Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 7 September 2010
13

1162226_blog

Kerajaan Malaysia telah membentuk satu unit pasukan untuk mengenalpasti laman – laman blog yang didapati mengeluarkan artikel yang boleh menggugat perpaduan rakyat. Timbalan Ketua Setiausaha ( Perancangan, Penyelidikan dan Pemantauan ) Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata unit badan khas ini bakal disetai oleh pihak polis, penyedia perkhidmatan internet dan badan pendakwaraya.

Badan ini akan bertindak untuk mengawal bukan sahaja blog, malah media alternatif lain yang dilihat lebih terbuka dan yang tiada garis panduan seperti forum – forum di internet, laman sosial seperti Facebook dan juga Youtube.

Ini adalah berikutan kebelakangan ini media – media alternatif ini telah di gunakan sebagai platform untuk sesetengah pihak untuk menyuarakan pendapat mereka secara terbuka mengenai isu – isu sensitif seperti perkauman dan penghinaan agama misalnya.

NAMEWEE-Wee-Meng-Chee-malaysia-gambar“Wee Meng Chee aka Namewee”

Dalam perihal yang sama, pihak polis sekarang sedang melakukan siasatan ke atas Wee Meng Chee setelah dia memuat naik video nyanyiannya selama tiga minit di Youtube berkaitan seorang Pengetua wanita yang mengeluarkan pernyataan menghina pelajar kaum lain di sekolah. Dalam kes yang berlainan, Irwan Abdul Rahman iaitu seorang wartawan yang memperlekehkan Tenaga Nasional Berhad dalam laman blog miliknya bakal berdepan dengan hukuman penjara jika di sabit bersalah.

Untuk rekod, pada tahun 1996 kerajaan telah menyatakan bahawa tidak akan menyekat sebarang maklumat di internet sebagai salah satu usaha untuk mempromosi sektor teknologi maklumat. Nampaknya kerajaan kena perbaharui kembali pernyataan mereka!.

13 Komen disini:

Mouren berkata...

Hmm...nampaknya public comments akan dihadkan juga lah.

Hey, informative blog you have here. Interesting bah...

Mr feckry berkata...

orang makin cerdik.tapi makin cerdik, makin kurang nilai-nilai murni.

MOFASAD berkata...

menyampah gua tengok muka salut bendera tu

sweetie2010.blogspot berkata...

Salam Av,

Sakit hati dia mempersendakan azan tu dan juga pasal video TNB tu, dah sepatutnya pihak berkuasa ambil tindakan keras kat dia ni.

mira_nas berkata...

lepas ni mulut cibai dia akan diketuk2... sesuka hati saje berkata

Tanpa Nama berkata...

bab2 komen tuan punya blog la kna moderate~

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya bukan setakat blog, medium2 seperti facebook, youtube juga perlu dipantau..sekarang ni dah makin teruk..

Jom usha entry terbaru kat sini E J U M

AngahSayang2314 berkata...

bagus apa yg patut kena lebih pantau kan???

zulkbo berkata...

salam..
ermmm..berhati2 lah
bila kita menulis..
ada yang memantau..

RerameUngu berkata...

spttnya lama dulu dah bt benda ni..
skang kira dah terhantuk baru nak tengadah..tapi takpa la..at least boleh la mengelakkan masalah lain yng lebih besar..
bagus juga didakan unit pemantauan tu.at least org yg terlebih bijak menghina ni berhati hati lagi dalam berkata2 di blog ataupun di laman sosial lain...

aswanism berkata...

sangat setuju dgn pemantauan ni..bukan ape, sy jumpe blog-blog subversif yang sangat merbahaya kepada agama dan bangsa (blog-blog pembangkang tidak dikira SELAGI mereka di atas landasan pembakangan yang benar). Blog-blog subversif ni menyebarkan doktrin-doktrin sampah yang sangat disukai golongan remaja khususnya..

nur berkata...

memang lepas ni kena tapis la apa yang nak ditulis terutamanya isu sensitif

last bloodz berkata...

namewee gelong nie patut dinyahkan dari malaysia nie.. buat apa nk simpan orang mcm nie.. xda apa guna pn.. lau buta sejarah .. baca balik buka sejarah.. perlembagaan malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...