Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label khasiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khasiat. Papar semua catatan
On Jumaat, 9 Julai 2010
3

honeydew

Tembikai susu merupakan buahan yang menjadi kegemaran saya, lagilah kalau dimakan ketika hari tengah panas. Sudah agak lama saya tidak menulis post mengenai khasiat buah, jadi kali ini apakata kita lihat serba sedikit khasiat buah tembikai susu ini. Buah tembikai susu dipetik bukan dari segi saiz tetapi dari segi kematangannya, jadi kalau buah tu sudah besar tetapi masih belum masak atau matang ianya tidak patut dipetik. Malah ketika anda ini membeli buah tembikai susu elakkan memilih yang masih berwarna hijau kerana ianya masih muda.

Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda.

Honeydew

Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.

Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.

Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakal jika disimpan ke dalam peti sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari.

tembikai susu

p/s:- Teringat zaman sekolah dulu, tiap – tiap akan beli buah dekat peniaga depan pagar sekolah.

On Khamis, 13 Mei 2010
8

carrot

Mari makan lobak merah hari ini!. Salam ziarah buat anda, secara umum lobak merah lebih dikenali dengan nama carrot atau karot dalam bahasa malaysia. Karot dilihat sebagai pembekal Vitamin A yang bagus dimana, Vitamin A yang diperolehi membekal vitamin sepanjang hari buat tubuh. Ianya juga termasuk dalam keluarga sayur dan bukannya buah - buahan.

Ia sesuai menjadi pengganti snek sebelum makan tengah hari. Kajian turut menunjukkan karot mempunyai penghalang untuk kesan negatif sinar UV ( ultraviolet ) terhadap kulit, dimana ia penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Malah pengamal perubatan ubat - ubatan cina turut mengesyorkan pemakanan karot dalam diet boleh memberi tenaga positif pada hati manusia.

Antara faedah atau khasiat karot ialah ia membantu kesihatan kulit, rambut, tulang, penglihatan masa dan turut boleh berfungsi sebagai pembersih toksik dalam badan. Dimana toksik - toksik ini yang meyebabkan kulit bermasalah. Seterusnya karot juga memberi faedah kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, serta dipercayai karot mengurangkan risiko sakit jantung dan sesetengah jenis kanser.

carrots

Jus karot yang segar turut boleh menghilangkan stress, penat dan memberi tenaga pada tubuh. Selain itu karot yang dijadikan sup bagus untuk merawat cirit - birit kerana ia memberi kelesaan pada usus besar dan disebabkan hal ini ia melambatkan pembanguan bakteria yang menyebabkan cirit birit. Manakala isi karot mentah yang disagat boleh digunakan untuk mengubati bukaan dan keradangan yang berlaku pada luka luar. Satu petua pemilihan karot, lagi pekat warna pigmen kulitnya, semakin tinggi kandungan karotanoid ( Vitamin A ).

Namun harus diingat pengambilan karot yang berlebihan turut boleh menyebabkan kulit menjadi kuning sementara, namun ianya bukanlah keadaan yang berbahaya untuk kesihatan anda. Kesan negatif yang lain ialah ianya turut boleh mengganggu saraf tonik dan bloeh mengakibatkan keguguran bagi ibu mengandung, jadi kurangkan pengambilan karot untuk anda yang mengandung.

On Rabu, 12 Mei 2010
7


kisimis-raisin

Selamat pagi buat anda, pagi ini saya ingin berkongsi info dengan anda mengnai Kismis. Semua orang kenal bagaimana rupa kismis tapi tahukah anda bagaimana ianya dihasilkan?.

Kismis dihasilkan melalui proses pengeringan atau dehidrasi buah anggur menerusi proses pengeringan semulajadi atau melalui proses menggunakan oven mekanikal. Kismis juga terdapat dalam pelbagai jenis iaitu Sultana, Malaga, Monukka, Zante, Currant, Muscant dan Thompson. Kismis merupakan snek yang sesuai dinikmati terutamanya bagi golongan kanak - kanak yang suka makan sesuatu yang manis, malah kismis adalah makanan yang banyak khasiatnya.

kismis mengandungi antioksida yang bagus untuk pengaliran darah dalam tubuh dan juga bagus dalam mencuci darah untuk menjadikan anda lebih sihat. Mineral yang terkandung dalam kismis juga bagus untuk hormon estrogen bagi wanita yang mana membantu menguatkan tulang dan boleh mencegah osteoporosis.

Ia juga bagus untuk kesihatan gusi dan gigi, walaupun kismis rasanya manis ianya tidak menyebabkan sakit gigi dan penyakit gusi. Kandungan kismis yang membantu kesihatan oral ialah phytonutrisi dan Asid Olenolik. Kismis juga dilihat membantu untuk kesihatan mata.

Secara rumusannya, kismis adalah makanan yang membantu kesihatan mata, kesihatan oral dan ianya turut bertindak sebagai antioksida, tidak terlupa juga kismis sesuai untuk kecerdasan otak terutamanya bagi kanak - kanak yang masih dalam proses tumbesaran. Secara keseluruhan ianya membantu untuk kesihatan anda.

p/s:- Memang minat makan kismis dari kecil lagi, kalau ibu buat kek memang curi - curi ambil!

On Isnin, 3 Mei 2010
9

202393_fish_salmon

Ikan, ada bermacam ikan. Ada ikan besar, ikan kecil, ikan sedang, ikan laut, ikan sungai dan bermacam perihal ikan lagilah. Tapi post ini bukannya mengenai perihal ikan, tetapi saya ingin menyentuh khasiat ikan kepada tubuh badan anda.

Seperti yang sedia maklum isi ikan penuh dengan vitamin, nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Dipaparkan di post ini antara faedah yang diterima dengan memakan ikan dan bagaimana kaedah menyediakannya supaya badan anda dapat menyerap khasiat ikan seoptimum mungkin.

Telah dilaporkan, dengan memakan ikan ia dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular bagi lelaki dan perempuan terutama bagi penghidap diabetis. Ia turut dapat mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan turut membantu dalam proses membersihkan darah supaya darah dapat mengalir ke jantung dengan lebih efisyen.

selain itu ikan dan minyak ikan membantu dalam meningkatkan kadar sistem imun anda, dan juga ikan membekalkan asid lemak omega-3 yang amat diperlukan untuk pembentukan sel baru untuk tulang dan juga kulit. Ikan yang mengandungi kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi ialah tuna dan salmon.

Memakan ikan juga boleh memperbaiki dan memelihara kesihatan mata anda. Ikan turut juga mengandungi DHA ( asid docosahexaeonic ) dimana ia amat perlu untuk deria penglihatan anda.

Cara masakan ikan perlu juga dilihat kerana, kandungan mineral bergantung juga pada kaedah masakan. Jika memasak ikan dengan jumlah sodium yang banyak ianya dapat memelihara kandungan omega-3, dan ikan yang tidak terlalu masak memastikan anda memperolehi faedah nutrisi yang sepenuhnya dari ikan.

Jadi harap - harap Malaysia akan datang akan membentuk restoran rangkaian berunsurkan ikan seperti KFC, ke dekat Malaysia dah ada?. Kalau restoran seafood tu berlambaklah kat Malaysia ni. Itu sahaja yang dapat saya kupaskan melalui pencarian maklumat di internet, sekadar ingin berkongsi dengan anda.

250923_dead_salmon

p/s:- Agaknya khasiat ikan paus tu macam mana pulak ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...