Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 4 September 2010
15

gambar ketupat

Ketupat adalah hidangan di pagi raya yang wajib ada setiap tahun apabila menjelang raya, dan saban tahun ketupat yang dianyam adalah lebih nikmat untuk dimakan berbanding ketupat segera yng dibeli di kedai. Mungkin kerana ketupat yang dianyam lebih retro dan memberi kesan nostalgik pada kita.

Tidak hairanlah kelonsong ketupat yang dianyam dan di jual di bazar – bazar Ramadhan pasti mendapat sambutan yang hangat menjelang raya, kerana dalam era moden sekarang berapa ramai antara kita yang pandai menganyam ketupat?, saya sendiri pun hanya pandai menganyam ketupat sate berbanding ketupat bawang yang lebih besar isi ruangnya.

Antara ketupat – ketupat yang ada dan popular di kalangan masyarakat kita ialah ketupat nasi yang terdiri dari ketupat bawang, ketupat jantung, ketupat sate dan juga ketupat pulut yang lebih dikenali dengan nama ketupat daun palas. Berbanding dengan ketupat nasi yang menggunakan daun kelapa, ketupat palas menggunakan daun palas.

pokok palas “Pokok Palas”

ketupat daun palas“Ketupat Daun Palas”

Sesiapa yang rasa macam nak kagumkan mak mentua atau bakal mak mentua bolehlah belajar – belajar cara nak anyam ketupat. Oleh itu post saya kali ini adalah berkaitan dengan kaedah dan cara menganyam ketupat itu sendiri, dan ianya adalah tutorial video dari laman Youtube:-

1. Video 1, kaedah menganyam ketupat bawang:-

2. Video 2, kaedah menganyam ketupat sate:-

3. Video 3, kaedah menganyam ketupat jantung:-

4. Video 4, kaedah menganyam ketupat daun palas:-

p/s:- Kaedah terakhir ialah beli kelonnsong ketupat di kedai atau beli sahaja ketupat segera. Kredit gambar dari Google, kredit video dari Youtube.

15 Komen disini:

Unknown berkata...

semua jenis ketupat
saye makan..

zulkbo berkata...

salam..
musim raya..tak raya
tak de ketupat ni..
lainlah sebelah perak nuh
lemang..

Cik Tim berkata...

hurmm..sekarang ramai org lagi suka express.. sama ada beli ketupat siap anyam or beli nasi impit tos.. huhu..

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

salam AV, tiap-tipa tahun abah ajar buat tak menjadi jugak tangan ni..adoyai tangan tak berseni betul..hehehe

sud@is berkata...

wauu ketupat jantung tu kreatif betul la...

Adam Raqie berkata...


Salam tuan tanah..
Ni bukan nak komen pasal entri ni, tapi nak ucap Selamat Hari Raya. Hehe..


Blog korang di tag di AsrolMania

Gen Fujita berkata...

bagus video klip ni, saya anyam tak reti, makan je reti... he he he...

eNaSaN berkata...

XreTi nak anYaM..belajoR2 xpnadai2..huhuhu..

Shannice berkata...

itu ke pokok palas yg daunnya digunakan utk ketupat daun palas?hehe..
kalau tanya pakar lanskap dia jawab pokok tu ialah "fan palm"..

Gayahspears berkata...

Gayah x reti anyam ketupat pakai daun (^_~) pakai tali kasut pandai la~hakhakhak

Tanpa Nama berkata...

[URL=http://community.essence.com/profile/buygold/#] buy gold bullion uk
[/URL]

Tanpa Nama berkata...

[URL=http://www.giantbomb.com/profile/dddtt/blog/#] фильм игра онлайн
[/URL]

fara berkata...

stiap taun kene blaja lek wat ketupat ni.
slalu lupe. huhu~

Dedoku berkata...

macam2 cara nak belajar tapi bila cuba buat langsung tak jadi. tgn keras sgt. :)

shay berkata...

wow bestnya ada yang baik hati nak kongsi cara2 buat ketupat, dar dulu teringin nak blaja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...