Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label health. Papar semua catatan
On Selasa, 1 Jun 2010
2

Semua orang mesti pernah mengalami situasi seperti berikut, malam dah kunci jam loceng sebab besok nak bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Tapi bila jam bunyi, anda pasti tak nak bangun lagi sebab masih mengantuk, jawabnya terlewat bangun dan mood pada hari itu mesti terganggu. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 1 ) untuk mulakan hari dengan ceria:-


  1. Bangun tepat pada masa yang ditetapkan:-
    Sesetengah daripada kita apabila terdengar bunyi jam loceng, tak kiralah dari jam loceng telefon bimbit atau bukan pasti kita akan segera menutupnya dan tidur balik, betul tak?. Ini menyebakan kita akan terlewat bangun dan akan tergesa - gesa untuk bersiap ke tempat kerja. Ini pasti sedikit menjejaskan mood anda.


  2. Mulakan hari dengan berjalan pagi atau berjogging:-
    Jika kamu bangun awal dan ada masa untuk untuk bersenam, ambil masa untuk berjalan atau berjogging sebentar keliling rumah anda. Mulakan pagi dengan aktiviti kardiovaskular pasti menceriakan hari anda dengan lebih cergas. Ianya bagus untuk jantung juga!.



  3. Segera pergi mandi:-
    Dengan mandi akan membuang segala kekotoran yang melekat pada badan, dan ia juga akan memberi keselesaan buat badan anda pada waktu pagi. Teringat pula pada kawan waktu sekolah asrama dulu, ada yang pergi sekolah tanpa mandi pagi. Pelik macam mana dia boleh tahan tak mandi pagi!.




  4. Ambi masa untuk berpakaian:-
    Peruntukan masa untuk bersiap, anda pasti tidak mahu tersalah pakai pakaian yang tidak sepatutnya ke tempat kerja. Kadang - kadang perangai anda yang suka tergesa ketika bersiap pasti akan menyebabkan anda terlupa sesuatu.




  5. Ambil sarapan yang sihat:-
    Sarapan bukan sahaja sajian pertama hari anda tetapi ia juga dimetaforakan sebagai 'minyak' untuk tubuh badan. Tanpa 'bahan pembakar' pasti anda tidak akan memulakan hari dengan lancar.Tidak mengambil sarapan pasti membuat anda tidak bermaya pada waktu pagi.
Tunggu 5 tips seterusnya pagi esok!

On Selasa, 20 April 2010
2




Terdapat satu perdebatan dalam dunia nutrisi tentang faedah dari mengambil produk tenusu, dimana ramai pakar nutrisi berkata pengambilan susu dan produk tenusu ( seperti keju, butter, marjerin) dapat mencegah osteoporosis. Tetapi ada setengah dari mereka percaya mengambil produk tenusu hanya memberi sedikit manfaat kepada tulang dan banyak menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain.

Namun begitu tidak boleh disangkal, susu dan produk tenusu mengandungi kandungan kalsium mudah serap yang tinggi dan produk tenusu dilihat sebagai satu cabang makanan yang mudah diadaptasi ke dalam pelan diet sesetengah individu itu. Tetapi ia turut mempunyai kekurangannya, antaranya:-
  • Produk tenusu mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi:-
    Pengambilan lemak tepu yang tinggi boleh menambahrisiko diserang penyakit berkaitan jantung. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih produk tenusu yang rendah atau tiada lemak ( low-fat and non-fat ).
  • Kebanyakan susu mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi:-
    Ada kajian menunjukkan kaitan antara hormon estrogen asli yang terdapat dalam susu dengan sel kanser payudara, prostat dan testikal. Ini adalah kerana lembu betina yang berterusan bunting akan mengeluarkan susu lebih 300 hari dalam setahun. Lebih sering lembu ini bunting, lebih tinggi kandungan hormon estrogen di dalam susunya.
  • Kebanyakan konsumer alah pada laktosa:-
    Ini membawa maksud organ pencernaan golongan ini tidak boleh menghadam laktosa ( laktosa merupakan gula semulajadi yang terdapat dalam susu ). Kesan dari alah ini ialah kesakitan pada perut seperti kekejangan, perut dimasuki angin dan juga cirit - birit. Hampir 90% masyarakat asia mengalaminya.

Anda boleh minum susu dan mengambil produk tenusu ini, tetapi biarlah berpada dan lihat pada label untuk mengenalpasti kadar bahan yang anda akan ambil.

P/S :- aku pun dah lama tak minum susu Anlene ni, asal buat pekat sikit je ke tandas la jawabnya

On Isnin, 19 April 2010
4


honey_james_theme

Dulu saya selalu mengamalkan pengambilan madu sebelum dan selepas tidur, ia membantu memulihkan tenaga saya dan sesuai untuk tahap kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Ingin saya berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi mengenai madu dan khasiatnya.

Madu merupakan manisan semulajadi yang diperolehi melalui proses kerja lebah. Warnanya yang keemasan serta rasanya yang tersendiri amat dikenali. Bila lebah mengambil nektar dari bunga, ianya akan bercampur dengan bahan kimia yang terdapat dalam saliva lebah maka terbentuklah madu.

Madu boleh didapati dalam banyak jenis, dan rasa serta tekstur sesuatu madu bergantung kepada jenis bunga yang dihisapi oleh lebah. Warna yang selalu didapati ialah keemasan namun ia juga boleh didapati dalam warna putih, merah gelap dan hampir hitam.

