Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label google. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label google. Papar semua catatan
On Isnin, 17 Mei 2010
7

google-wonder-wheel1

Anda pernah dengar istilah Google Wonder Wheel?, bagi anda yang tidak pernah ianya adalah salah satu mekanisme carian yang ditambah pada Google Search. Dilancarkan pada Mei 2009 yang lalu.

Google Wonder Wheel berfungsi dalam mengembangkan lagi skop carian anda yang dicari melalui laman Google Search. Maksudnya disini anda hanya menulis satu perkataan yang ingin dicari dan secara automatik Google Wonder Wheel akan menampilkan carian yang berkaitan. Untuk contoh lihat paparan gambar diatas.

Kaedah ini sungguh berguna dalam mencari maklumat, dan sebagai jurublog seperti saya dan anda ianya akan membantu dalam pencarian info dan pencetus idea ketika otak terasa liat untuk membuat post.

Bagaimana untuk menggunakan Google Wonder Wheel?. Mudah sahaja caranya, anda hanya perlu membuat carian pada laman carian Google iaitu www.google.com. Tulis maklumat yang ingin dicari, Contohnya ‘tidur’. Untuk menggunakan Google Wonder Wheel anda hanya perlu lihat pada option carian yang berada pada sidebar seperti gambar dibawah. Pilih pada pilihan More search tool, Standard view dan pilih Wonder Wheel.

wonder-wheel-2

wonder-wheel-3

Maka hasil pencarian anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah melalui gaya visual yang menarik. Mudah bukan?, malah ia boleh meluaskan lagi skop carian.

wonder-wheel-4

Jika anda kembangkan lagi carian, ia akan memberi skop yang makin luas lagi seperti dibawah.

wonder-wheel-5

Jika berpuashati dengan carian, anda boleh klik senarai carian disebelah visual Google Wonder Wheel tersebut. Selamat memcuba, dan moga beroleh sesuatu darinya.

p/s:- Rasa macam roda impian pulak, saya putar Halim ek Kiran la sekarang!

On Sabtu, 15 Mei 2010
7

Cloud

Microsoft akan mengeluarkan Microsoft Office untuk digunakan dalam Sistem Operasi Cloud atau Cloud OS yang dilancarkan tidak lama dahulu iaitu Windows Azure. Namun bukanlah saya ingin menulis mengenai Windows Azure, tetapi saya ingin berkongsi info mengenai apakah itu Cloud OS?.

Jika dilihat dari penafsiran maksud Cloud iaitu Awan, jadi Cloud OS adalah Sistem Operasi yang berada di awang – awangan. Hehehe bukanlah, Cloud OS memberi definasi sistem operasi komputer yang beroperasi melalui internet.

Bermaksud anda hanya menggunakan pelayar web untuk memasuki sistem operasi, kurang jelas lagi?. Secara terperinci, anda hanya memerlukan pelayar web seperti Mozilla misalnya untuk membuka Sistem Operasi komputer anda.

Segala intipati sistem operasi akan diakses melalui internet, pendek kata cakera keras ( hard disk ) komputer anda yang mempunyai Cloud OS dicapai melalui akses internet dimana anda memerlukan internet untuk membuka sistem operasi tersebut.( Saya pun sendiri pening nak terangkan ).

cloud sitemap

Saya sendiri pernah memcuba sendiri Cloud OS ini beberapa bulan yang dahulu, saja suka – suka untuk melihat bagaimana ia berfungsi dan adakah ia pratikal. Apa yang penting jika anda ingin menggunakan Cloud Os adalah capaian internet. Mesti laju, kalau tidak ia akan menjejaskan kelancaran Cloud OS.

Seperti OS konvensional yang lain, Cloud OS turut mempunyai pelbagai perisian asas, iaitu pemain lagu dan video, pemproses perkataan ( words processor ), pelayar web ( web browser ), platform email dan juga games asas.

Kelebihan Cloud OS pada penilaian saya ialah, ianya boleh beroperasi dengan OS yang lain, Misalnya komputer anda adalah Windows XP, dalam masa yang sama anda boleh membuka Cloud Os melalui pelayar web yang dibuka pada Windows XP. Selain itu Cloud OS turut boleh diakses di mana – mana komputer yang mempunyai capaian internet. Maka anda boleh letakkan fail – fail kerja atau fail – fail biasa anda di Cloud OS dan dalam masa yang sama boleh dicapai dimana – mana.

