Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label weight loss. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label weight loss. Papar semua catatan
On Khamis, 22 April 2010
10


1153852_coffee_-_expresso_1

Jom minum kopi pagi ni, walaupun saya gemarkan kopi, lagi - lagi kopi Kapal Api namun saya amat jarang meminumnya. Kerana ada setengah orang mengatakan kandungan kafein yang ada di dalam kopi tidak bagus untuk badan. Namun kafein jika diambil dalam jumlah yang terkawal dan kena pada waktunya ia memberi faedah kepada tubuh kita.

Tahukah anda kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme badan anda?, dimana metabolisme ini berfungsi sebagai agen untuk membakar kalori, semakin tinggi tahap metabolisme anda makin pantas ia membakar kalori.

Apa yang kafein buat pada badan anda ialah, ia akan memecahkan lemak dan merembes keluar asid lemak yang mana proses ini membantu anda menurunkan berat badan. Selain itu kafein juga boleh melegakan pening kepala, dan satu fungsi yang penting ianya membuatkan anda lebih segar dipagi hari dimana ianya perlu untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Namun kafein bukan sahaja boleh didapati di dalam kopi, ia juga boleh diperolehi dari teh, coklat serta minuman bersoda seperti Pepsi dan Coke. Walaupun ia meningkatkan kadar metabolisme, ini tidak ermakna dengan meminum minuman bersoda yang mengandungi kafein membantu anda menguruskan badan kerana aktiviti seperti senaman yang sihat perlu disertakan. Harus diingat satu tin minuman soda mengandungi 14 sudu gula dimana ia meningkatkan risiko kencing manis.

p/s:- nak beli Kapal Api ke Kopi Janda?

On Khamis, 15 April 2010
4

Mengikut sesetengah pandangan diet semata - mata bukanlah cara untuk anda mengurangkan berat badan kerana diet selalu menjadi rejim aturan makanan yang sementara maka hasil yang diperolehi juga bersifat demikian.

Ramai di antara pengamal diet bermasalah mengawal berat badan kerana berat mereka akan naik semula setelah kembali kepada cara pemakanan yang lama. Penurunan berat badan hanya akan berjaya jika kita membuat perubahan. Tukar amalan yang lama dengan amalan yang lebih sihat. Dibawah ini diberikan 5 cara:-


  1. Bersenam:-
    Aktiviti fizikal yang dilakukan secara rutin akan membakar lemak dan membentuk otot, dimana ia akan memberi faedah kepada tubuh dalam masa yang sama ia turut menurunkan berat anda. Jika otot terbina di badan anda ia akan turut membakar lemak walau ketika anda tidak bersenam.


  2. Kurangkan masa menonton TV:-
    Lakukan aktiviti beriadah yang menyihatkan. Boleh menonton Tv, tapi kurangkan masa yang diperuntukkan. Keluar berjalan ke taman atau sekeliling rumah anda.


  3. Perhatikan jumlah hidangan anda:-
    Saiz hidangan semakin bertambah lewat satu dekad ini, dan pertambahan kalori ini menyumbang kepada obesiti. Pada sesetengah pendapat pakar nutrisi, saiz satu hidangan ialah sebesar tapak tangan kamu. Kurangkan minuman bergas yang mengandungi banyak gula ( satu tin minuman bergas = 15 sudu gula ). Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman yang mengandungi kadar gula tinggi.

  4. Ambil 5 hidangan sayur dan buah:-
    Sayur dan buah bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, tetapi ia juga tinggi serat yang membantu anda kenyang. Maka dengan ini kamu kurang mengambil makanan yang tinggi kadar kalori.


  5. Ambil sarapan:-
    Sarapan diperlukan untuk metabolisme anda, membakar kalori dan untuk sumber tenaga anda di siang hari. Mereka yang tidak mengambil sarapan cenderung untuk makan dengan banyak semasa makan tengah hari. Mengikut kajian juga, mereka yang tidak mengambil sarapan selalunya mempunyai kadar BMI yang tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...