Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label free ebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label free ebook. Papar semua catatan
On Khamis, 3 Jun 2010
4

1495826

Salam ziarah petang buat anda yang datang ke laman blog picisan saya ini, bulan Jun tidak boleh tidak kita merasa kehangatan Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Walau pada mereka yang tidak meminati sukan bolasepak turut akan berbicara mengenainya.

Disini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda, sebuah ebook ringkas mengenai Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dan Jadual Lengkap Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dalam format excel. Maklumat kesemua pasukan, sejarah ringkas mengenai Piala Dunia siri sebelum – sebelum ini dan juga fakta – fakta menarik mengenai Piala Dunia itu sendiri.

Ianya dalam Bahasa Inggeris, dari pembacaan saya ebook ini asalnya dari England. Untuk memuat turun klik pada link ini Ultimate World Cup Guide 2010. Manakala untuk memuat turun Jadual Perlawanan Piala Dunia Afrika Selatan 2010 klik pada link ini Schedule in Excel (780Kb) ( kredit pada laman sesawang http://www.excely.com/football/2010-fifa-world-cup-schedule.shtml ).

Disenaraikan kembali link muat turun fail disini:-



p/s:- Bagi yang berminat anda boleh muat turun, untuk pengetahuan kedua – dua fail bukan milik saya. Hanya ingin berkongsi.

On Selasa, 1 Jun 2010
3

Malam ini saya ingin berkongsi mengenai dua laman sesawang dimana saya selalu muat turun ebook. Ebook yang terdapat di dua laman sesawang ini bukanlah ebook mengenai cara ingin cepat dapat duit yang perlu kita bayar atau sertai program tertentu.

Ebook di kedua - dua laman sesawang ini lebih kepada buku - buku komersial yang dihasilkan dalam "hard-copy" lalu ditukarkan atau disalin ke dalam ebook, dan ianya terdapat dalam pelbagai kategori dari untuk tujuan perdidikan, untuk kesihatan banyak lagi kategori malah untuk peminat perisian grafik seperti "photoshop" dan "gimp", buku mengenainya turut boleh diperolehi di dua laman sesawang ini.

Laman yang dimaksudkan ialah "www.freebookspot.in" dan "www.ebookz.ir". Kesemua ebook dalam laman - laman ini berkualiti tinggi dan juga percuma serta untuk muat turun anda tidak perlu berdaftar terlebih dahulu. Namun harus diingat dengan muat turun mungkin ianya bercanggah dari segi hakcipta terpelihara. Jadi muat turun untuk tujuan sendiri, dan jangan komersilkannya pula. Untuk ke laman - laman tersebut klik pada gambar diatas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...