Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label tips sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips sihat. Papar semua catatan
On Khamis, 15 Julai 2010
11

durian belanda. graviola, soursop

Durian Belanda merupakan buah - buahan hutan tropikal yang jatuh dalam kategori buahan tempatan dan banyak di dapati di negara Malaysia kita. Namun tidak seperti namanya, buah ini bukan berasal dari Belanda ( pelik kan?, macam mana boleh dapat nama ni! ) sebaliknya ia boleh didapati disekitar utara negara Amerika Selatan, Amerika Tengah, di Carribean dan Mexico. Selain itu durian Belanda juga dikenali sebagai Soursop di dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut pencarian maklumat di internet, durian Belanda atau Soursop mempunyai khasiat yang bagus untuk melawan kanser. Dimana mengikut kajian saintis perubatan kanser di UK ianya adalah berkali ganda lebih baik dari mendapatkan rawatan kemoterapi!.

Melalui artikel yang dipaparkan di laman utama kajian tersebut menyatakan masyarakat di Afrika dan Amerika Selatan menggunakan durian Belanda untuk merawat parasit, sakit sendi serta kemurungan. Jika dilihat dari kandungan nutrisi, durian Belanda ( Soursop, Graviola ) mengandungi Vitamin C, B1, B12, Kalsium, Iron, Serat dan Protein, dimana kesemua nutrisi ini adalah penting untuk menjamin kesihatan tubuh secara menyeluruh.

buah durian belanda

Mari kita lihat antara faedah yang boleh diperolehi dari buah durian Belanda ini, pertamaya daun pokok buah durian Belanda boleh merawat luka luar tubuh, dan membuang kutu di kepala dan pepijat di tilam atau bantal. Keduanya jus durian belanda ini dapat merawat uretritis, hematuria penyakit berkaitan hati dan juga kusta!.

Seterusnya, isi durian belanda ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka manakala air rebusan pucuk muda durian belanda dapat merawat masalah hempedu, batuk, selsema, cirit - birit, demam dan juga masalah ketidakcernaan perut serta air rebusan daunnya turut membantu dalam mengurangkan bengkak kaki dan keradangan.

Daun buah durian Belanda turut digunakan untuk merawat masalah kulit, selain dari kulit akarnya boleh merawat keracunan dan bunganya dapat meringankan selsema. Terakhirnya, biji buah durian Belanda berupaya untuk merawat anda yang selalu muntah - muntah.

2774575_f260

Ini adalah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan secara ringkas, jika ingin mendapatkan maklumat yang lebih lengkap anda boleh cari di enjin carian pilihan anda seperti Google contohnya. Akhir kata, buat peminat pasukan bola sepak Belanda, makanlah durian Belanda untuk merawat duka anda, hehehehe ( gurau seloka mainan jiwa ). Jumpa lagi di khasiat buah yang lain nanti.

p/s:- Ada tak tempoyak durian Belanda?

On Jumaat, 11 Jun 2010
18

 

 

1265488_cherry_tomato

Mari mengenal khasiat TOMATO, ( teringat la pula siri animasi Tomatoman dulu ). Tahukah kamu tomato tergolong dalam kategori buah tetapi selalu dimakan sebagai sayur dan sering digunakan dalam masakan. Bukan sahaja untuk masakan tempatan, malah tomato merupakan bahan utama  pembuatan sos spagetti dan sos pizza yang popular di Itali.

Menariknya tomato boleh dimakan dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk mentah, dimasak, dalam bentuk sos ataupun juga dalam bentuk jus!. Malah tomato juga dilihat dijadikan salah satu bahan untuk masker muka buatan sendiri!.

Tahukah kamu dengan memakan tomato ianya boleh memperbaiki struktur dan warna kulit anda?, ini adalah benar kerana tomato mengandungi  vitamin C dan vitamin A semulajadi yang membantu menyerikan kulit yang pucat selain sifat asid tomato yang dapat menyeimbangkan pengeluaran minyak dari kulit terutama di bahagian muka.

1184089_tomato_1

Selain itu ia juga tinggi dengan kandungan antioksida yang mana ia membantu untuk kesihatan dalaman badan dan luaran terutama dalam menjamin keremajaan kulit anda. Malah antioksida ini turu bertindak sebagai pencuci dalam badan yang berfungsi untuk mengeluarkan toksik melalui sistem perkumuhan tubuh anda.

