Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 10 September 2010
4

ular robotik

Ular Robotik, walaupun rupanya langsung tidak menyerupai ular tetapi pergerakkan hampir menyerupai reptilia yang digeruni ramai itu. Mungkin kerana badan ular yang bersisik dan cerita - cerita mengenai mereka yang mati dipatuk ular menjadikan sesetengah individu itu fobia dengan ular, saya sendiri tidak terkecuali. Namun untuk Ular Robotik ini anda tidak perlu risau akan hal - hal fobia itu.

Ular Robotik ini adalah hasil dari kajian dan pembangunan yang di lakukan oleh sebuah makmal yang terlibat dalam penyelidikan robotik yang dikenali dengan nama Carniege Mellon The Robotic Institute yang berpusat di Oakland Amerika Syarikat dan ianya lahir dari Makmal Biorobotik mereka. Untuk ke laman utama pusat penyelidikan ini klik pada pautan ini Carniege Mellon The Robotic Institute.

Ular Robotik ini mempunyai gerakan seakan ular, malah ia boleh memanjat batang pokok setinggi 1 meter dan para penyelidik Ular Robotik ini optimis untuk menaik taraf kebolehan Ular Robotik ini dari segi keupayaan memanjat pokok yang lebih besar dan tinggi.

Untuk melihat aksi Ular Robotik ini, anda boleh lihat video dari Youtube di bawah ini:-

p/s:- Teringat RoboCON

4 Komen disini:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

eeiiii...kalu nama dia ular..tetapi geli..robotik atau tak...huhu

abigemok berkata...

memang tkt dgn ular.. tapi apasal pla diorg nak buat ular.. buat benda lain kan lg baik...

kyuubi

Anep™ berkata...

smart gile...

Admin berkata...

Assalamualaikum,

Mungkin ia robot utk prototaip sblm mereka mencipta robot2 jenis lain.

Robot seperti ular ni ada kemungkinan juga digunakan sebagai pengintip. Bayangkan kalau2 robot pengintip yang menyerupai serangga kecil seperti lalat atau belalang... Mungkin juga ia telah dicipta, manalah tahu kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...