Cloud OS dibangunkan adalah bertujuan untuk digunakan dalam Netbook, Google sendiri telah membangunkan Cloud OS mereka yang menggunakan nama Chrome OS yang juga merupakan sebuah pelayar web.

Antara Cloud OS yang percuma di internet ialah:-

EyesOS

eyesos

JoliCloud

Jolicloud

iCloud

icloud

Saya secara peribadi pernah menggunakan EyesOS dan ICloud, jika anda mempunyai info yang lebih lanjut dan tepat mengenai Cloud OS, jangan lupa berkongsi di ruangan komentar. Jika sesiapa ingin melihat lain – lain jenis Cloud Os, layari Google Search.

On Isnin, 10 Mei 2010
1

google-beta

Masa mencari maklumat di internet, saya terlihat satu imej yang menarik iaitu mengenai jumlah kapasiti server yang di punyai oleh Google. Mengikut artikel yang ditulis oleh Peter Hidas dari Gartner Group, Google mempunyai lebih dari 1 juta server dan juga lebih 3 juta komputer.

Google membelanja antara USD 200 juta sehingga USD 250 juta setahun hanya untuk kelengkapan IT. Google turut menghasilkan100 ribu server baru setiap suku tahun iaitu setiap 3 bulan. Namun Google dilihat sebagai 4 yang tertinggi dalam penyediaan server selepas HP 600.000, Dell 460.00 dan IBM 300.000. Ini hanyalah jumlah yang dikira pada tahun lepas.

Namun apa yang diperkatakan oleh Gartner Group melebihi apa yang dicatat sebelum ini, iaitu 450,000 server yang berada dalam pusat data mereka yang terletak California, Virginia, Georgia, Oregon, Ireland dan Belgium.

Untuk keterangan yang lebih grafik mengenai penguasaan Google dalam server lihat imej dibawah, diramal Google menguasai hampir 2% dari keseluruhan server di dunia.


p/s:- Macam mana pendapat anda?, Blogspot turut dipunyai oleh Google.

On Khamis, 6 Mei 2010
1

090601-google-books-02


Google, sebagai sebuah syarikat yang dikenali dengan enjin carian utama internet di dunia akan menambah kekuasaannya sekali lagi. Setelah mengisytiharkan tentang Google TV, kali ini Google mara lagi setapak untuk melancarkan satu stor talian yang akan dikenali dengan nama Goolge Editions yang mana ianya akan menjual buku digital secara dalam talian dalam menjelang Julai 2010.

Goolge Editions turut boleh didapati secara kemudahan B2B dimana penjual ketiga seperti Amazon dan Apple dibenarkan menjual dalam laman sesawang mereka sendiri. Namun dilihat tiada lagi sebarang persetujuan perniagaan antara Google Editions dengan laman sesawang jualan buku dalam talian kerana soal harga dan margin keuntungan kerana masih belum mencapai kata sepakat. Dijangka hampir antara 400 000 hingga 600 000 buah buku boleh didapati dan harganya ditentukan oleh pengeluar buku sendiri.

p/s:- Boleh lagi ke nanti nak muat turun ebook komersil secara percuma di internet nanti?

On Rabu, 14 April 2010
0


Ramai antara kita menggunakan kemudahan mencari imej di laman google. Tapi tahukah anda menggunakan gambar atau imej tanpa kebenaran pemilik itu salah dari etika penggunaan internet. Disini ada satu cara untuk mengelakkan hal ini.

Dengan menetapkan "Advance Image Search" yang disediakan di sebelah kotak carian, anda boleh mencari gambar atau imej yang bebas lesen. Lihat imej dibawah di mana rupa bentuk mukasurat "Advanced Image Search".



Untuk menetapkan pilihan lesen, anda lihat pada pernyataan Usage Rights. Antara pilihan lesen disini ialah:-

  • "Not filtered by license"
  • "Label for reuse"
  • "Label for commercial reuse"
  • "Label for reuse with modification"
  • "Label for commercial reuse for modification"
Untuk penerangan yang terperinci mengenai jenis - jenis lesen ini layari laman sesawang ini. http://www.google.com/support

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...