Sejak zaman dahulu lagi, orang kita menggunakan madu dalam makanan dan perubatan. Kombinasi antara madu susu kambing boleh memulihkan penyakit berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan atau boleh merawat asma.

Madu turut mengandungi anti oksida, dan juga boleh merawat batuk, penyakit berkaitan usus serta luka pada kulit. Madu turut dilihat mengandungi karbohidrat, asid amino, vitamin, mineral, pigmen ttumbuhan dan juga aroma yang berlainan.

Antara petua yang saya amalkansemasa memakan madu ialah, jangan gunakan sudu logam ketika ingin menikmatinya dan campur tiga sudu madu dengan air suam dan minum sebelum dan selepas tidur.

Antara khasiat madu yang lain ialah :-

  1. Madu baik untuk ibu yang tengah mengandung.
  2. Elok untuk wanita yang datang haid.
  3. Membantu penglihatan.
  4. Membantu proses penghadaman.
  5. Mengelakkan obesiti yang tidak terkawal.
  6. Menstabilkan kadar gula dalam badan.
  7. Memberi tenaga kepada tubuh.

Demikian serba sedikit yang dapat saya kongsikan mengenai madu dan khasiatnya yang saya perolehi melalui pengalaman sendiri, tetapi pastikan madu anda itu asli dan bukannya yang tiruan. Untuk mengetahui bagaimana madu itu asli atau tidak, layari Google!. Hehehehe…

Jika anda ada komen atau pendapat mengenai madu jangan segan – segan untuk berkomentar kerana setiap komen anda dihargai dan mana tahu ia memberi idea untuk saya menulis ‘posting’ dimasa akan datang.

On Rabu, 14 April 2010
3

Bersambung kita dalam tajuk yang sama semalam. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 3 ) untuk mulakan hari dengan gembira, dam siri ini adalah siri akhir:-


  1. Mulakan hari dengan bersyukur:-
    Apbila bangun pagi ucapkan kesyukuran ke hadrat Tuhan. Bagi mereka yang islam bacalah doa pagi, ucapkan Alhamdulillah dan tunaikan sembahyang subuh. Pasti anda akan terasa lapang dada.


  2. Berfikir secara positif:-
    Ada pepatah mengatakan semalam adalah sejarah, esok adalah masa hadapan dan hari ini adalah hadiah sebab itu dalam Bahasa Inggeris ianya disebut sebagai "present". Mulakan hari dengan idea ini pasti membangkitkan semangat ceria dalam diri.


  3. Hari ini lebih baik dari semalam:-
    Dalam fikiran anda tetapkan bahawa hari ini aku akan jadikan ia lebih baik dari semalam. Secara automatik anda akan berfikiran untuk mulakan hari dengan sebaik mungkin biarpun ia adalah hari yang buruk buat anda.


  4. Senyum:-
    Senyum, kuasa emosi yang paling kuat. Bukan sahaja ia menceriakan diri, tetapi juga orang yang berada di sekeliling kita. Ia juga bagus untuk otot muka anda, senaman awet muda!. Teringat lagu zaman bernasyid dulu, "senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyumlah dari hati. Dunia mu berseri...". Pasti hari ini adalah hari yang baik!


  5. Buat senarai untuk esok:-
    Setelah hampir ke hari ini, bersedia untuk esok. Buat senarai ringkas untuk apa yang ingin dicapai atau lakukan esok. Tapi jangan terlalu memikirkan hal ini kerana ia hanyalah satu senarai peringatan sahaja.


Cuba pratikkan perkara - perkara diatas dan dalam 'post' yang sebelum - sebelum ini, mungkin ia bakal menceriakan hari anda dan teruskan fikiran positif!.

On Selasa, 13 April 2010
2

Bersambung kita dalam tajuk yang sama semalam. Dibawah disediakan 5 tips ( siri 2 ) untuk mulakan hari dengan gembira:-



  1. Minum kopi:-
    Jika tips sebelum ini tidak berkesan buat anda dan kebetulan anda sukakan kopi. Apa kata anda mulakan sarapan dengan meminum kopi, ambil pada waktu pagi bukannya pada waktu malam kerana ia akan membuatkan anda terjaga.



  2. Baca Akhbar:-
    Sambil sarapan sambil membaca suratkhabar. Membaca akhbar harian mungkin akan membangkitkan semangat pagi anda dengan berita terkini. Bacalah bahagian yang anda minat.



  3. Tonton berita pagi:-
    Seperti membaca akhbar, menonton berita pagi memastikan anda 'alert' dengan berita terkini dan mungkin memberi cerita untuk dibualkan di tempat kerja.




  4. Rehat sebentar:-
    Bukan maksudnya untuk anda kembali tidur tetapi, keluarlah sebentar dari rumah sebelum ke tempat kerja untuk menikmati nyaman pagi. Ia pasti menenangkan
    jiwa.



  5. Bersihkan sesuatu:-
    Idea seperti membersihkan meja dapur atau membasuh pinggan membuatkan anda merasakan sesuatu yang anda dapat capai pada waktu pagi dan memberi persediaan mood
    yang untuk memulakan hari.
Tunggu 5 tips seterusnya untuk hari esok pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...