Dalam tomato turut terdapat lycopene yang bagus dalam meneutralkan radikal bebas dalam tubuh dan mengurangkan kanser prostat bagi lelaki, malah ia turut mengurangkan risiko kanser paru - paru. Para penyelidik kesihatan turut mengesyorkan pemakanan tomato boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

Tomato juga mempunyai kandungan vitamin K, yang mana ia berfungsi mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang anda. Vitamin K ini juga membantu dalam menghentikan pendarahan yang diakibatkan oleh luka kecil ataupun besar. Tomato turut dilihat melindungi hati dari sirosis ( sejenis penyakit berkaitan hati ) dan membantu dalam melarutkan batu hempudu dalam tubuh anda.

1145175_tomato

Secara keseluruhan tomato turut mengandungi kandungan nutrisi seperti serat yang bagus untuk anda yang mengalami sembelit dan kesihatan usus besar, karbohidrat yang bertindak untuk membekalkan tenaga buat tubuh, potasium, iron ( besi ) serta sedikit fosforus dan sulfur.

Jika dihimpunkan lagi dari segi kesihatan, selain perkara yang disebut diatas tomato membantu dalam merawat diabetis, cirit - birit, gangguan sakit mata, ketidakhadaman, kekuningan pada kulit, mual di waktu pagi khasnya bagi mereka yang mengandung, rabun malam, obesiti dan jangkitan kuman pada salur kencing.

Inilah serba sedikit khasiat tomata kepada tubuh badan manusia yang dapat dipadatkan dalam artikel ini. Sekian terima kasih, jom cari jus tomato!

On Isnin, 7 Jun 2010
11

Tebu, gambar dari Aroma Cookery

Semalam adalah hari Ahad yang menceriakan, namun cuaca yang panas menyebabkan tahap tidak keselesaan saya berada pada tahap optimum. Nasib baik ada pakcik jual aiskrim datang membunyikan hon di hadapan rumah. Pakcik ni macam faham - faham sahaja. Moga cuaca yang panas semalam memberi rezeki lebih buatnya, benarlah kata orang semua keadaan ada hikmahnya. Jangan asyik fikir pasal diri kita. Panas, tidak selesa buat kita namun ia menjadi faktor untuk orang lain mencari rezeki.

Namun bukan perihal ini yang ini saya kongsikan. Dalam cuaca panas semalam, otak ni melilau berfikir "kalaulah dapat minum air tebu, mesti hebat!, Heliza lalu sebelah pun aku tak pandang!". Jadi bermula pada perihal air tebu ini, mari kita lihat antara faedahnya kepada tubuh badan kita.

Air tebu mengandungi rasa manis buah semulajadi iaitu terdiri dari fruktosa, glukosa dan sukrosa. Oleh itu air tebu yang asli dilihat lebih bagus kerana ia masih mengandungi kandungan nutrisi yang asli. Ia turut mengandungi kandungan indeks glikemik ( berkaitan dengan kandungan glukosa darah ) yang rendah dimana ianya berfungsi untuk mengawal kesihatan badan secara keseluruhan.

sugarcane1

Kandungan alkali yang terdapat dalam tebu boleh mencegah kanser payudara dan kanser prostat. Anda yang mengalami sakit tekak, batuk dan selesema digalakkan meminum air tebu kerana sifatnya yang memulih dan mencegah.

Kaya dengan mineral seperti fosforus, kalsium, iron ( besi ), magnesium dan potasium. Air tebu turut membantu organ - organ dalaman seperti otak, hati, ginjal dan organ pembiakan untuk berfungsi dengan lebih lancar serta melawaskan pembuangan air kecil.

Kandungan gula yang terdapat dalam air tebu mengurangkan risiko dijangkiti diabetis berbanding gula biasa. Selain itu, air tebu membantu dalam pemulihan penyakit kuning ( jaundice ). Air tebu juga tinggi kandungan karbohidrat dan oleh sebab inilah air tebu membantu dalam proses menyegarkan semula tubuh dan membekalkan tenaga buat tubuh anda. Seperti yang dinyatakan diatas, mengambil air tebu dalam cuaca yang panas adalah disyorkan kerana ia membantu mengembalikan air untuk tubuh secara pantas.

Untuk anda yang mengalami berat kurang juga digalakkan untuk meminum air tebu kerana ia amat membantu dalam pertambahan berat. Namun dinasihatkan air tebu tidak boleh diambil berlebihan kerana bersederhana itu kan bagus!.

Sugarcane_juice_vendors,_Dhaka

Bro, air tebu satu tangki!




p/s:- Apalagi, rehat makan tengah hari nanti minumlah air tebu, pasti nyaman!

