akan disertakan dengan satu robot yang boleh membantu golongan tua dan kurang upaya (saya suka) untuk mengangkat bebenan.

Antara syarikat - syarikat ingin turut serta dalam teknologi ini ialah Toyota, Honda, Hitachi ( nama - nama besar dalam teknologi robot tu!). dan juga Institut Teknologi Informasi dan Komunikasi Kebangsaan, Universiti Osaka serta Insitut Kajian Telekomunikasi Lanjutan.

p/s:- Dahsyat tu nama - nama yang terlibat dalam pembikinan teknologi ini!

On Ahad, 11 April 2010
3


Sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Shigeki Toyama merekabentuk sebuah set robotik yang boleh menambah kekuatan kepada penggunanya. Kumpulan yang berpusat di Universiti Pertanian dan Teknologi Tokyo, membuat rangkaan untuk menubuhkan sebuah syarikat dan mula untuk mennghasilkan set robotik ini sebelum tahun 2010 berakhir.

'Pakaian' robotik ini yang dkuasakan dengan 8 buah motor elektrik memberi tenaga tambahan pada lengan dan kaki, dan juga mempunyai sensor yang dapat mengesan pegerakan dan bertindak balas terhadap arahan berdasarkan sistem pengecaman suara.

Diusahakan selama 15 tahun dalam penyelidikan, set robotik ini akan membantu golongan petani yang sudah lanjut usia mengusahakah ladang mereka dan boleh proses menuai hasil. Sekaligus set robotik ini dapat menghalang penggunanya dari sakit belakang dan kekejangan yang melampau. Mengikut statistik, 2/3 petani di Jepun sudah melebihi umur 65 tahun, dan sektor pertanian merupakan industri yang sangat penting dan pasaran yang menguntungkan untuk dimanfaatkan.

Set robotik ini dijangka akan berada di pasaran Jepun menjelang 2012, dan dijual dengan harga sejuta Yen. Harga ini juga diramal akan dikurangkan 50% jika produk ini berjaya dikeluarkan secara besar - besaran, namun set ini berkemungkinan tidak dijual ke luar negara kerana mereka merasakan ianya tidak akan mendapat sambutan Amerika atau Eropah .

Kumpulan penyelidkan robotik ini, menghasilkan set robotik yang seberat 30 kg untuk kerja - kerja berat seperti mengangkat bebanan dan versi yang lebih ringan iaitu 23 kilo untuk kerja ringan seperti memetik anggur.

Tapi kalau mereka buat macam set robotik Iron Man lagi bagus!, aku pun nak beli satu!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...