Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label wake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wake. Papar semua catatan
On Selasa, 1 Jun 2010
2

Semua orang mesti pernah mengalami situasi seperti berikut, malam dah kunci jam loceng sebab besok nak bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Tapi bila jam bunyi, anda pasti tak nak bangun lagi sebab masih mengantuk, jawabnya terlewat bangun dan mood pada hari itu mesti terganggu. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 1 ) untuk mulakan hari dengan ceria:-


  1. Bangun tepat pada masa yang ditetapkan:-
    Sesetengah daripada kita apabila terdengar bunyi jam loceng, tak kiralah dari jam loceng telefon bimbit atau bukan pasti kita akan segera menutupnya dan tidur balik, betul tak?. Ini menyebakan kita akan terlewat bangun dan akan tergesa - gesa untuk bersiap ke tempat kerja. Ini pasti sedikit menjejaskan mood anda.


  2. Mulakan hari dengan berjalan pagi atau berjogging:-
    Jika kamu bangun awal dan ada masa untuk untuk bersenam, ambil masa untuk berjalan atau berjogging sebentar keliling rumah anda. Mulakan pagi dengan aktiviti kardiovaskular pasti menceriakan hari anda dengan lebih cergas. Ianya bagus untuk jantung juga!.



  3. Segera pergi mandi:-
    Dengan mandi akan membuang segala kekotoran yang melekat pada badan, dan ia juga akan memberi keselesaan buat badan anda pada waktu pagi. Teringat pula pada kawan waktu sekolah asrama dulu, ada yang pergi sekolah tanpa mandi pagi. Pelik macam mana dia boleh tahan tak mandi pagi!.




  4. Ambi masa untuk berpakaian:-
    Peruntukan masa untuk bersiap, anda pasti tidak mahu tersalah pakai pakaian yang tidak sepatutnya ke tempat kerja. Kadang - kadang perangai anda yang suka tergesa ketika bersiap pasti akan menyebabkan anda terlupa sesuatu.




  5. Ambil sarapan yang sihat:-
    Sarapan bukan sahaja sajian pertama hari anda tetapi ia juga dimetaforakan sebagai 'minyak' untuk tubuh badan. Tanpa 'bahan pembakar' pasti anda tidak akan memulakan hari dengan lancar.Tidak mengambil sarapan pasti membuat anda tidak bermaya pada waktu pagi.
Tunggu 5 tips seterusnya pagi esok!

On Rabu, 14 April 2010
3

Bersambung kita dalam tajuk yang sama semalam. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 3 ) untuk mulakan hari dengan gembira, dam siri ini adalah siri akhir:-


  1. Mulakan hari dengan bersyukur:-
    Apbila bangun pagi ucapkan kesyukuran ke hadrat Tuhan. Bagi mereka yang islam bacalah doa pagi, ucapkan Alhamdulillah dan tunaikan sembahyang subuh. Pasti anda akan terasa lapang dada.


  2. Berfikir secara positif:-
    Ada pepatah mengatakan semalam adalah sejarah, esok adalah masa hadapan dan hari ini adalah hadiah sebab itu dalam Bahasa Inggeris ianya disebut sebagai "present". Mulakan hari dengan idea ini pasti membangkitkan semangat ceria dalam diri.


  3. Hari ini lebih baik dari semalam:-
    Dalam fikiran anda tetapkan bahawa hari ini aku akan jadikan ia lebih baik dari semalam. Secara automatik anda akan berfikiran untuk mulakan hari dengan sebaik mungkin biarpun ia adalah hari yang buruk buat anda.


  4. Senyum:-
    Senyum, kuasa emosi yang paling kuat. Bukan sahaja ia menceriakan diri, tetapi juga orang yang berada di sekeliling kita. Ia juga bagus untuk otot muka anda, senaman awet muda!. Teringat lagu zaman bernasyid dulu, "senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyumlah dari hati. Dunia mu berseri...". Pasti hari ini adalah hari yang baik!


  5. Buat senarai untuk esok:-
    Setelah hampir ke hari ini, bersedia untuk esok. Buat senarai ringkas untuk apa yang ingin dicapai atau lakukan esok. Tapi jangan terlalu memikirkan hal ini kerana ia hanyalah satu senarai peringatan sahaja.


Cuba pratikkan perkara - perkara diatas dan dalam 'post' yang sebelum - sebelum ini, mungkin ia bakal menceriakan hari anda dan teruskan fikiran positif!.

On Selasa, 13 April 2010
2

Bersambung kita dalam tajuk yang sama semalam. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 2 ) untuk mulakan hari dengan gembira:-



  1. Minum kopi:-
    Jika tips sebelum ini tidak berkesan buat anda dan kebetulan anda sukakan kopi. Apa kata anda mulakan sarapan dengan meminum kopi, ambil pada waktu pagi bukannya pada waktu malam kerana ia akan membuatkan anda terjaga.



  2. Baca Akhbar:-
    Sambil sarapan sambil membaca suratkhabar. Membaca akhbar harian mungkin akan membangkitkan semangat pagi anda dengan berita terkini. Bacalah bahagian yang anda minat.



  3. Tonton berita pagi:-
    Seperti membaca akhbar, menonton berita pagi memastikan anda 'alert' dengan berita terkini dan mungkin memberi cerita untuk dibualkan di tempat kerja.




  4. Rehat sebentar:-
    Bukan maksudnya untuk anda kembali tidur tetapi, keluarlah sebentar dari rumah sebelum ke tempat kerja untuk menikmati nyaman pagi. Ia pasti menenangkan
    jiwa.



  5. Bersihkan sesuatu:-
    Idea seperti membersihkan meja dapur atau membasuh pinggan membuatkan anda merasakan sesuatu yang anda dapat capai pada waktu pagi dan memberi persediaan mood
    yang untuk memulakan hari.
Tunggu 5 tips seterusnya untuk hari esok pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...