On Sabtu, 5 Jun 2010
11

1090135_some_potatoes

Kentang sering dijadikan makanan ruji di sesetengah negara seperti beras dijadikan makanan ruji di Malaysia. Di negara Amerika Syarikat dianggarkan setiap dari populasi mengambil purata 62 KG setahun. Bagaimana dengan rakyat Malaysia?, saya pun tak tahu tapi apa yang pasti saya sering makan kentang jika makan fastfood sahaja.

Kentang merupakan sumber kalori yang bagus, lebih kurang seperti beras namun karbohidrat yang terkandung lebih senang dicerna. Selain itu kentang juga dilihat kaya dengan sumber mineral seperti potasium, kalsium. besi ( iron ) dan fosforus, di bahagian kulit dan juga isi kentang.

Selain itu kentang juga kaya dengan sumber vitamin, dimana secara umum 100 gram kentang mengandungi 17 miligram Vitamin C. Selain Vitamin C, ia juga mempunyai Vitamin A, B dan P. Kentang turut mempunyai kandungan air yang tinggi dimana ianya mewakili diantara 70 - 80% berat sesuatu kentang itu.

1121257_vegetables_8

Mari kita lihat sebentar faedahnya untuk kesihatan anda:-

Kentang dijadikan sumber karbohidrat utama dalam diet ahli sumo untuk menambah berat. Percaya atau tidak, itu adalah fakta yang saya perolehi. Kandungan vitamin C dan B-complex yang terkandung dalam kentang membantu tubuh meyerap karbohidrat dengan lancar. Jadi ianya bagus untuk mereka yang terlalu kurus untuk menambah berat badan.

Kentang juga bagus untuk kesihatan kulit anda dimana kandungan mineral seperti potasium, magnesium, fosforus dan zink membantu dalam proses ini. Malah, kentang turut membantu untuk pencernaan, skurvi, sakit reumatik dimana kandungan kalsium dan magnesium membantu melegakan reumatik.

Kentang turut dilihat efektif untuk radang luka yang berlaku di luar dan di dalam tubuh, untuk mengawal tekanan darah serta membantu dalam fungsi otak dimana ia membekal kandungan glukosa dan oksigen untuk otak anda. Antara lain kentang turut memberi faedah yang baik untuk kesihatan jantung dan juga mengelak batu karang terbentuk serta boleh merawat cirit - birit.

Panjang juga artikel ni!, ini adalah sebahagian yang dapat saya huraikan mengenai khasiat kentang yang diperolehi daripada pelbagai artikel di internet. Diharap sedikit sebanyak ia dapat menambah pengetahuan kita mengenai khasiatnya.

679060_potatoes

p/s:- Tapi ingat, cara memasak kentang juga perlu dititikberat supaya kandungan khasiat tidak terjejas.

On Sabtu, 29 Mei 2010
1


Ketika kini pelbagai jenis penyakit yang datang menyerang manusia, yang paling kita gerunkan sekarang ialah virus selsema H1N1. Di sini dinyatakan 7 cara untuk kita elakkan diri dari jangkitan penyakit:-

  1. Basuh tangan dengan kerap :
    Degan cara ini anda akan mengurangkan 50% peluang jangkitan penyakit, untuk pengetahuan sentuhan adalah penyebab utama jangkitan penyakit.

  2. Basuh dan keringkan tangan ketika menggunakan tandas awam :
    Mengikut statistik sebahagian besar antara kita yang menggunakan tandas awam tidak membasuh tangan!. Nasihat yang perlu diambil, basuh tangan dan keringkan tangan anda sebaiknya, dan untuk membuka pintu tandas gunakan tisu.

  3. Tutup mulut dengan tisu atau lengan ketika bersin atau batuk :
    Gunakan lengan anda ketika batuk atau bersin jika tiada tisu, ini adalah kerana anda jarang menyentuh sesuatu dengan menggunakan lengan.

  4. Dapatkan suntikan selsema setiap tahun :
    Langkah pertama untuk mengelakkan jangkitan selsema ialah dengan mendapatkan suntikan vaksin untuk selsema sekurang - kurang sekali tahun. Mereka yang harus mendapatkan rawatan ini adalah golongan pekerja industri kesihatan, mereka yang mempunyai penyakit seperti penghidap diabetis, asma, masalah buah pinggang, warga emas dan juga ibu mengandung.

