Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label free. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label free. Papar semua catatan
On Khamis, 3 Jun 2010
4

1495826

Salam ziarah petang buat anda yang datang ke laman blog picisan saya ini, bulan Jun tidak boleh tidak kita merasa kehangatan Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Walau pada mereka yang tidak meminati sukan bolasepak turut akan berbicara mengenainya.

Disini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda, sebuah ebook ringkas mengenai Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dan Jadual Lengkap Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dalam format excel. Maklumat kesemua pasukan, sejarah ringkas mengenai Piala Dunia siri sebelum – sebelum ini dan juga fakta – fakta menarik mengenai Piala Dunia itu sendiri.

Ianya dalam Bahasa Inggeris, dari pembacaan saya ebook ini asalnya dari England. Untuk memuat turun klik pada link ini Ultimate World Cup Guide 2010. Manakala untuk memuat turun Jadual Perlawanan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 klik pada link ini Schedule in Excel (780Kb) ( kredit pada laman sesawang http://www.excely.com/football/2010-fifa-world-cup-schedule.shtml ).

Disenaraikan kembali link muat turun fail disini:-



p/s:- Bagi yang berminat anda boleh muat turun, untuk pengetahuan kedua – dua fail bukan milik saya. Hanya ingin berkongsi.

On Khamis, 15 April 2010
0


Kadang - kadang agak sukar untuk kita mencari imej di internet yang bebas royalti atau lesen. Bebas royalti ini bermaksud imej tersebut boleh digunakan semula oleh pengguna lain tanpa kengkangan yang menyalahi etika internet.

Disini ingin saya perkenalkan satu laman sesawang yang menyediakan kemudahan untuk anda muat turun imej yang bebas royalti. Laman sesawang ini dikenali sebagai stock.xchng. Untuk memperolehi imej yang dicari anda hanya perlu mendaftar secara percuma. Pendaftaran hanya memakan masa yang sebentar.

Selain menyediakan imej yang bebas royalti, laman ini turut juga menyediakan imej dengan kadar harga premium yang rendah tetapi berkualiti tinggi. Klik gambar diatas untuk ke laman utamanya.

On Rabu, 14 April 2010
0


Ramai antara kita menggunakan kemudahan mencari imej di laman google. Tapi tahukah anda menggunakan gambar atau imej tanpa kebenaran pemilik itu salah dari etika penggunaan internet. Disini ada satu cara untuk mengelakkan hal ini.

Dengan menetapkan "Advance Image Search" yang disediakan di sebelah kotak carian, anda boleh mencari gambar atau imej yang bebas lesen. Lihat imej dibawah di mana rupa bentuk mukasurat "Advanced Image Search".



Untuk menetapkan pilihan lesen, anda lihat pada pernyataan Usage Rights. Antara pilihan lesen disini ialah:-

  • "Not filtered by license"
  • "Label for reuse"
  • "Label for commercial reuse"
  • "Label for reuse with modification"
  • "Label for commercial reuse for modification"
Untuk penerangan yang terperinci mengenai jenis - jenis lesen ini layari laman sesawang ini. http://www.google.com/support

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...