Adakah langkah NGO untuk menyediakan tempat untuk mereka yang ingin membuang bayi yang dilengkapi dengan inkubutor satu langkah yang bijak atau sebaliknya?. Mungkin ada kebaikannya namun jika dilihat dari perspektif yang lain ianya seperti ingin menggalakkan orang ramai melakukan maksiat dan gejala membuang bayi akanterus aktif. Namun kata orang, kita jangan mudah melatah.
Saya tertarik dengan langkah NGO serta usaha murni mereka ini. Menurut Menteri Wanita, Keluarga dan Pembagunan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil kemudahan ini ditawarkan oleh NGO yang dikenali dengan nama OrphanCARE dimana ianya memberi alternatif kepada mereka yang ingin membuang dan membunuh bayi mereka.
Menurut artikel yang dibaca oleh saya, kemudahan ini telah dipratikkan di negara - negara lain seperti Jerman, Pakistan dan Jepun dan ini menandakan bukan negara Malaysia sahaja yang bergelumang dengan masalah sosial ini malah negara maju seperti Jerman dan Jepun juga turut berlaku.
Dicatatkan secara statistik, terdapat lebih 407 bayi yang ditinggalkan diantara tahun 2005 hingga 2009 di Malaysia manakala untuk tahun ini 24 kes dicatatkan sehingga bulan April!.
Menurut OrphanCARE, terdapat lebih 200 ibu bapa yang menunggu untuk mengambil anak angkat dari program mereka ini dan OrphanCARE turut berjanji tidak akan ada tindakan undang - undang yang bakal diambil terhadap mereka yang meninggalkan anak di tempat yang disediakan.
Memetik kenyataan presiden OrphanCARE Adnan Mohamad Tahir, ibu yang melahirkan anak di luar nikah sering berada dalam keadaan terdesak dan tidak tahu membuat apa selain membuang bayi mereka dan disinilah datangnya peranan OpenCARE untuk memastikan nyawa yang tidak berdosa dipersiakan.
Apa pandangan anda, adakah langkah ini wajar ?, fikir sedalamnya kerana sesuatu perkara ada pro dan kontranya.