  5. Tukar berus gigi anda setiap 3 bulan :
    Berus gigi yang kita gunakan tidak semestinya bersih selepas digunakan kerana ianya terdedah pada persekitaran, para doktor gigi mengesyorkan supaya kita menukar berus gigi selepas tiga bulan.

  6. Gunakan 'Humidifier' :
    Virus selsema tidak boleh merebak apabila udara tidak lembap, jadikan gunakan 'humidifier' untuk keadaan ini.

  7. Senaman :
    senaman ringan seperti berjalan selama 15 minit, atau melakukan regangan selama 10 minit, paling tidak pun lakukan senaman selama 3 kali seminggu dengan 20 minit setiap sesi dapat membina sistem imun tubuh anda.
Kesimpulannya, perhatikan cara hidup anda untuk menjaga kesejahteraan dan kesihatan hidup bersama!.

On Jumaat, 28 Mei 2010
5

tauhu

Siapa tahu khasiat tauhu?, Tauhu memang sedap dimakan lagi – lagi kalau digoreng dan dibuat tauhu sumbat, letak dalam bihun goreng pun sedap juga. Namun disini bukan nak bercerita mengenai resepi tauhu tapi mengenai khasiatnya.

 

Tauhu dilihat sebagai makanan yang rendah lemak dan juga rendah kalori, selain itu ia turut kaya dengan protein, kalsium dan juga lemak tidak tepu yang mana ia dianggap sebagai sumber nutrisi yang lengkap. Inilah antara faktor yang menguatkan hujah bahawa tauhu bagus untuk kesihatan anda.

 

Antara khasiat tauhu untuk kesihatan anda ialah:-

  1. Dengan memakan tauhu, ia boleh merendahkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan tahap kolestrol ‘jahat’ ( kolestrol yang tidak baik untuk tubuh ).
  2. Mengurangkan risiko osteoporosis terhadap kepadatan tulang melalui kandungan kalsium.
  3. Mengurangkan risiko kanser prostat dan juga kanser payudara.
  4. Mengurangkan simptom – simptom menopause seperti perubahan mood.

 

Seperti yang disebut diatas tauhu boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan juga menghalang diabetis. Tauhu boleh dimakan bersama salad dan di luar negara burger tauhu turut ada dijual.

 

Aduh, tiba – tiba hati teringin nak makan tauhu sumbat. Jom cari tauhu, tengah hari ni boleh buat tauhu sumbat!.

 

 

p/s:- Tauhu diperbuat dari kacang soya, mungkin ramai yang dah tahu.

On Rabu, 26 Mei 2010
6

Selamat pagi atau lebih tepat selamat pukul 8.15 pagi buat anda. Ingin saya bertanya sesuatu, berapa ramai antara kita yang mengambil sarapan ketika waktu pagi?. Tahukah anda sarapan merupakan masa untuk makan yang paling penting dalam jadual pemakananan anda. Terutama kepada mereka yang ingin menguruskan badan dan yang ingin konsisten dalam amalan diet.

Mereka yang mengambil sarapan kurang mengalami berat badan berlebihan berbanding mereka yang tidak, dan mereka yang kekal dengan diet adalah mereka yang mengambil sarapan. Ya, fakta ini memang ada kebenarannya.

Selain itu dengan mengambil sarapan juga kurang berisiko untuk mengalami penyakit berkaitan jantung, diabetis, kanser dan ia juga mampu membina sistem imun yang kuat buat tubuh badan anda. maka sistem imun kamu mampu menghalang badan anda dari penyakit seperti batuk dan selsema, sesuatu yang bagus dalam musim H1N1 sekarang.

Lebih bagus lagi, dengan pengambilan sarapan kamu boleh kekal aktif dan lebih konsentrasi ketika melakukan kerja, sekali gus boleh meningkatkan prestasi kerja anda. Tiadalah anda ditangkap terlelap di meja pejabat. Mengikut kajian kanak - kanak yang mengambil sarapan sebelum ke sekolah boleh mencapai prestasi pelajaran.

Tapi harus diingat pengambilan sarapan hendaklah dengan makanan yang sihat buat tubuh badan anda, bukan yang tinggi kolestrol dan tinggi lemak, tetapi biarlah ianya tinggi kalori tetapi menyihatkan. Tahap kalori yang harus diambil ialah antara 500 ke 600 kalori dan lengkap dengan mineral, vitamin dan nutrien serta tinggi fiber contohnya seperti oat. Oat dilihat sebagai bijiran yang meliputi semua keperluan mineral ini. Jadi kalau anda ingin sarapan yang mudah dan memenuhi prasyarat, ianya tentulah Oat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...